ONLINE SHOPPING . pros and cons ?

by - Tuesday, May 03, 2016

Assalamualaikum .  Salam Sejahtera awak >
May Allah bless all of you . Huh , dah Mei kan . This is MAY 2016 , tapi aku baru nak start berblogging haha . Okey , entah kenapa tapi aku nak bercerita tentang 'online shopping' .


Ada smartphone , semua boleh beli .
         As apa yg melanda dunia kemodenan kini , everything is on your fingertips . *english berterabur* . Tngok lani , banyak dah online 'supermarket' lah aku sifatkan . Online doesn't mean dkat laptop/phone je . Tngok lani ada channel astro GoShop , pastu yang latest kat Media Prima ada CJ WOWSHOP . Aduh kalau yang ni memang boleh percaya lah kan sbb dh diiktiraf .


          Kalau macam online ni , the most two popular is LAZADA and ZALORA . Aku selalu gak usha website diorang ni .. Harga memang kaw kaw punya murah la (bila ada event bertambah kaw murahnyaa). Aku memang suka window shopping online . Aku search kat MEN pastu tengok offer . Cek duit , menangis haha . Duit takdak takpayah sembang lahh hahahaha .

PROS
✅ Anda boleh mencari apa yang anda ingin cari samada barangan tempatan ataupun luar negara. Terdapat banyak kedai-kedai online yang pakar dalam jenis tertentu sofa atau gaya fesyen pakaian yang anda ingin cari. Jika anda suka mengetahui gaya terbaru, atau mempunyai keinginan ingin tahu apa yang terbaharu di pasaran maka membeli-belah dalam talian adalah yang terbaik.
✅ Menjimatkan masa dan kos dari perjalanan, petrol, tambang teksi dan sebagainya. Anda boleh melayari laman web/blog kedai-kedai yang berkaitan bila-bila masa.
✅ Lebih mudah untuk mencari diskaun barangan yang ditawarkan oleh laman web yangberkaitan. Kedai online biasanya menawarkan harga istimewa di talian jika sambutan yang diterima adalah menggalakan.

CONS
⛔️  Anda biasanya perlu menunggu jangka masa yang lama untuk menerima barangan anda. Kadang-kadang, ini juga boleh mengambil masa sehingga sebulan atau lebih lama jika dihantar dari luar negara. Mungkin terdapat kelewatan dalam penghantaran, atau salah faham dan anda tidak boleh pergi bersemuka dengan pemilik kedai untuk penjelasan.
⛔️  Kos Penghantaran pada barangan adalah ditanggung oleh pengguna kecuali melalui pembelian yang banyak atau tawaran percuma daripada penjual. Kadang-kadang kos akan menjadi tinggi yang menjadikan pembelian di talian tidak berbaloi.
⛔️  Anda tidak dapat menguji produk sebelum anda membeli. Unsur penipuan mungkin boleh terjadi jika penjual tidak jujur. Apa yang kelihatan cantik di dalam gambar mungkin tidak secantik atau sebaik yang kita inginkan.
⛔️  Orang risau tentang penipuan atau kecurian pembelian dengan kad kredit. Pastikan setiap laman web anda berurusan, keselamatan disahkan selamat dan dilindungi dan mempunyai maklumat ini dipaparkan dengan jelas di laman web mereka. Juga, membaca dasar privasi pada laman web untuk melihat apa yang mereka akan lakukan dengan maklumat anda. Sila berurusan dengan lawan web perniagaan yang telah terbukti keberkesanannya. 

Sekian saja dari @_aimansalleh , ikut korang lah nak online shopping ka tak . Kalau nak beli kat ig tu , cek dulu diorang pnya testimoni . Kalau ok , go on . Kalau mcm takdak testimoni , Fikir balik risikonya nanti . Best of luck ye guys :) 
"Doakan tuan blog ni dapat untuk ke temuduga biasiswa Yayasan Peneraju . And next week result UPU . Dapatla Universiti elok-elok sikit hewhew :)"
xoxo

You May Also Like

0 comments