Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest (Week 1) : Resipi Murtabak Daging Special

by - Sunday, May 28, 2017





1. Week One Contest: 


Contest period: 19 May 2017 – 1 June 2017 
Title of the article: Recipe's name 


For your references :

Delicious Ramadhan(link) : Kitchen Appliances

Bazaar Ramadhan(link) : Groceries 

***


Theme: Delicious Ramadhan 

a. What are your favorite Iftar dishes? 

Yaa . The most beautiful, sexiest and the most famous : MURTABAK DAGING SPECIAL . Side dishes yg wajib ada masa berbuka. 





b. Share the recipes of the dishes 


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MURTABAK DAGING
Bahan-Bahannya: (A)
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula halus
  • 30 gm mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu tepong
  • 50 ml air( lebih jika perlu)
  • Minyak masak untuk perap doh

Bahan inti (B)
  • 300 gm daging cincang
  • *2 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 cm halia
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • ½ sudu besar serbuk rempah bryani
  • ½ kuib stok daging
  • (* kisar semua)
  • Minyak masak
CARA-CARA UNTUK MENGULI TEPUNG
  1. Masukkan tepung , garam, gula, mentega, telur , susu tepung dan air ke dalam sebuah bekas.
  2. Uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  4. Perap doh semalam dengan minyak masak .
Bahan-Bahan lain untuk taburan(C)
  • 5 biji telur di kacau
  • 2 biji bawang besar di dadu
  • Sedikit daun sup
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT INTI
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan kedua-dua rempah dan tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan daging cincang dan masak hingga lembut .
  4. Masukkan garam dan sebuk perasa dan masaklah hingga agak kering.
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MURTABAK
  1. Keluarkan semua bebola kecil dan letakkan ke dalam bekas lain.
  2. Minyak itu di gunakan untuk mencanai tepung.Gunakan dulang bulat yang besar.
  3. Ambil sebiji doh dan lepirkan dengan minyak.
  4. Gunakan tangan untuk menarik tepung dengan perlahan sehingga menjadi besar keliling dulang.
  5. Taburkan sedikit inti. Tuangkan sedikit bancuhan telor ke atas doh.
  6. Taburkan bawang dadu dan sedikit daun sup
  7. Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
  8. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
  9. Gorenglah hingga kekuningan.

Recipe from : Buku Resepi

c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes? 

Okay, disebabkan barang-barang kat Lazada ni memang banyak sangat offer kan, so kita boleh la beli barang-barang kering kat sini. Haa kalau total barang runcit dari Tesco exceed RM 80, shipping fee is free.. Boleh la nanti takpayah bersesak kat Tesco, boleh borong je semua kat hujung jari. 

Tapi kalau nak buat Murtabak ni, macam tepung mentega macam tu boleh la beli thru lazada ((lagi berbaloi wei)) , tapi kalau daging, telur macamtu beli kat pasar jelah kot sebab nak lagi fresh :) hehe.

Okay bukan benda tu aku nak merepek kat sini, aku nak merepek kat sini tentang benda yang ada kaitan dengan bahan-bahan / peralatan nak masak Murtabak ni...

Here we go ......... 



Delicious Ramadhan(link) : Kitchen Appliances

Bazaar Ramadhan(link) : Groceries 




Non-stick Frying Pan (macamni okay sikit sebab bawah dia flat, so lagi senang masak la murtabak tuu) 

Planta (Murah la wei, lagi sedap kot kalau pakai ni)

Tepung Gandum Tesco (yang ni bagus la kalau nak pakai untuk pukal, sebab harga dia murah and kualiti pun not bad ok)


JOM WEH JOIN CONTEST NI, KALAU KO BERTUAH, atleast BAUCER RM100 LAZADA KO DAH DAPAT WEH ! JOM JOM !

You May Also Like

1 comments

  1. murtabak memang best...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

    Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

    - Mia Liana

    ReplyDelete