Lazada Shopathon Blogger Contest : Session #2

by - Friday, September 21, 2018

Assalamualaikum,

Bismillah



Lama jugak tak menjengah ke blog ni. Semua sebab laptop lama dah rosak, dan sekarang sebab dah masuk sem baru ni, pinjam la laptop kakak ni untuk belajar. Tapi dah alang-alang ada laptop ni, dapat pulak email dari Lazada pasal contest. Terus cepat-cepat update sini. Kiranya comeback kali ini aku mulakan dengan contest dari Lazada. 


(( click for more info ))

Hadiah menarik weh, dan setiap penyertaan dah kira confirm dapat voucher RM30 daripada Lazada. Sebenarnya contest ni bersempena Super Shopathon Sale , 27.09 (Khamis ni). Boleh klik sini untuk nak tengok apa ada Super Shopathon Sale

Tapi, contest ni bukan untuk promote je. Ini ada jugak soalan dia bagi :

Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them.
(Pilih tiga brand kegemaran anda di Lazada dan ceritakan kenapa anda sukakannya.)



Haa sapa kata Watsons ni perempuan je suka. Aku pun suka. Tapi suka tengok jelah. And suka survey harga. Biasa kat Watsons ni murah sikit berbanding drugstore lain, kecuali time promotion lah. Aku sebenarnya suka je tengok harga barang-barang tu tapi nak try produk baru tak berani (untuk skincare lah). Sekarang ni cuba untuk setia dengan Cetaphil je. Dahla breakout, nanti try product lain kang lagi breakout. 



Haa lagi. Selaku orang miskin, aku sebenarnya suka gila tengok jam Puma dan nak beli tu nanti-nanti la kot. Duit tak ramai lagi. Sebab kenapa aku suka jam, sebab dia takdak saiz. Kalau baju atau seluar atau kasut tu nanti kecewa pulak. Takut besar la, takut kecik sangat la. So kalau ada yang nak belanja Jam Puma ni, boleh la roger kat komen. Takpun, DM je Instagram. Haa klik gambar saya kat sidebar tu, follow la sekali hee :)



   Haa walaupun aku ni sports tu takla minat sangat kecuali bowling dan lawnbowl. Aku suka ja beli alatan sukan dan suka masuk Sports Direct kat mall. Macam sorga sikit tapi duit kena kepuk la kalau nak beli. Pegi masuk bila ada sale jela. Sini aku suka jugak scroll kat Lazada Sports Direct ni tengok kalau ada murah ke an. Kasut tu lawa weh tapi risau pulak kalau tak ngam. Haa saiz biasa aku pakai 42 (9) , haa kaki aku lebar, tak panjang pun haha. 

Okey, sekian tiga favourite brand aku kat LazMall ni. Sebenarnya banyak je lagi favourite brands aku kat Lazada ni. Cuma ni memang paling favourite and paling craving nak sangat lah. Duit je tak mengizinkan lagi kahkaha.

hahahshshsj


Bagi yang tak join lagi tu, jom lah join sekaki. 21-27 September je. Seminggu je contest ni pun. Hadiah pun banak. Untuk 30 orang. Jom jom jom. 


Okay maka dengan berakhirnya post ini, maka bermulalah sesi blogwalking aku yeehaa sambil-sambil cari idea nak edit sikit blog ni. Muram je pun. Chau! Salam :)


You May Also Like

4 comments

  1. wahhh good luck tau! Nak join jugak nanti tapi tak tahu pulak nak pilih brand yang mana :P

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya!
    Menarik posting ni

    ReplyDelete
  3. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete