K-Movie : Part Time Spy (2017)

by - Wednesday, July 24, 2019

Assalamualaikum
Bismillah


Masih tengah cuti semester. Kebetulan pulak, Astro bagi channel movie free (HBO, Fox Movies, TVN Movies dan beberapa lagi channel). Jadi untuk sementara ni memang takde buat part time ke apa, so menghadap tv jelah. Pastu terbukak cerita ni.

Ni pelakon utama, Kang Ye Won as Jang Young Shil
Ni detektif lawa tapi ganas haha. Han Chae Ah as Na Jung An

Movie ni bertemakan action-comedy. Pelakon pun aku tak kenal sangat, tapi layan teruk sebab kelakar. Cerita ni berkisahkan dua orang wanita ni jadi spy dan bekerja dekat tempat scammer melalui voice phishing. Sebelum ni selalu dengar pasal scam phishing ni, tengok cerita ni baru tahu macam mana phishing tu haha.

Mula-mula kedua-dua wanita ni tak kenal satu sama lain pun. Sorang detektif, memang untuk nak tangkap scammer ni la. Yang lagi sorang pulak, cuma pekerja kontrak untuk ejen dalam Agensi Keselamatan Negara, dan dia diperdaya untuk jadi spy supaya boleh dapat jawatan tetap dalam Agensi Keselamatan Negara tu.

Jadi, diorang jadi spy dengan menjadi pekerja dalam syarikat scammer tu. Diorang kena call orang ramai untuk pancing orang ramai untuk bagi no akaun bank dengan password, dan diorang memang dah ada maklumat peribadi orang yang diorang call tu. Masa tengok tu memang baru rasa macam "ohh.. macam ni la scammer buat kerja eh hahaha"

Ni ketua scammer tu, dan ni aku pernah tengok dia berlakon. Memang layak ah jadi jahat haha.
Namgoong Min as president Minseok.

Dalam diorang buat spy masing-masing, diorang dapat tahu yang diorang tu adalah spy untuk menangkap scammer. So, sejak dari tu baru diorang kerjasama untuk tangkap ketua scammer tu. Yang best bagi aku sebab tengok perempuan lawa belasah geng laki macam tu je haha.

Takleh nak explain panjang-panjang, kena tengok sendiri baru best. Bagi yang ada astro tu pergi je tengok channel free sementara ada ni (tak silap sampai awal Ogos kot). Overall, aku bagi rating cerita ni 4.3/5 hehe. Ok next cerita apa pulak?


You May Also Like

0 comments