Nasi Lemak McD Dah Jadi Makanan Kegemaran

by - Friday, September 13, 2019

Assalamualaikum

Salam September.
Haha dah pertengahan bulan baru nak update, busy katanya sebab baru mula sem baru. Sebenarnya ada ja niat nak update tapi setakat niat jelah hahah

Sebenarnya ter-rajin nak update ni sebab frust tak dapat balik kampung, tiket bas habis dari TBS ke Butterworth malam ni. Nak balik esok dah tak berbaloi pulak masa kat rumah huhu
Okey, sebenarnya nak share honest review gitu pasal latest favorite food : Nasi Lemak McD

Setakat ni dah 3 kali rasa Nasi Lemak di 3 Outlet yang berbeza. Dan ketiga-tiga cubaan tu, ada sikit berbeza bagi pendapat personal lah


First time rasa, dekat McDonald's Sunway Velocity. First trial ni paling sedap ah. Rasa perfect gila. Sambal dia kena sangat dengan tekak saya ni. Ikan bilis pun rapuh. Memang licin ah kali pertama makan ni.


Second time, beli thru FoodPanda je sebab tengah promo. Pakailah promo code 62YEARS tu weh, dapat 62% off with minimum purchase RM31. Tu saya beli Nasi Lemak McD set 2 ayam tu, Happy Meal Cheeseburger dengan Fries Large. Total harga daripada RM32 something jadi RM13 je. Seriously berbaloi! Cumanya bila order online ni, ayam yang saya dapat dua2 drumstick. Okey je cuma kecik sikit la saiz tu. Nasib baik fikir ada promo je hahaha. Pastu ikan bilis ni agak keras sikit dan saya tak habis pun.

( yang Proud to be Malaysian tu hehe )

Kali ketiga baru semalam je makan tapi tak sempat nak snap gambar. Saya beli kat Leisure Mall Cheras. Saya beli guna code yang dalam apps tu. Harga RM14 je sekali dengan Sundae Icecream. Overall okey je, cuma ikan bilis tu jela. Keras jugak haha.

Sekian, honest review dari saya cewah. Last sekali kalau makan fastfood ni, memang saya akan bayar guna BigPay sebab nak kumpul point tu! Sesiapa belum register bigpay lagi tu, register cepat :) serius berbaloi, function macam debit card biasa ja cuma ada kumpul point dan berbaloi kalau nak gi travel oversea nanti!

Kalau nak register tu, boleh la masukkan kod saya untuk dapat free RM 10 hehe
C5RRB8RZFX
Okey bye. Wasalam. Have a nice long weekend! Selamat Hari Malaysia :)

You May Also Like

4 comments

  1. waaa..sedap juga lau dapat makan nie.. lapar pula tgok haha

    ReplyDelete
  2. Saya selalunya akan cakap no wings, no drumstick kalau beli fast food. Kecewa rasa kalau dapat ayam kecil😅.

    ReplyDelete
  3. Singgah sini! Lepasni nak try nasi lemak dia pulak. sbb ramai ckp sedap. tpi betul la ikut tmpat la kot. even resepi sama tpi air tgn rasa lain2 jugak kan hehe

    ReplyDelete
  4. Kenapa la packaging dia lain dari yang Perlis, nampak kemas packing yang Aiman beli tu

    ReplyDelete