Korean Movie | Money (2019)

by - Tuesday, January 28, 2020

Bismillah
Assalamualaikum


Filem Korea jaranglah menghampakan aku. Semalam aku tengok filem bertajuk 'Money' atas rekomendasi kawan aku. Bila aku belajar subjek Investment, so macam tahu la jugak sikit-sikit basic apa yang disembangkan dalam filem ni. Kisah seorang broker saham yang uruskan pelabur nak melabur untuk hari-hari kat market.

Tengok filem ni teringat kisah masa buat assignment untuk subjek investment semester lepas. Aku tak faham langsung masa buat assignment haritu, rupanya setiap hari akan ada berita mengenai syarikat-syarikat yang nak kita laburkan. Kalau macam agak-agak market price syarikat tu jatuh, kita beli saham syarikat tu. Eh betul ke? Ok aku confuse balik.


So filem ni berkisarkan seorang broker yang tak pernah dapat bonus (lebih kurang camtu lah) hasil daripada kerja dia walaupun dah kerja hampir setahun. Tiba-tiba, ada senior sekerja dia perkenalkan dekat seorang yang pandai dalam trick pelaburan saham ni. Secara mendadak, si broker ni terus melonjak bonus dia melebih-lebih sehingga broker lain ke syarikat lain kena gulung tikar.

Rupa-rupanya, trick yang dilakukannya tu adalah illegal. Pastu dah sabit dengan kes polis pulak. Dalam proses dia buat trick semua tu banyak lagi hal lain berlaku. Semua tengok lah. Aku pun macam blur jugak tengok cerita ni tapi plot dia best. Keseluruhan rating aku sendiri boleh bagi 8/10.


Filem : Money
Bahasa : Korean
Pelakon : Ryu Jun-yeol, Yoo Ji-tae, Jo Woo-jin
Tarikh tayangan : March 20, 2019
Duration : 115 minutes

Banyak dah webiste yang dah tayang filem ni. Macam aku, tonton di dramacool.

Untuk tonton trailer, boleh tengok di youtube:


//Sekian.

You May Also Like

6 comments

  1. hmm.. mcm nak tgk alang2 tga cari citer ni kan

    ReplyDelete
  2. Dah tengok. Ending dia awesome giler. Terbaik plan dia. Kalau dak Ryu Jun-yeol ni berlakon, tak pernah tak best citer dia.

    ReplyDelete
  3. jarang tengok movie, selalu layan drama je. tapi movie ni nampak menarik juga, kena masuk dalam list dulu..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. wah nak tengok lah sebab ada ryu jun yeol ^_^

    ReplyDelete
  5. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! | Kesempatan Menang Lebih Besar,|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete