Rezeki Hujung Minggu Menang 2 Giveaway

by - Sunday, March 08, 2020

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah habis minggu ketiga kuliah. Sekejap je rasa. Hujung minggu aku dipenuhi dengan beberapa khabar gembira je haha. Mulakan dengan hari Khamis lepas, jadual packed gile. Pukul 9 pagi sampai 7 malam. Dengan break cuma satu jam. Memang penat gile. Jarang betul kelas aku jadi packed macam tu sejak degree ni. Balik dari kelas tu, saja blogwalking jap. Eh mamapipie dah umum pemenang giveaway haritu. Alhamdulillah terpilih. Lamanya rasa tak menang giveaway ni.



Efisien betul cara nak claim hadiah dari giveaway mamapipie ni. Isi google form je. Lepas sehari (Jumaat) terus mamapipie dah transfer duit RM50. Laju giler.


Memang kena support lagi giveaway seterusnya kat sini : Giveway Mac 2020 (3 Dalam 1) RM900 Untuk Di Menangi

Hari Jumaat pergi balik rumah kakak kejap kat Petaling Jaya. Sebab lama tak pergi melawat Kaklong sekeluarga, lama tak main dengan anak-anak buah tu. Lagi satu sebab sabtu tu saje join Tax Workshop anjuran SushiVid dengan LHDN. Kebetulan dekat dengan rumah kaklong aku. Aku saja je join untuk tambah ilmu. Aku bukannya ada income lagi pun hehe.



Selain ilmu uruskan tax untuk influencer/blogger ni, aku dapat jugak goodies. Ada buku nota dari SushiVid dan LHDN. Dapat topi jugak. Kalau dapat jawab soalan, boleh dapat tshirt. Tapi aku pun segan nak jawab sebab aku pun macam blur lagi dalam bidang ni. Lepas ni nak menelaah semua brochure yang dapat tu.


Tinggal rumah kaklong ni best sebab dekat mall jugak. Pastu kalau malas keluar tu memang order foodpanda/grabfood, kejap je sampai. Sempat la semalam merasa Pasta Panas ni. Sedap yakmat. Nampak macam sikit tapi kenyang teruk.

Harini dah balik Nilai. Baru usha blog balik. Tengok ada termenang satu lagi Giveaway. Dapat baucer makan dekat Restoran Jibby Chow. Boleh ajak kaklong lagi hehe. Baca : Nikmati Makanan Cina Halal Di Jibby Chow SS15 Courtyard Subang Jaya


Baca : Pemenang Baucer Makan Di Jibby Chow

Alhamdulillah rezeki. Terima kasih mamapipie dan kak Kinah.

Doakan la mudah-mudahan satu hari, aku dimurahkan rezeki nanti giliran aku pulak untuk buat giveaway. Amiin.

You May Also Like

9 comments

  1. waa.. tahniah..
    semoga dimurahkan rezeki selalu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. Amiin.. Moga kita sama-sama dimurahkan rezeki selalu :)

      Delete
  2. Perghh I got the same invitation from sushivid too but I dont have free time. Got final exam :'( Nanti share apa content dia ye

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah. rezeki semua tu ^_^

    ReplyDelete
  4. wahhh syokkk arrr...tahniah atas rezeki nya...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan., Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900. Penaja dan pengjur yang sama

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI


    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! | Kesempatan Menang Lebih Besar,|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete