Tips Sebelum Ambil Keputusan SPM 2019

by - Wednesday, March 04, 2020

Assalamualaikum

Esok akan berlangsungnya hari keputusan SPM untuk tahun 2019 dikeluarkan. Wah dah 4 tahun berlalu waktu aku jugak rasa keterujaan menantikan hari esok. Aku SPM tahun 2015, keputusan SPM dikeluarkan pada 3 Mac 2016. Alhamdulillah keputusan SPM aku dulu membanggakan jugak la walaupun tak naik pentas. Sebab sekolah asrama penuh ni budak-budak straight A ramai, aku yang slack tak straight dua subjek ni tak dapat la naik pentas. Dulu aku dapat 3A 6A- 1B+ 1C+. Pencapaian terbaik aku la, sebab sebelum tu paling tinggi pun 5A-.

Bukan result aku
Apa-apa pun result yang kita dapat, bersyukur la. Ni serius baru permulaan. Sebab ramai kawan aku yang keputusan SPM biasa-biasa ja tu lagi cemerlang dari aku waktu kat universiti ni.

Sini aku nak share la beberapa tips apa yang perlu buat sebelum dan selepas ambil keputusan SPM tu. *disclaimer: tak semua aku buat, tapi aku harap aku dapat buat semua ni masa dulu*

1) Banyakkan berdoa dan solat hajat

Walaupun kita rasa kita dah boleh capai target kita, tolong jangan berhenti berdoa. Sebab apa-apa rezeki pun semua Allah yang bagi. Kun Fayakun. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Kalau rasa macam down takut keputusan teruk, teruskan berdoa.

Dulu aku ni subjek Kimia tu masa trial dapat 40 je, dan masa jawab exam pun aku masih tak yakin dengan apa yang aku jawab. Tup tup keluar keputusan, Kimia salah satu yang aku dapat A-.

2) Berbakti kepada ibu bapa, mohon doa daripada mereka.


Aku percaya dengan benda ni. Daripada aku UPSR sampai sekarang ni, aku wajib kena mintak doa daripada ibu. Kalau boleh tu, jangan lukakan hati ibu kita. Aku dari dulu rasa aku belajar tak seteruk kawan-kawan yang lain. Tapi Alhamdulillah result aku memberangsangkan jugak la. Berkat doa ibu.

3) Bersyukur Dengan Keputusan Yang Diperoleh


Sepuas mana pun kita dengan result kita, jangan kufur dengan nikmat tu. Sekurang-kurangnya syukur kita pada keputusan yang tak berapa cemerlang tu boleh membawa kepada nikmat yang lebih besar pada masa akan datang.

4) Jangan Bandingkan Keputusan Kita Dengan Orang Lain

Sebabkan kita bandingkan keputusan dengan orang lain tu, boleh mendatangkan dua perkara, riak dan kufur nikmat. Kalau kita bandingkan dengan orang yang keputusan lagi rendah dari kita, kita akan lebih mudah untuk riak. Sebaliknya kalau kita bandingkan dengan orang yang keputusan lebih baik dari kita, kita akan mudah untuk kufur nikmat. Sebaliknya, banyakkanlah bersyukur.

5) Berterima kasih kepada guru-guru 
Yang ni pun penting. Tanpa guru-guru semua tu, kita takkan dapat apa keputusan. Mereka banyak membantu kita jadi orang. Kalau macam aku dulu, sekolah aku dengan rumah aku di negeri lain. Jadi, ini jelah masa untuk aku nak jumpa semua guru untuk ucap terima kasih. Kalau ada duit sikit, bagilah hadiah penghargaan apa-apa. Guru pasti akan kenang sampai bila-bila.

Tambahan, mintak lah nasihat dari cikgu-cikgu ni untuk kursus apa yang kita nak sambung lepas ni. Memang semua pun atas pilihan kita sendiri, tapi dengan nasihat guru tu boleh menambahkan lagi kebaikan dalam pilihan tu.

6) Luangkan masa dengan kawan-kawan


Ini sangatlah penting terutamanya yang tinggal di asrama, dan kebanyakkan kawan-kawan kita rumahnya jauh-jauh. Ini boleh dikatakan antara saat-saat terakhir kita nak luangkan masa dengan diorang. Bila dah makin meningkat dewasa, kawan silih berganti. Jadi, kawan yang kau ada sekarang mungkin kawan kau sampai situ je. Kalau ada masa, luangkan la dengan diorang.

7) Cari Peluang Untuk Dapatkan Dermasiswa/Biasiswa

Selepas balik rumah tu, kau hadaplah komputer cari peluang sebarang bantuan yang kau rasa boleh dapat. Ini aku share pengalaman aku la ye, aku setiap hari buka carian untuk biasiswa. Alhamdulillah dalam banyak-banyak yang aku apply tu, dapat dua interview. Iaitu Biasiswa JPA/Mara dengan Yayasan Peneraju.

Aku sebenarnya memang dah target nak masuk IPTA je. So, kat interview tu sebenarnya nak ambik pengalaman interview je. Kat sini ada aku kongsikan Pengalaman Interview Yayasan Peneraju 

Selain tu, aku dapat jugak dipanggil ke Era FM untuk dapatkan Dermasiswa. Yang ni macam contest je. Tapi nasib baik, dapat la merasa masuk radio dan jumpa artis.
Dapat jumpa Dr Fazley Yaakob dan dapat nasihat daripada beliau.
Alhamdulillah jugak dapat macbook air daripada pihak Era.fm
Apa-apa pun, goodluck untuk para pelajar SPM 2019. Jangan putus asa. Ke mana pun korang pergi lepas ni, pergi je. Jangan downgrade tempat belajar korang. You guys are awesome. You did great. Maybe the time is not now, maybe soon.

You May Also Like

18 comments

  1. Goodluck buat semua yg terlibat

    ReplyDelete
  2. Apa2 pun keputusannya
    terimalah dengan redho

    ReplyDelete
  3. good luck utk yg nk amik result spm arini

    ReplyDelete
  4. Bagusnya ada tips macam ni. Takde la hilang arah macam tu je lepas dapat result. Good luck buat semua yang amik result hari ni. Akak dah rasa 18 tahun lepas

    ReplyDelete
  5. Ramai yang up kan keputusan anak they all hari ni. Banyak yang cemerlang. Ye! yang penting berterima kasih la pada ibu bapa dan juga diri sendiri kerana bekerja keras untuk pencapaian masing masing.

    ReplyDelete
  6. Tips berguna untuk anak-anak yang ambik SPM.. tapi macam mn pun.. yang penting berusaha, dan tawakal pada Allah swt.. jgn lupa berdoa dan mohon pada yang maha Esa untuk permudahkan urusan

    ReplyDelete
  7. Semua di atas usaha kita juga untuk berjaya selain doa dari ibu bapa. Apapun tahniah sebab keputusan SPM awak yg cemerlang. Betul tu pembelajaran di universiti dan seterusnya lebih penting. kena tanam visi yg lebih jauh utk lebih berjaya.

    ReplyDelete
  8. Perkongsian tips yang bagus.walau apa pun keputusan yang diterima, buka kan hati dan terima dgn redha

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah tips yang bagus. tahniah buat semua SPM leavers for what ever result you got yesterday

    ReplyDelete
  10. Betul2! Pada yg dpt keputusan bagus, alhamdulillah; yg tak ok sgt, takpe masa depan panjang lg, so much to offer!😁

    ReplyDelete
  11. tips yg bagus. keputusan elok atau tidak, terima sahaja. teruskan prjuangan

    ReplyDelete
  12. Tios yang bagus. Terutama berdoa tu..apa jua keputusan yg diperolehi perlu redha

    ReplyDelete
  13. Tips yang sangat bagus. Yang gagal tak semestinya tak berjaya pada masa akan datang. Usaha lebih lagi. Tahniah pada yang cemerlang.

    ReplyDelete
  14. Tips cari scholarships tu memang setuju sangat. Kalau boleh elakkan lah dari buat pinjam an. Dapat full scholarship memang berbaloi

    ReplyDelete
  15. Bagus tips ni aiman. Mana yang berjaya tahniah diucapkan. Pada yang tak berjaya, ingat ni bukan pengakhirannya. Masih jauh lagi perjalanan dan usaha lagi sehingga berjaya.

    ReplyDelete
  16. oh !! dah keluar ya keputusan SPM.. adei.. tak sempat akak nak amik tau.. hee~ sibuk dengan isu politik negara.. btw !! artikel yang baik dik !!

    ReplyDelete
  17. Dulu masa nad pun debor je nak ambil..Ramai dapat keputusan cemerlang..tahniah kepad amereka semua

    ReplyDelete
  18. Harapnya parents takde yang pressure anak- anak apabila dapat result. And jangan paksa depa ikut the parents’ wants - kena tengok minat mereka jika ingin meneruskan pengajian kan

    ReplyDelete