First Time Beli Barang Dapur Di Shopee

by - Friday, February 28, 2020

Assalamualaikum,

Semester baru dah start. Dah semester 6 gais, nanti sem 7 pastu intern pastu habis. Kejap je rasa. Okay bukan itu aku nak ulas.


Bila masuk sem baru ni, memang kena kembali kepada fitrah la gittew, kena start berjimat, start kurangkan makan. Jadi, aku mulakan sem ni dengan beli barang kat Shopee. Tambahan pula, duit pinjaman dah masuk hehe.

Aku ada pergi supermarket dekat-dekat rumah sewa aku ni. Ye aku memang jenis fikir tiga empat kali untuk beli sesuatu barang tu, dan pastinya aku kena compare dulu banyak tempat. Nak jadikan cerita, lepas dah pusing supermarket tu. Last-last aku cuma beli satu keperluan asas ja iaitu air mineral.


Tengah-tengah bosan pulak, aku scroll shopee. Tengok shocking sale, wow banyak jugak barang murah. Tapi macam bukan keperluan sangat pun. Last-last nampak ada ShopeeMall yang jual macam barang dapur dengan sabun. Dan yang aku suka lagi sebab ada free shipping untuk pembelian atas RM 40, dan penghantaran 24 jam bagi kawasan Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka. Pastu, aku tak fikir panjang, terus scroll-scroll Shopee Mall tu sambil add to cart. Jadi, dapat la barang-barang ni. Total harga semua barang ni RM41.38

Semuanya di beli kat Shop atas ni. Klik ke shop.


First, aku usha shocking sale dulu. Tengok Maggi ayam RM 1.75 je. Murah la tu. Aku tak gemar sangat tapi boleh jela makan perisa ayam ni. So boleh la buat stok bila sesak takde duit nanti.
Harga asal RM4.75 jadi RM1.75

Pastu teruskan cari toiletries dengan sabun basuh. So, aku beli sabun mandi, sabun basuh, downy dengan mouthwash. Tapi still tak cukup RM40 sebab nak dapatkan free shipping
Harga asal RM4.90 jadi RM3.90
Harga asal RM6.51 jadi RM5.61
Harga asal RM8.68 jadi RM7.80
Harga asal RM2.99 jadi RM2.84

Pastu aku start la add to cart jajan-jajan, aku beli pringles yang macam rare sikit, maggi cup yang baru ni jugak dengan susu. Kisahnya masa add to cart tu, aku dah tambah coco crunch mini tu, murah jugak la dalam RM2 je, tapi bila nak bayar, katanya coco crunch tu dah habis stok. Pastu aku beli susu saje, dua kotak pulak tu.
Harga asal RM4.74 jadi RM3.88
Harga asal RM2.06 jadi RM1.80
Harga asal RM6.20 jadi RM4.72

Aku tambah biskut ape ni. Bagi aku tak berbaloi, sebab biskut ni kecik je tapi harga RM2 lebih. Tapi sedap je rasanya, tapi tak puas la dengan RM2 lebih tu. Dah la aku pegi beli benda ni dua, dah jadi RM5 untuk benda yang tak mengenyangkan ni.

Harga asal RM2.60 jadi RM2.47
Harga asal RM19.90 jadi RM0.75

Last sekali, aku tambah washing machine cleaner ni sebab tak sampai RM1. Lagipun washing machine rumah sewa ni tak pernah cuci, so nak try la. Tapi tak reti nak pakai, dahla tulisan jepun je semua. Kena cari tutorial dalam youtube ni hahaha

Pandai abang tu sorokkan kotak ni. Btw ye compound rumah sewa aku memang semak ya amat. Rumah bujang kan.
Secure ye. Takde damage walaupun maggi dengan biskut tu senang pecah, tapi selamat tak pecah langsung.

Lastly, aku puas hati la sebab box ni secure sangat. Dan abang shopee express tu pun baik je. Aku takde kat rumah, dia tinggalkan je kat celah-celah yang tersorok sikit. Cuma 24-hour delivery tu tak la betul-betul 24 jam. Actually 2 hari baru sampai. Tapi okey la, sebab free delivery kan. Sekian.

Berbelanjalah dengan berhemah. Pesanan untuk diri sebenarnya tu hahaha

You May Also Like

4 comments

  1. that loacker mmg mahal, high-end punya biskut

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh baru tahu hehe. tapi sedap lah, padan dengan harga..

      Delete
  2. sekarang ni kalau boleh malas semua boleh pakai online je..wah harga dia pun murah giler, jimat banyak :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete