Menang Hadiah Dari Giveaway Blog Syazni Rahim

by - Saturday, September 26, 2020

 Assalamualaikum | Hehe lama tak rasa free camni. Sebab semalam dah resign kerja part time sebab dah sampai cutoff gaji. So sekarang tunggu gaji jelah sekarang ni. 

Dalam sibuk semua tu pun sempat lagi tau usha blog ni cuma tak sempat nak update je. Moga lepas ni banyak lagi content yang lebih berkualiti untuk dipost. Jumaat (25/9) hari last aku kerja part time tu. Hari tu jugak aku ada terima hadiah dari giveaway blog kak Syaz >> Blog Syazni Rahim

Sebenarnya aku pun baru je follow kak Syaz ni hasil dari jumpa kat bloglist Abam Kie. Baru first time melawat blog kak Syaz, terus join je giveaway yang simple giler. Kena komen dekat post kak Syaz je. Tiba-tiba rezeki menang pulak. Alhamdulillah.

Kak Syaz update cepat betul, dapat notifications hadiah on the way hari Khamis. Hari Jumaat dah sampai kat rumah ye haha. Sekarang ni semuanya mudah. Pakai Shopee je. Lagi bertambah teruja sebab taktahu apa hadiah tu. Dapat-dapat parcel tu lagi teruja sebab besarnyaa. Rupa-rupanya sejadah gebu lembut.



Tebal dan lembut ye. Tak pakai lagi. Nak kena basuh dulu. Macam karpet okey. Lepasni lagi khusyuk lah solat ye heheh :D Tunjuk kat mak, dia pun suka sebab lembut giler. Tapi mak dah ada sejadah sandar tu, lagi selesa yang tu katanya. Jadi, selamatlah sejadah hadiah ni tak perlu kongsi dengan mak haha. Thanks ye kak Syaz! 

You May Also Like

2 comments