Tukar Pelan Hotlink Prepaid Unlimited Data dan Call

by - Wednesday, October 07, 2020

Pakai Hotlink dari zaman sekolah rendah telefon cikai sampai sekarang. Walaupun banyak kelemahan sebenarnya Hotlink ni tunjukkan, tapi taktahu kenapa setia sangat. Antara kelemahan terbesar dari dulu adalah harga pelan Internet. 




Sebabkan harga mahal tu lah aku dah pernah tukar ke Umobile dengan TuneTalk. Tapi macam mana pun, Umobile ni semua orang faham kan. Lembab ye Internet dia anak-anak hahaha. TuneTalk so far so good tapi customer service dengan aplikasi pulak tak best dan tak mesra pengguna. Alih alih Hotlink jugak aku guna. 



Dari lepas SPM aku guna nombor yang sama walaupun banyak kali tukar telco. Keistimewaan pelan yang aku kekalkan dari dulu tu sebab dapat percuma 1GB hari Sabtu dan 1GB hari Ahad. Tapi tu la, kejap je dah habis sebab sikit sangat. Yang terbaru, aku nampak kat Twitter boleh upgrade pelan untuk dapatkan Internet Tanpa Had. 


Nak upgrade plan kena bayar RM5. Untuk Internet Tanpa Had pulak ada 2 pilihan. Kelajuan 3Mbps untuk RM35 manakala 6Mbps untuk RM45. Dan kalau nak guna hotspot kena tambah lagi RM5. Bila kira balik tambah tolak semua, aku rasa lagi berbaloi la kot sebab aku cuma perlu tambah nilai sekali je sebulan. Tambahan lagi, pelan ni dapat unlimited calls jugak. 



Setakat ni dah seminggu pakai pelan ni, semua okey. Aku pakai yang kelajuan 3Mbps je sebab telefon aku pun lama dah dan tak boleh tampung kelajuan tinggi pun. Ada terbaca katanya bukanlah unlimited pun, cuma 30GB je. Tapi dekat apps tunjuk unlimited. Kita tengok hujung bulan ni macam mana penggunaan Internet aku. 

You May Also Like

5 comments

  1. sis dari dulu paakai hotlink, pernah la tukar telco lain kejap tapi lepas tu tukar balik ke hotlink..tak tau kenapa setia sgt dgn hotlink ni..haha

    ReplyDelete
  2. Skrg pakai digi. Berkira2 nak tular ke maxis tp takut speed 3Mbps tu x laju mana utk netflix bagai.

    ReplyDelete
  3. internet dah jadi keperluan sekarang ni kan

    ReplyDelete
  4. kak shida juga guna maxis..lama dah telefon free pn dah 2 kali dpt hehee..tempat kak shdia maxis cemerlang!

    ReplyDelete