Monday, January 27, 2020

2020 Goals: Apa Usaha Untuk Merealisasikannya?

Bismillah
Assalamualaikum

Bagi memulakan post tulisan sendiri 2020 ni, aku nak mulakan dengan goals/azam tahun baru walaupun dah nak habis Januari kan. Tapi kan baru lepas Tahun Baru Cina (kira halal lah). Gong Xi Fa Chai!


Secara keseluruhan azam aku tahun ni, kebanyakannya sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ni. Biasalah, manusia cuma boleh merancang. Tapi, prinsip hidup aku, 'beranganlah selagi boleh, sebab berangan ni percuma'. Walaupun agak ada elemen humor kat situ, aku sebenarnya ada usaha aku sendiri untuk merealisasikan setiap azam aku pada setiap tahun atau setiap kali aku memasang azam baru.

Tahun 2020 ni memang tujuan utama azam aku adalah untuk mengubah diri sendiri ke arah lebih baik, matang dan kurangkan negativity. Aku nak buang segala toksik yang ada, terutamanya yang datang dari diri aku sendiri.

Kalau dari kebendaan, aku target tahun ni nak luaskan pandangan dan pengalaman dengan membanyakkan meneroka hobi baru dan melancong ke tempat-tempat yang dah lama teringin nak pergi. Tetapi memandangkan aku pun tak bergaji, aku akan dahulukan dengan nak mempelbagaikan part time job aku.


Dalam usia 22 tahun ni, Alhamdulillah la aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana so nak apa-apa kena usaha sendiri. Setakat ni dah hampir 7 part time job aku pernah buat. Kekadang tu aku pergi dalam sehari dua je untuk dapatkan pengalaman (ceh padahal tak tahan, ok aku tak suka kerja yang relaks sangat dan kerja yang teruk sangat). So promoter, cashier, stock taker, store assistant antara yang aku pernah kerja la.


Untuk tahun 2020 ni jugak, kalau boleh aku nak konsisten dalam mendekatkan diri dengan Allah. Sebab sekarang kita pun taktahu sampai bila usia kita nanti, so aku kalau boleh memang nak seimbangkan duniawi dan ukhrawi. Sebab semua apa yang kita buat di dunia ni pun adalah bekalan ke akhirat kelak.

Ok, macam lain-lain tu. Ofcourse la aku nak maintain pointer aku. Lagi 3 semester je nak habis degree ni, harap result semakin baik. Tahun ni jugak aku nak tetapkan savings untuk diri sendiri at least RM500. Ye tak banyak pun sebab aku ni jenis boros, so dapat kumpul RM500 by the end of the year pun satu pencapaian yang baik teruk dah hahaha.

//Sekian//

5 comments:

  1. All the best dik. Semoga segala azam tercapai

    ReplyDelete
  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! | Kesempatan Menang Lebih Besar,|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete