Sunday, April 26, 2020

Belikan Honor Magicbook Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Ramadhan. Laptop second hand haritu dah rosak sebab dah lama pun. Kalau sebelum ni aku pakai laptop kakak aku je. Jadinya sebabkan cuti PKP ni, aku punya eager nak sangat laptop untuk hilangkan bosan. Satu lagi, assignment berlambak belum sentuh lagi. Kebanyakannya kena buat dalam laptop.


Dan Honor keluarkan laptop terbaru. Biasanya dengar Honor ni keluarkan smartphone je kan. Ni baru keluarkan laptop. Selepas tengok review banyak yang cakap specs laptop ni okey. Terus usha. Harga pulak RM2299. Dikira 'murah' la jugak untuk specs 8GB RAM dan AMD Ryzen 5.


Masa mula-mula keluar tu dapat free gift jam lagi. Tapi masa mula-mula tu duit tak cukup. Tiba-tiba mak cakap nak sponsor setengah. Terus onz. Mak aku tanggung aku sorang je sebab adik beradik lain semua dah kerja. Aku je yang belajar lagi. Tapi apa pun, aku memang kena bayar balik walaupun sikit-sikit. Nanti dah kerja, kena bagi kat mak tiap bulan. Wajib.

Dah tiga hari pakai, bagi aku semua okey lagi. Cas pun dalam 30 minit dah penuh boleh pakai sehari. Pastu skrin dia boleh bend 360 darjah woah. Takdak la nak terpijak ka apa. Nak cerita pasal slot2 lain aku pun tak pandai sangat. Yang aku tahu best pakai. Puas hati lah.



Next nak tukar handphone pulak tapi tahun depan lah sampai handphone yang tengah pakai ni betul-betul lunyai tak boleh nak pakai dah haha. Dan dengan adanya laptop sendiri ni aku harap assignment dapat siap on time pastu rajin la nak update blog ni. Hehe

2 comments:

  1. Bestnya dapat pakai laptop baru! hehe.
    Saya punya laptop ni dari zaman belajar lagi.
    Dah lama sangat rasanya, takda nafsu dah nak tukar kahkah.

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete