Salam hujung minggu ketiga dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Semua okey lagi ke tu? Alhamdulillah kalau masih okey. Mesti dah masak macam-macam menu kan kat rumah tu hehe
Nak keluar pun, kalau boleh satu keluarga seorang je eh. Nak beli barang dapur pun kalau boleh seorang je. PKP Fasa 2 ni undang-undang dah makin ketat. Kan lagi senang kalau beli barang dapur semua online je. Sekarang ni pun banyak perkhidmatan pembelian barang dapur atas talian, dan hantar sampai depan rumah ni. Salah satunya yang aku syorkan adalah kedai.matdespatch.com
Bagi yang tak pernah tahu apa tu kedai matdespatch boleh klik gambar atas ni :D |
Buat masa sekarang, kedai matdespatch cuma cover kawasan sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang dan Serdang. Akan datang ke seluruh Lembah Klang. Bagi yang dalam kawasan disebut tu jangan lepaskan peluang untuk cuba perkhidmatan dari kedai matdespatch ni tau.
Kategori barangan yang tersenarai dalam perkhidmatan kedai matdespatch ni termasuk barangan dapur seperti ikan, barangan runcit, ayam daging, sayur-sayuran, buah-buahan, rempah ratus dan banyak lagi.
Untuk ikan, pelbagai jenis ikan yang ada seperti ikan sardin, tongkol, kembung, selar dan banyak lagi. Makanan laut lain seperti udang dan sotong pun ada.
Antara jenis ikan yang ada :) |
Barangan keperluan lain pun ada okey macam barangan farmasi (toiletries) dan barangan keperluan bayi (macam pampers, wet tissues dan lain-lain).
Untuk barangan basah segar macam ayam, ikan dan udang juga terdapat pakej istimewa. Pakej A. Dengan harga yang lebih jimat. Barangan segar macam ni biasanya stok agak terhad.
Ayam (1.8kg - 2.0kg) | Udang solo (850g - 1kg) | Ikan tongkol (850g - 1kg) |
Penghantaran setiap hari di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang dan Serdang. Penghantaran fleksibel, atas tarikh pilihan anda.
Untuk maklumat lanjut, layari website kedai matdespatch.com boleh juga hubungi di Whatsapp 60193415109. Khidmat sokongan pelanggan juga available setiap hari dari jam 9pagi hingga 6petang.
Wahh macam best je. Memudahkan kerja kita ni.
ReplyDeleteJemput join segmen kami :)
http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html
Sejak pkp ni mcm2 servis delivery kan.mudah la x yah bersesak nk beratur lama nk masuk kedai..
ReplyDeleteRed Linda https://anakperak.com
Time keadaan macam ni, memang elok sangat kita beli online aje, banyak servis yang ada, salah satunya macam yang Aiman share ni haa, memudahkan kerja semua orang, janji kita duduk rumah dan stay safe kan...
ReplyDeletesetakat ni belum lagi beli online sebab kedai runcit dekat sangat dengan rumah...nanti kalau ada keperluan yang tak dijual kat kedai runcit, kena jugak la beli online...lagipun dalam keadaan wabak menular ni, risau jugak nak berjumpa dengan orang...huhu
ReplyDeleteuntung la org selangor. byk servis gini sekarang.inisiatif yg bagus.
ReplyDeletekebetulan area sana byk dah redzone, kan. kena la beli online.
as for kawasan rumah aida, kawasan kampung, jauh dari melaka tengah.
so takde langsung servis gini. redha jer la kluar membeli 4-5 hari sekali.
banyak juga barang. memang memudahkan untuk mereka yg berada dikawasan terlibat.
ReplyDeleteseronok beli online, lebih mudah untuk kita lagi2 time pkp ni. beli online je tak payah keuar
ReplyDeleteAda buah-buahan, Grab tak ada. Asal tak cover KL sekali baru nak seronok. Macam-macam kemudahan sekarang ini kan, takyah keluar, order online je. I like!
ReplyDeleteWah tadi baca mengenai Grab mart ni Matdespatch lak. Baguslah ada alternatif... nanti nak tengok dia org punya web lak...
ReplyDeleteBest gak tapi Shah Alam dia X cover lagi la
ReplyDeleteWah ada yea servis ni tak tahu pulak nanti nak checklah ada tak perkhidmatan ni dekat area rumah saya. moga covid19 dapat diputuskan dan PKP berakhir
ReplyDeletewahhh iena baru tau pasal matdespatch.com ni. Ingatkan grab mart je. Bagus dorang buat mcm ni. tak perlu la kita keluar rumah .boleh beli online..risiko terkena covid tu kurang la :D
ReplyDeleteBaru tahu pasal matdespatch ni. baguslah ada perkhidmatan macam ni, sekurangnya ada juga sumber pendapatan buat mereka kan. Ok nanti nak try jugak
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki delivery 2 ni..time pkp ni memng memerukan diaorang semua ni..takyah sesak kelaur pergi beli
ReplyDeleteTime PKP ni memang ramai beli secada online. Yelah pergerakan kita pun terbatas kan angkara meletusnya wabak Covid-19. Waktu macam ni servis penghantaran barang depan pintu rumah yang kita perlukan.
ReplyDeleteWah bagusnya. makin banyak online shop dibuka. Lagi mudah dan just stay at home.
ReplyDeleteUiyo, best ni dah banyak pilihan beli barang dapur online. Lepas ni mak mak dah tak payah keluar rumah dah. Saya lagi suka :D
ReplyDelete