Sunday, May 31, 2020

Tips Berguna Dr. Amalina Untuk Pelajar Yang Menempuh Kelas Atas Talian

Assalamualaikum,

Berikutan kenyataan KPT bahawa cuma akan dijalankan kelas online bagi pelajar universiti sehingga hujung tahun ni, memang sebuah cabaran baharu buat semua pihak yang terlibat. Dari pihak kerajaan, pihak universiti, pensyarah dan pelajar. 

Turut memahami situasi semasa, Dr. Amalina yang juga bekas pelajar yang cemerlang dalam SPM 2004 dulu dan juga graduan Universiti Cambridge dalam jurusan perubatan ada berkongsi sedikit tips untuk pelajar yang bakal menempuh kelas online ni. Kredit tweet Dr. Amalina


Dalam tweet beliau, beliau mengakui bahawa sememangnya kelas atas talian ni lebih senang terganggu berbanding kelas biasa. Jadi, beliau berkongsi 5 tips yang sangat berguna dapat digunakan bagi mengelakkan sikap bertangguh.

  1. Kurangkan penggunaan gadget dan media sosial. Tetapkan had 'screen time' pada telefon pintar dan tablet kita. 
  2. Tetapkan goals harian dan goals masa panjang. Buat jadual waktu dan tetapkan 'deadline' bagi setiap tugasan.
  3. Beri ganjaran pada diri sendiri dan ambil masa untuk berehat sebentar selepas goals yang disasarkan dah tercapai atau selepas siap sesuatu tugasan penting.
  4. Gerak kerja bersama kumpulan rakan-rakan atas talian untuk lebih motivasikan diri. Adakan kumpulan belajar.
  5. Beritahu rakan-rakan kumpulan apa goals kita supaya mereka boleh sentiasa mengingatkan kita untuk berhenti bertangguh dan siapkan tugasan terlebih dahulu.

Di akhir tweet beliau, diselitkan juga ucapan semoga berjaya buat semua pelajar. Kegigihan dan kesungguhan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha!


6 comments:

  1. betul, ulang kaji online pon terganggu, inikan pula main class on9, kalau sya memag loss habis rasanya..hahhaha

    ReplyDelete
  2. buat adik-adik yang tengah belajar, sila ikut nasihat yang diberikan... moga dapat memberi manfaat kepada anda semua

    ReplyDelete
  3. guru atau pensyarah boleh upload video PDPC di youtube jd murid2 boleh tgok bila2 masa mrka free. Kdg2 kalau disetkan masa utk menonton tu susah...rakaman sesi pengajaran tu perlu sgt2.

    ReplyDelete
  4. Anak anak darjah 1 pun ada yang cikgubsuruh buat kuiz online... bila kena buat kerja menulis...terus merentan...nakmkuiz online lagi...adoiii

    ReplyDelete
  5. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete