Saturday, October 31, 2020

Cara Rakam Video Presentation Guna PowerPoint Je

 Hai Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni aku sibuk sangat dengan siapkan assignment untuk thesis. Akhirnya tadi dah submit video presentation, boleh santai kejap beberapa hari sementara minggu depan untuk sesi soal jawab. 

Aku nak share satu tips nak rakam video presentation powerpoint tanpa guna aplikasi lain selain powerpoint je. Cara ni sangat mudah untuk korang yang macam aku, selalu buat kerja last minute dan taknak susah-susah buat banyak kerja. 

Memandangkan sekarang ni banyak atas talian (online) je kan, so aku rasa tak salah nak kongsi cara mudah nak rakam video presentation guna powerpoint je.

Mungkin dah ramai tahu, tapi aku baru je tahu. Dan saja nak kongsi sebab mudah dan cepat.

Lepas siap slide powerpoint korang tu, dekat bahagian atas tu ada slide show haa tekan tu. Pastu tekan record slide show tu. Dari situ, boleh pilih sama ada nak record dari awal slide atau nak record slide tertentu sahaja.


Lepas tu, dia akan jadi macam gambar atas ni. Nanti video korang akan ada sebelah kanan bawah tu. Jangan risau kalau terlindung perkataan ke apa, sebab nanti lepas dah siap rakam, korang boleh adjust besar kecik dan kedudukan video tu jugak. 

Dalam rakam tu jugak korang boleh nak conteng-conteng slide tu tau. Bawah tu ada warna banyak-banyak tu, korang tekan je nanti keluar la. 

Tips: Aku sebelum ni biasa nak pause video kan tekan space je. Untuk rakam ni, jangan tekan space! Sebab nanti akan terus ke slide seterusnya. Kalau rakaman slide tersebut tak habis lagi, kena rakam lain lah jawabnya. (Ini jelah kelemahan rakam pakai powerpoint ni)


Dah siap rakam nanti akan jadi macam ni. Haa dekat tepi slide tu ada bintang kan. Boleh la cek balik kalau ada slide yang terlepas tak rakam ke kan. Bila dah habis rakam semua slide dan nak save as video, ikut je step mudah ni. File > Export > Export a Video

Pastu boleh la pilih kualiti video tu nak yang macam mana. Dari 4K, 1080p, 720p dan 480p. Aku ambik 1080p pun masih tak besar sangat ruang digunakan. 

Banyak rupanya benda boleh buat kan kalau pandai discover. Tak perlu susah-susah nak install aplikasi baru. Kalau macam kurang faham tu, boleh rujuk video youtube bawah ni (aku sertakan english version dan malay version sekali). Aku pun rujuk video tu je. Alhamdulillah menjadi. Doakan aku geng untuk sesi soal jawab berkenaan presentation ni minggu depan. 



Untuk yang video malay tu, korang subscribe ye. Sebab banyak betul tips dia dalam video tu. Video pun banyak episod dari basic hinggalah ke profesional punya style. Support gais hehe

8 comments:

  1. wah,thank you sharing ni! tak pernah tau pun sal boleh record ni!

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik, moga dapat beri pertolongan pada kawan2 yang memerlukan ;)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam.
    Alhamdulillah. Perkongsian yang baik. Zaman sekarang ini banyak sangat info berkaitan ICT yang tak dapat ikuti.

    ReplyDelete
  4. Wahhh nice!! Tak tahu pun powerpoint boleh rakam video!!! Thanks for the sharing!!

    ReplyDelete
  5. Sy da test buat..tp bila nk record suara je ada...muka xnmpk cane tu ckg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat yang saya dah cuba, memang kalau tekan start slide show tu akan keluar muka terus.. kena setting kat situ.. maaf kalau tak membantu tapi boleh dm kat ig utk guide hehe

      Delete