Saturday, October 3, 2020

Semester Akhir Kuliah Pun Kelas Atas Talian Lagi Nampaknya

 Salam. Harini kes baharu melebihi 300 yang mana paling tinggi sejak PKP. Fuh nampaknya makin berleluasa ya. Kita Belum Menang.

Selepas Kementerian Pengajian Tinggi keluarkan notis untuk tangguhkan perjalanan dan pendaftaran secara fizikal pelajar IPT, Universiti aku pun menyokong dan turut keluarkan notis yang sama. 

Pada awalnya, cuma penangguhan sementara sahaja yang diumumkan. Harini dapat notis baharu yang semua kelas untuk fakulti aku (Sains Teknologi) perlu dilakukan secara maya. Dan tidak digalakkan untuk pulang ke kampus. 

Nak taknak memang kena terima lah. Tapi, semester terakhir kot aku nak belajar kat kelas. Lepas tu dah internship. Lepas tu dah habis. Sedar tak sedar, rupanya kelas terakhir aku di fakulti pada bulan Mac haritu. Perasaan tu bercampur baur. Tak tahu lah perlu seronok ke sedih.

Kelas atas talian ni best kalau aku jenis cepat tangkap. Tapi masalahnya aku ni dah la slow learner, dah tu kena belajar sendiri. Aduh. Cadangnya nak balik juga ke kampus tapi bukan dalam masa yang terdekatlah. Kita tunggu kes menurun dulu, barulah kita pergi. Senang sikit kerja kalau ada kawan. 

Lepastu dah tak duduk rumah sewa tapi kena bayar jugak. Wifi pun kena bayar jugak. Nak terminate wifi kena bayar denda sebab tak habis kontrak lagi. Dari bulan 3 tu kena bayar benda yang kita tak guna. Redha la labu!

Apa-apa pun, moga-moga kes semakin menurun dan aku semakin bijak. Doakan proposal tesis yang dah memanggil-manggil untuk disiapkan jugak tu. Belum mula kelas dah banyak kerja ya gais. Moga ada keadilan dan kelebihan untuk semua pelajar. Semoga kita semua terus tabah dan terus patuhi SOP! 

Sekian dari saya yang sedang mencuba untuk tidak bercakap negatif pada golongan yang viral tersebut.

7 comments:

  1. semoga bala covid 19 ini akan cepat reda. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  2. online class mmg susah kan..sbb tak paham, kita nak tnya soalan pun teragak2.. then sometimes tatau apa yg kita taktau.. huh ..bertabah la..hope covid ni cepat berakhir

    ReplyDelete
  3. bertabah ya. kelas dalam talian memang susah.. harap2 covid ni cepat berlalu.. nvr give up~~ hwaiting

    ReplyDelete
  4. semoga tabah mengharungi kehidupan ya

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan aiman untuk sem akhir :)

    ReplyDelete
  6. assignment pun makin banyak time kelas online kan. sebab ada ipta yang terpaksa ganti final exam dgn assignment macam semester lalu

    ReplyDelete