Thursday, January 14, 2021

Hari Pertama: Gambar Terbaru dan Fakta Tentang Anda | Cabaran 15 Hari

Hari Pertama


Assalamualaikum, sempena tahun 2021. Tahun baru. Aku berazam untuk rajin menulis blog di samping kesibukan kehidupan (cehh.. haha). Untuk ambil mood konsisten menulis tu, aku berhasrat untuk menyahut cabaran 15 hari menulis blog yang dianjur oleh SiiNurul. Tajuk yang disenarai pun menarik jugak untuk dikongsi. Harini terus mula hari pertama eh. 


Gambar terbaru, sempat pergi Saloma Link dengan KLCC hujung minggu lepas. Fuh! Gambar banyak jugak yang ditangkap, tapi kebahagiaan PKP duduk rumah tak dapat dilapik. Nampak perut je semua haha. Memang dah tak boleh cover.

Fakta Tentang Aku
💥 Pendiam dan bukan seorang yang nak mulakan perbualan. Kalau jumpa tu, nak tunggu aku tegur dulu memang lambet la! Haha
💥 Minat muzik dan segala genre lagu dilayannya. Kalau suruh pilih genre pilihan, Kpop dan Pop. 
💥 Bab makan aku tak memilih sangat. Tapi aku suka ayam! Nasi yang berwarna aku tak suka, pergi kenduri pun makan nasik putih ja. Jarang la aku teringin nasik minyak 😂
💥 Minat seni budaya tapi biarlah itu sebagai minat. Sebab bidang sekarang jauh lari dari minat asal dulu. 
💥 Minat mengira sebab tu sekarang ni ambil bidang kewangan macam tu. Tapi tulah, kira-kira dalam bidang ni bukanlah mengenai tambah tolak darab bahagi je. Sebab tu keputusan aku punah haha.
💥 Masih struggle dalam mencari hala tuju internship dan masa depan. Doakan segalanya dipermudahkan. 

Maaflah tak ada yang menarik pun untuk dikongsi tentang diri aku. Untuk media sosial, follow je aku kat Instagram > aimansallehh . InsyaAllah followback!

7 comments:

  1. pergh, macam menarik cabarannye ni. Btw semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Most blogger memang pendiam dan pemalu kan. Samalah. Kalau orang jenis banyak cakap, selalunya dia tak rajin nak menulis hehe

    ReplyDelete
  3. sama la...MY pun suka nasi ayam...nasi beriani ke..hujan panas ke...nasi tomato ke semua tak minat

    ReplyDelete
  4. dah ramai now lelaki suka kpop yeeee

    ReplyDelete
  5. Fuh genre musik ko.. boleh kamceng la ni. Haha Sis gurau. All the best siapkan cabaran ni. bukan mudah tau nak cari idea ni. :)

    ReplyDelete
  6. sis pun minat kpop juga tapi dululah zaman big bang. sekarang pun still layan lagu kpop lama..hehe

    ReplyDelete
  7. Ohooo tak selalu jumpa lelaki yang suka kpop!

    ReplyDelete