Friday, January 15, 2021

Hari Kedua: Sumber Inspirasi Ketika Berblog | Cabaran 15 Hari

Hari Kedua 


 Assalamualaikum,

Bercakap berkenaan blog, aku pun dah tak ingat kali pertama aku terjebak ke sini. Aku ingat dulu waktu tingkatan 1 aku diberi komputer riba 1Malaysia oleh kerajaan. Dari situ, aku jadi minat main coding untuk ubah-ubah design blog (ikut tutorial blogger lain). Waktu tu jelah, sekarang ni aku tak reti dah. 

Dari situ, aku mula blogwalking, singgah blog orang lain. Dekat situ aku dapat rasa yang blogging ni best jugak. Lepas tu duduk asrama tak dapat guna laptop. Sampai lepas SPM baru mula main sikit-sikit. Ada rezeki join giveaway pastu menang. Lagi bertambah semangat! Lepas tu, kejap ada kejap takde. 

Bila tengok banyak peluang jugak dalam berblog ni, aku teruskan konsisten. Walaupun tak sekonsisten orang lain, asalkan aku dapat capai target diri sendiri pun dah syukur dah.

Sumber inspirasi dari segi individu macam tak ada. Kebanyakannya atas diri sendiri je. Alhamdulillah rakyat blog ni semua positif dan best! 

Dari segi idea untuk menulis pulak. Selain contest dan giveaway dan sebagainya, untuk betul-betul konten sendiri tu. Aku tulis berdasarkan pengalaman. Pengalaman sendiri lagi senang untuk menulis. Kalau rekaan tu macam tak sampai je, kadang-kadang tu draf yang terbiar lama tu aku delete sebab konten tak bergerak pun.

Sebab tu aku kalau boleh memang tengah kumpul pengalaman banyak-banyak. Selain buat kenangan dan pelajaran, aku boleh jugak jadikan konten hehe. 


8 comments:

  1. wow, join jugak cabaran ni. Menariknya.. Orang skrg dah tak minat dengan blog, atas alasan tak ramai yg baca. Hurm. Ke?

    ReplyDelete
  2. harap dunia blog kembali menyinar di Malaysia berbanding medsos. keep on blogging

    ReplyDelete
  3. wahh challenge..bagus teruskan tau..sis pon azam nak aktif di blog

    ReplyDelete
  4. teruskan berblog. mana tahu boleh jadi sumber side income :)

    ReplyDelete
  5. Semoga terus semangat berblogging!!

    ReplyDelete
  6. Pengalaman tu yg sgat2 penting.. konten blog sy pun mostly pengalaman sendiri juga hehe

    ReplyDelete