Thursday, March 25, 2021

Alhamdulillah, Result Semester 6 Dah Keluar!

 Assalamualaikum,

Betullah macam orang kata. Selepas turunnya hujan, Allah hadirkan pelangi untuk menceriakan semula. 


Minggu lepas aku accident jatuh motor. Jatuh sengsorang kat corner yang berpasir. Jalan yang aku jatuh tu sebenarnya selalu je aku lalu, hari tu macam kurang bernasib baik sikit. Alhamdulillah tak patah mana-mana. Cuma luka-luka, terkeluar kulit bahagian lengan dan jari kaki. Motor pun Alhamdulillah cuma side mirror je pecah. Cuma tayar macam botak jugak, sebab tu jadi mudah tergelincir. Sekarang luka hampir kering sepenuhnya. 

Nak tunjuk gambar luka macam tak sanggup. Tunjuk jelah gambar side mirror yang pecah ni.

Dalam kesedihan accident tu, aku sebenarnya tengah kesedihan sebab tak dapat tempat intern lagi. Hari Isnin lepas, lecturer bagitahu tinggal 4 orang saja lagi yang belum dapat intern termasuk aku. Lepas tu semalam, hari Rabu aku dapat call dari Kilang yang dekat jugak dengan rumah aku untuk intern. Dan dia suruh terus masuk Isnin depan. Walaupun intern tu agak lari bidang sikit, tak apa lah. Lecturer pun okey je sebab dia faham yang musim Covid ni susah sikit nak dapat tempat. 

Agak jauh jugak lari bidang ni huhu takpelah asalkan ada tempat

Petang Rabu, tibalah keputusan untuk semester lepas dah keluar. Semester online! Semester yang fuh stress. Alhamdulillah dekan lagi. Itu tak penting sangat, yang penting CGPA aku dah meningkat lebih dari 3.00 dah. Senang sikit nak minta kerja kalau lebih 3.00. Haritu kena reject untuk intern kat bank sebab CGPA aku haritu masih 2.99. 

Rasa macam nak kena self reward haha

Walaupun aku akui semester ni tak ada final, maksudnya hasil keputusan ni bukan sepenuhnya dari aku. Kawan-kawan banyak jugak tolong. Yang penting, thesis aku A-. Subjek paling stress sebab dapat supervisor yang agak tak ngam haha. Tapi lulus dengan jayanya jugak. 

3 comments:

  1. Tahniah Aiman dah dapat tempat untuk intership. Semoga semua urusan nnti dipermudahkan Nya inshaAllah amin.

    ReplyDelete
  2. Tahniahhh dan selamat bekerjaa!

    ReplyDelete