Monday, September 13, 2021

Akhirnya Lengkap Dua Dos Vaksin Pfizer

 Alhamdulillah, lambat sikit dari orang lain. Tetapi yang penting dah jalankan tanggungjawab haha. 

Setelah beberapa lama menunggu untuk temujanji vaksin, akhirnya dapat tarikh. Itu pun bawah seliaan syarikat. Disebabkan aku bekerja dalam sektor pembuatan, yang mana kluster COVID senang tersebar, jadinya wujudlah inisiatif syarikat untuk memastikan pekerja divaksin.

Gambar random yang ditangkap oleh pekerja kilang mana tah haha


Sebenarnya dah seminggu lebih dah pun dos kedua. Cuma kesan sampingan haritu kena dengan demam, badan lemah lesu semua. Lepas tu kerja pulak non-stop. Sekarang ni pun kita curi masa juga la nak kongsikan pengalaman divaksin.

Aku divaksin di Pusat Vaksin Bukit Jawi Golf Resort. PPV yang aku pergi ni memang khusus untuk sektor ekonomi. Dekat situ, memang banyaklah pekerja kilang, pekerja pasaraya. Kiranya pekerja lah semua tu haha. Aku pula memang bekerja sebagai HR di kilang aku, jadinya, selain divaksin, aku juga kena jaga kaunter untuk pekerja kilang aku.


Proses divaksin ni memang cepat! Dos pertama haritu lama sikit sebab nak kena pergi banyak stesen, pergi consult doktor dulu. Waktu dos kedua, ssupp tetiba dah siap. Laju! Ambil giliran pastu tetiba dah kena panggil untuk divaksin dah. Boleh sambung jaga kaunter balik hahaha.

Penat memang penat. Yang penting dapat claim OT hahaha sebab vaksin aku pada hari Ahad. Dah la tak dapat cuti khas untuk vaksin sebab hujung minggu kan. Nasib la labu. Kena pulak jaga pekerja asing sekali. 

Syukur dapat bos yang baik. OT boleh claim, makan pun dia belanja haha. Tapi, kerja kena dua kali ganda penat lah. Nasib baik Isnin selepas aku divaksin tu, giliran aku untuk bekerja dari rumah. Memang sepanjang hari baring saja. Nak bangun pun rasa lemah je. 

Berkat usaha vaksin ni, sekarang kilang aku punya kadar vaksinasi dah lebih 80%. Maka, tiada lagi bekerja dari rumah. Kapasiti harian ke pejabat adalah 100%. Syukur juga kluster pekerja asing pun dah terlerai. Harapnya dapat la santai sekejap. 

Bagi menyambut seruan kerajaan, selepas ni, kilang aku akan adakan swab test untuk ribuan pekerja dua kali sebulan. Ya, HR yang ini juga la yang kena atur segalanya. Yang penting, minggu depan dah cukup 14 hari nak pergi cari baju! Badan makin naik, baju makin kecik. Hahaha. Selamat Hari Malaysia!


Jom Vaksin Jom! Tak Sakit Pun!

2 comments:

  1. Saya pun Pfizer. tengah tunggu dos kedua minggu depan haha. semoga sihat selalu. salam kenal dari follower baru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay geng! Semoga sihat jugakk. Get ready side effect second dose hehe

      Delete