Friday, May 1, 2020

Drama Korea | Hi, Bye Mama! (2020)

Assalamualaikum,

Drama ni drama korea ke-4 aku tengok sepanjang tempoh PKP ni. Sebelum ni Kingdom, When The  Camelia Blooms, Itaewon Class dan Hi Bye Mama ni.



Drama: Hi Bye Mama
Hangul: 하이바이, 마마
Director: Yoo Je-Won
Writer: Kwon Hye-Joo
Network: tvN
Episodes: 16
Release Date: February 22 - April 19, 2020
Runtime: Sat. & Sun. 21:00
Language: Korean
Country: South Korea

Plot
Cha Yu-Ri (Kim Tae-Hee) menjadi hantu selepas kematiannya 5 tahun lalu. Dia mati meninggalkan suaminya Jo Kang-Hwa (Lee Kyu-Hyung) dan anak mereka. Selepas 5 tahun, Cha Yu-Ri mengalami kehidupan semula seperti manusia untuk 49 hari.
Jo Kang-Hwa dengan ghost Cha Yu-Ri

Jo Kang-Hwa bekerja sebagai pakar bedah. Sebelum kematian isteri dia, sangatlah penyayang, dan berubah personaliti menjadi makin murung selepas kematian isterinya. Namun, untuk mengubah kemurungan si suami mengahwini seorang nurse untuk menjaga anak yang ditinggalkan Yu-Ri.

Isteri lama / Isteri baru

Personal Thoughts
Bulan Ramadhan ni kalau boleh kurangkan lah tengok drama (nasihat untuk diri sendiri hehe) tapi sebab dah tinggal beberapa episod je lagi, habiskan jugak drama sedih ni. Dah la drama ni 3 episod akhir ni memang meleleh saja air mata ni. Sedih.

Spoiler : Seo Woo dalam cerita ni perempuan, tapi sebenarnya dia lelaki huhu
Drama ni aku paling suka sebab hampir setiap episod ada kesedihan dia. Mula-mula sedih sebab Cha Yu-Ri cuma boleh tengok family dia dari jauh je. Pastu, sedih waktu mula-mula dia dapat pegang anak dia. Sedih lagi waktu suami dia jumpa dia. Waktu ibu Cho Yu-Ri jumpa dia pun sedih. Dan waktu jumpa kawan baik dia. Tapi awal-awal punya sedih tak sesedih part diorang nak berpisah nanti.


Drama ni walaupun ada scene suami isteri, tapi tak ade rasanya scene kiss. Sebab banyak fokuskan kat family. Waktu ada scene yang macam diorang taktahu nak pilih isteri semasa atau ibu kepada anak tu untuk hidup dengan si suami ni, memang tak boleh nak jangka mana satu patut dipilih. Nasib baik ada sebab kukuh untuk diorang pilih.

Secara ringkasnya, drama ni banyak sentuh kasih sayang antara ibu dengan anak, sesama kawan-kawan dan antara suami dan isteri. *baru tahu kenapa drama ni tak ada kissing scene, sebab heroin Kim Tae Hee tu dah kahwin (isteri Rain)*

Happy ending ke sad ending? Mixed. Happy dalam sedih. Tapi untuk kepentingan watak lain juga. Benarlah yang pergi takkan kembali lagi. Gituuu
Shaman dan hantu-hantu
Taknak ulas panjang-panjang. Sebab semua kena tengok. Kalau yang macam dalam mood nak bersedih tu sangatlah digalakkan untuk tengok.

Personal Rating 9/10. Watak semua aku tak kenal tapi semua best. Drama ni tak ada antagonist. Cuma banyak melawan dengan perasaan berbolak-balik je. Kisah antara alam hantu dan manusia. Recommended untuk orang yang nak melayan perasaan.

5 comments:

  1. dah download drama ni tapi tak sempat nak tengok lagi..
    try la tengok drama Prison Playbook, hero dia pun berlakon dalam cite ni..best..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tulah baru tengok2 hero dia berlakon cite apa lagi. Prison Playbook eh. Ada jugak member recommend sebab best gila katanya. Next lah hehe

      Delete
  2. PKP ni layan movie je. Kalau layan drama, tak siap kerja nanti.

    ReplyDelete
  3. Ramai bagi feedback cerita ni best tapi tuhlah kurang layan Korea banyak tengok Tamil atau Hindi.. Hahaha..

    Done follow #215

    ReplyDelete
  4. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete