Assalamualaikum,
Drama ni drama korea ke-4 aku tengok sepanjang tempoh PKP ni. Sebelum ni Kingdom, When The Camelia Blooms, Itaewon Class dan Hi Bye Mama ni.
Drama: Hi Bye Mama
Hangul: 하이바이, 마마
Episodes: 16
Release Date: February 22 - April 19, 2020
Runtime: Sat. & Sun. 21:00
Language: Korean
Country: South Korea
Plot
Cha Yu-Ri (Kim Tae-Hee) menjadi hantu selepas kematiannya 5 tahun lalu. Dia mati meninggalkan suaminya Jo Kang-Hwa (Lee Kyu-Hyung) dan anak mereka. Selepas 5 tahun, Cha Yu-Ri mengalami kehidupan semula seperti manusia untuk 49 hari.
Jo Kang-Hwa dengan ghost Cha Yu-Ri |
Jo Kang-Hwa bekerja sebagai pakar bedah. Sebelum kematian isteri dia, sangatlah penyayang, dan berubah personaliti menjadi makin murung selepas kematian isterinya. Namun, untuk mengubah kemurungan si suami mengahwini seorang nurse untuk menjaga anak yang ditinggalkan Yu-Ri.
Isteri lama / Isteri baru |
Personal Thoughts
Bulan Ramadhan ni kalau boleh kurangkan lah tengok drama (nasihat untuk diri sendiri hehe) tapi sebab dah tinggal beberapa episod je lagi, habiskan jugak drama sedih ni. Dah la drama ni 3 episod akhir ni memang meleleh saja air mata ni. Sedih.Spoiler : Seo Woo dalam cerita ni perempuan, tapi sebenarnya dia lelaki huhu |
Drama ni walaupun ada scene suami isteri, tapi tak ade rasanya scene kiss. Sebab banyak fokuskan kat family. Waktu ada scene yang macam diorang taktahu nak pilih isteri semasa atau ibu kepada anak tu untuk hidup dengan si suami ni, memang tak boleh nak jangka mana satu patut dipilih. Nasib baik ada sebab kukuh untuk diorang pilih.
Secara ringkasnya, drama ni banyak sentuh kasih sayang antara ibu dengan anak, sesama kawan-kawan dan antara suami dan isteri. *baru tahu kenapa drama ni tak ada kissing scene, sebab heroin Kim Tae Hee tu dah kahwin (isteri Rain)*
Happy ending ke sad ending? Mixed. Happy dalam sedih. Tapi untuk kepentingan watak lain juga. Benarlah yang pergi takkan kembali lagi. Gituuu
Shaman dan hantu-hantu |
Personal Rating 9/10. Watak semua aku tak kenal tapi semua best. Drama ni tak ada antagonist. Cuma banyak melawan dengan perasaan berbolak-balik je. Kisah antara alam hantu dan manusia. Recommended untuk orang yang nak melayan perasaan.
5 comments
dah download drama ni tapi tak sempat nak tengok lagi..
ReplyDeletetry la tengok drama Prison Playbook, hero dia pun berlakon dalam cite ni..best..hehe
Haa tulah baru tengok2 hero dia berlakon cite apa lagi. Prison Playbook eh. Ada jugak member recommend sebab best gila katanya. Next lah hehe
DeletePKP ni layan movie je. Kalau layan drama, tak siap kerja nanti.
ReplyDeleteRamai bagi feedback cerita ni best tapi tuhlah kurang layan Korea banyak tengok Tamil atau Hindi.. Hahaha..
ReplyDeleteDone follow #215
Numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*