Assalamualaikum | Hehe lama tak rasa free camni. Sebab semalam dah resign kerja part time sebab dah sampai cutoff gaji. So sekarang tunggu gaji jelah sekarang ni.
Dalam sibuk semua tu pun sempat lagi tau usha blog ni cuma tak sempat nak update je. Moga lepas ni banyak lagi content yang lebih berkualiti untuk dipost. Jumaat (25/9) hari last aku kerja part time tu. Hari tu jugak aku ada terima hadiah dari giveaway blog kak Syaz >> Blog Syazni Rahim
Sebenarnya aku pun baru je follow kak Syaz ni hasil dari jumpa kat bloglist Abam Kie. Baru first time melawat blog kak Syaz, terus join je giveaway yang simple giler. Kena komen dekat post kak Syaz je. Tiba-tiba rezeki menang pulak. Alhamdulillah.
Kak Syaz update cepat betul, dapat notifications hadiah on the way hari Khamis. Hari Jumaat dah sampai kat rumah ye haha. Sekarang ni semuanya mudah. Pakai Shopee je. Lagi bertambah teruja sebab taktahu apa hadiah tu. Dapat-dapat parcel tu lagi teruja sebab besarnyaa. Rupa-rupanya sejadah gebu lembut.
Tebal dan lembut ye. Tak pakai lagi. Nak kena basuh dulu. Macam karpet okey. Lepasni lagi khusyuk lah solat ye heheh :D Tunjuk kat mak, dia pun suka sebab lembut giler. Tapi mak dah ada sejadah sandar tu, lagi selesa yang tu katanya. Jadi, selamatlah sejadah hadiah ni tak perlu kongsi dengan mak haha. Thanks ye kak Syaz!
Menarik ye banner segmen @aienienka. Simple je tapi lawa. Jom ramai-ramai join segmen ni. Klik je banner tu ye :D
Assalamualaikum |
klik banner! |
Makin banyak ye Giveaway kat blog ni. Walaupun luck tak selalu ada, aku cuba jelah. Mana tahu ada rezeki. Korang yang rasa macam tak berapa bertuah tu pun, kita cuba je!
Kalini aku join Giveaway dari blogger Raydah. Follow dah lama dah blog ni (rasanya..) tapi dah follow la sebelum ni. Suka baca blog ray sebab in English! Template blog pun cantik je.
Social media semua pun dah follow and like (kecuali Twitter sebab Twitter untuk personal hehe). Youtube pun baru je subscribed (189th!)
Tarikh tutup: 24 September 2020
Semalam 9.9 Sale kan? Hahah korang shopping apa je tu? Alhamdulillah aku masih beringat lagi nak jimat. Ikutkan nafsu ni nak je borong kat Shopee tu tapi aku nak kena simpan duit nak beli phone baru lagi ni.
Sebabkan semalam aku cuti, jadi keluar la kejap mana-mana. Dekat-dekat je lah pun sebab harini banyak masa habis qadha tidur je. Nampak posting kat Facebook yang ada satu Family Mart outlet baru buka dan dekat je dengan rumah tapi dah tentu ramai giler lagi pun kawasan tu first outlet dan hari pertama launch pulak.
Jadinya jumpa posting pasal Starbucks punya air harga RM9.90 dari pukul 5 hingga 8 malam je. Terus pecut pergi Starbucks. Ingatkan ramai, rupanya kosong je Starbucks Penang Sentral ni.
Bila tengok balik air apa je yang RM 9.90 tu, aku pun macam "ohh patutla tak ramai.." sebab antara minuman yang termasuk dalam promosi tu pun cuma ni je:
Assalamualaikum | Salam 9.9
Buat apa je tu harini? Shopping apa je? Alang-alang tu ayuh join giveaway abam kie kita ni. Syarat mudah je.
Klik je banner atas tu kalau nak join!
Hadiah: Topup RM5 x 5 Pemenang
Blog follow lama dah. Instagram dan Youtube baru perasan tak follow n subscribe lagi. Tapi dua2 tu dah buat dah.
Sekian. Ayuh sertai!
Salam 3 September | Siapa kat sini peminat bubble tea? Siapa pulak kat sini kaki Shopee? Haa kat sini ada berita gembira tau!
Rantaian bubble tea kegemaran Malaysia, Gong Cha dan platform e-dagang No.1 di Malaysia, Shopee berganding bahu untuk menambahkan lagi kehangatan dan keseronokan Kempen Shopee 9.9 Super Drinks. Dengan gandingan hebat ni, pastinya akan mengukir senyuman lebar dekat semua orang yang tertunggu-tunggu jualan hebat Shopee ni.
Kali ni, Gong Cha memperkenalkan tiga minuman terbaru dan yang istimewa sempena jualan hebat ni iaitu Mango Matcha Latte, Mango Latte dan Mango Marble. Minuman yang ekslusif ni diperkenalkan khusus untuk kempen jualan terhebat dan terbesar tahunan Shopee - Shopee 9.9 Super Shopping Day.
Mango Matcha Latte
Minuman Mango Matcha Latte dengan tiga lapisan dan menarik ni terdiri daripada puri mangga, perasa yang kaya dengan matcha dan susu segar penuh krim. Kalau korang fikir yang kombinasi ni agak aneh dengan campuran pahitnya matcha dan manisnya mangga tu, korang kena cuba dulu tau. Sebenarnya dua kombinasi ni saling melengkapi antara satu sama lain. Janganlah lepaskan peluang mencuba kombinasi ni dengan Mango Matcha Latte yang pasti akan trigger deria rasa korang.
Mango Latte
Flavour yang sangat halus dan on point, Gong Cha kini memperkenalkan Mango Latte. Teh Hijau yang dibancuh segar dan sempurna diblend bersama susu segar dan ditambah pulak dengan kepingan mangga yang memberi tekstur yang unik dan pasti ketagih untuk diminum. Kesegaran dan versi berbuah dari latte teh hijau ni pasti menjadikan sesuatu yang tak mampu untuk ditinggalkan! Dijamin tak menyesal!
Mango Marble
Kisaran mangga, dipasangkan pula dengan susu teh hijau dan buih susu signature dari Gong Cha, membentuk tekstur marble yang menarik dan ini menjadikan itu namanya. Kombinasi yang kaya, buih susu berkrim dan rasa flora dari buah mangga tu akan menjadikan minuman ini sangat segar lagi-lagi pada perjalanan yang menggembirakan bersama rakan-rakan.
Buat pertama kalinya, Gong Cha kini memperkenalkan siri e-drink yang mana minuman ni hanya boleh dibeli secara digital melalui aplikasi Shopee dan self-collect dekat outlet Gong Cha yang dipilih. Dapatkan sekarang Shopee x Gong Cha e-drink series secara ekslusif di Shopee melalui laman Food & Services di aplikasi. Shopee 9.9 Super Drink Voucherss boleh ditebus di semua cawangan outlet di seluruh Malaysia dari sekarang hingga 27 September nanti tau.
Buat peminat semua boleh nikmati minuman ni semua pada harga permulaan RM7 (NP: RM 10) dari sekarang hingga 13 September. Jimat banyak bila beli minuman pada tarikh 6 Sept dan 9 Sept dengan harga cuma RM5.
Jangan lupa masukkan promo code GC99 sebelum checkout dan dapatkan 30% coins cashback (capped at RM5) untuk pembelian e-drink series di Shopee dari 1-9 September.
Shopee 9.9 Super Drink diperkenalkan bersempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, yang mana berlangsung sekarang sehingga 9 September 2020. Selain tu, dapat jugak kempen yang sangat menarik, antaranya penghantaran percuma dengan belanja minimum RM9, Shocking Sale harian dengan serendah RM9, vouchers 50% off dengan hadiah sehingga RM 99,000 untuk dimenangi melalui Shopee Games.
Tunggu apa lagi gais? Jom layari https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series sekarang!
Screen protector okey tak retak. Skrin yang retak teruk haha |
Fuh! Dah September. Lama betul tak on laptop. Dua minggu kerja nonstop. Stress kerja part time ni lagi tinggi dari belajar. Huhu. Btw fon aku dah seminggu begini. Retak seribu. Elok lah pun, fon ni start pakai sem1 degree sampai dah habis sem 6 ni. Dah 3 tahun pun dah. 'Hang' dah biasa sangat. Ni jatuh dalam toilet pulak.
Tengah survey nak beli baru, tapi bajet tak ada. Gaji bulan depan baru dapat. Haritu punya baru dapat 300. Lepas nak bayar hutang je dulu. Harap rezeki bertambah la untuk ganti fon yang ada ni. Recommend sikit fon yang elok dengan atleast RAM 4GB dan memory 64GB bawah RM500 haha.