Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Lama rasanya tak update apa-apa kat sini. Kisahnya nak update jugakla harini setelah selesai bayar saman guna aplikasi MyBayar Saman
Sebenarnya tak terkejut pun waktu mula-mula semak tu sebab dah dapat surat layang dekat motor haritu lepas parking depan mall. Ingatkan situ tempat parking sebab berderet motor parking, tengok-tengok semua motor kat situ pun sama dapat surat layang jugak haha.
Saman tu dikeluarkan bulan 8 haritu. Dah lama nak pergi bayar tapi buat rilek dulu haha lepastu keluar pulak berita kata ada diskaun, aku pun terus cek nak tengok berapa ringgit samannya tu. Rupanya RM50 sahaja. Selepas diskaun ni, kena bayar RM30 sahaja. Okeylah tu kurang RM20, boleh buat beli starbucks hehe
Aku install apps tu dari hari Sabtu lagi tapi asyik connection failed je sampai dah give up. Tiber tempoh diskaun dilanjutkan sehingga 15/12 esok (Rabu). Hari Isnin terus cuba, dari mula nak daftar pun lama ye gais. Asyik lost connection, pastu nak set password pun berjam-jam sebab ada beberapa kriteria kena ikut. Aku dah ikut semua kriteria tu rupanya kena tambah nombor jugak dalam kata laluan tu. Baru boleh.
Dah selesai daftar, terus cek. Alhamdulillah ada satu saman tu je. Lepastu terus bayar lah. Proses nak bayar ni nasib baik agak cepat. Dalam 5 minit dah siap! Aku guna Online Banking.