Filem Korea : A Day (2017)

by - Wednesday, April 08, 2020

Assalamualaikum,

Salam hari ke-22 PKP. Salam hari rabu. Korang mesti confuse kan hari apa sebab kitaran hidup kat rumah ni sama je hahaha. Sempena cuti ni, aku tak lain tak bukan layan drama, movie je lah.

Kebetulan hari Ahad lepas kat tvN Movies ada tayang filem korea tajuk A Day (하루). Filem ni ditayangkan di pawagam pada tahun 2017.



Directed by Cho Sun-ho 
Produced by Song Ji-eun, Lee Sang-hak 
Written by Cho Sun-ho 
Starring Kim Myung-min, Byun Yo-han, Yoo Jae-myung, Jo Eun-hyung, Shin Hye-sun, Im Ji-kyu
Production company Film Line 
Genre Thriller
Running time 90 minutes 
Country South Korea
Language Korean

Cast


Sinopsis
Kim Joon Yeong (Kim Myung Min), seorang pakar bedah yang famous tapi tak berapa baik dengan anaknya, Eun Jung (Jo Eun Hyung). Pada ulangtahun hari jadi anaknya tu, Kim Joon Yeong ni nampak depan mata yang anak dia mati kena langgar dengan sebuah teksi.


Dari saat dia nak pergi ke anak dia, dia terbangun balik dari tidur dan hari yang sama berulang-ulang terjadi. Macam-macam cara dia buat untuk hentikan kemalangan tu tapi segala rancangan tak menjadi.


Dalam masa yang sama, Lee Min Cheol (Byun Yo Han) tetiba muncul. Dia suami kepada Mi Kyung (Shin Hye Sun), penumpang dalam teksi tu, yang juga isteri dia mati dalam kemalangan tersebut. Rupanya, Lee Min Cheol ni pun sama dengan Kim Joon Yeong yang boleh nampak hari kejadian tu berulang kali.

Semua perkara pada hari tu sama, yang berbeza cuma Kim Joon Yeong dengan Lee Min Cheol ni je. Bila diorang dah tahu yang hari diorang berulang-ulang, diorang plan betul-betul untuk merungkai rahsia hari tersebut. Rupanya nanti pemandu teksi tu pun sama macam diorang berdua. Diorang bertiga ni kiranya ada related. Nak tahu macamana relatednya diorang ni kena tengok la filem ni. Best!

Personal review
Cast semua best. Kim Myung Min ni kalau jadi ayah memang feeling lain macam, terbaik. Plot pun menarik dan agak simple, tak complicated sangat nak fikir. Aku lagi suka yang plot twist bersepah, yang kita tak boleh jangka. Tapi filem ni smooth je sampai boleh agak dah. Dan aktres kegemaran aku, Shin Hye Sun punya part sikit sangat. Overall rating, aku bagi 8/10.

Layan trailer sikit


You May Also Like

3 comments

  1. Mama.dh tgk.dah cite Ni mg best Dan menarik

    ReplyDelete
  2. Wah! Nak tengok terus lepas ni. Terima kasih jagung. Hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete