Assalamualaikum
Dekat seminggu tak post apa-apa, last week Jumaat sampai Ahad buat part time promoter. Pastu Isnin sampai Rabu pulak terus pergi short vacation dengan family. Saja nak share kat sini sebab family aku sejak abah dah takde dulu, memang susah nak jalan-jalan sama-sama, lagi pulak kakak abang aku semua dah kahwin. Lagi la susah nak spend time sesama. Ni pun kitorang pergi berenam je daripada sepuluh orang termasuk ipar dan anak buah.
Kitorang plan pergi ni dari bulan September lepas lagi kot. Kitorang beli tiket flight yang RM12 tu tak silap. Sebab tu pergi pun bukan weekend. Bajet kami semua seorang RM250 je termasuk semua kecuali belanja makan dan shopping. So memang masa cuti sem baru ni, aku pun kena cari part time sikit-sikit untuk cover perbelanjaan kat sana. Tapi aku tak belanja sangat pun rasanya sebab mak aku banyak bayarkan hehe.
Kitorang decide nak pergi langkawi ni pun sebab tiket murah dan kakak aku dengan suami dia tak pernah naik flight lagi, so nak try lah naik kan. Flight kami pukul 4.45, tapi boarding pukul 4.05. So kami bertolak dari rumah ke Airport Penang pukul 2.30. Dari rumah aku kat Butterworth ke Airport abang aku hantarkan naik Alza. Memang sempit sikit tapi nak jimat punya pasal, sanggup haha. Sampai je airport, macam ada masa lagi, makan KFC jap sampai pukul 4 camtu pergi check in.
Dalam 4.30 masuk flight. Hehe aku pun sebenarnya baru second time naik flight. First time dulu pun masa 2016. Tapi Airport Penang ni kecik ja, sebab tu nak pergi awal pun takda aktiviti boleh buat. Lain lah kalau KLIA, macam-macam boleh buat.
Penang ke Langkawi ni dalam 15-20 minit dah sampai. Tak sempat nak habis excited, eh tetiba dah sampai hahaha. Lepas ni kena pergi jauh pulak lah haha. Dalam pukul 5.05 macam tu dah sampai Langkawi. Eh kenapa sunyi. Tak ramai orang, patutla berita keluar kata diskaun hotel sampai 70% semua tu.
Sampai je Langkawi, berpusu-pusu orang promote untuk offer kereta sewa. Kitorang memang tak booking lagi kereta sewa sebab abang aku kata harga booking online dengan beli on the spot lebih kurang je, malah beli on the spot boleh jadi lebih murah. Kami sewa kereta Avanza, harga RM180 untuk 48 jam. Dalam bajet kami, kereta sewa RM200 sebab harga standard online macam tu. Haa dah jimat RM20. So duit tu pakai untuk isi minyak.
Dari airport, kitorang terus pergi checkin homestay. Homestay ni tak silap abang ipar aku booking kat Airbnb. Murah. Satu rumah ada 3 bilik. Harga RM270 untuk 2 malam. Dalam 20 minit jugak la dari airport. Condo ni agak lama. Kitorang dapat ground floor. Floor atas-atas pun macam banyak tak berpenghuni. Tapi rumah tu serba lengkap. Siap ada free maggi cup, milo nescafe 3in1 lagi. Dapur takde tapi ada microwave yang boleh untuk masak-masak jugak.
Tengok la bath tub pun stail lama. Gambar lain tak ambil pulak haha |
Dah checkin tu kitorang rehat jap, acah-acah jet lagged walaupun 20 minit je dalam flight haha. Kitorang makan maggi dulu buat lapik perut. Kemas-kemas barang sikit. Pastu pukul 7, semua kumpul tengok drama Seadanya Aku. Haha pergi jalan pun tak boleh tinggal drama.
Drama pukul 7 tak boleh tinggal haha |
Lepas habis drama, siap solat apa semua. Kitorang plan nak keluar pergi pasar malam. Search pasar malam yang bukak, sampai-sampai eh tak bukak pulak. So kitorang pergi Pantai Chenang je. Jalan-jalan tepi pantai sambil tengok lampu-lampu dan window shopping.
My 60 year old mom is more fashionista than her children though haha |
Warisan Duty Free Langkawi |
Dah tak beli apa-apa kat situ, kitorang decide nak cari makan pulak. Drive lagi sampai ke depan sikit ada Food Truck. Situ tak banyak sangat tapi boleh la. Setiap kedai tu ramai orang. Tak sempat tangkap gambar food truck sebab penat tunggu makanan last-last giveup haha kitorang beli kat satu kedai je then share-share.
Lepas habis makan, singgah kedai beli air mineral dengan roti untuk sarapan pastu balik. Tidur. End Day 1.
Belanja hari pertama:
-kereta sewa RM 180
-minyak RM20
-deposit rumah (dapat balik lepas checkout) RM100
-dinner food truck RM30
InsyaAllah kalau rajin sambung Day 2 esok.
3 comments
Lamanya tak pergi Langkawi. Mesti dah banyak berubah.
ReplyDeletebanyak bangunan baru. saya pun second time pergi, last pergi masa 10 tahun lepas. memang banyak jugak berubah hehe
DeleteDah lama plan nak pegi langkawi tapi xde rezeki lagi. thank you for sharing.
ReplyDelete