Assalamualaikum
Rumah adalah antara aset yang paling penting bila sudah berpendapatan tetap nanti. Aku pun ada menyimpan impian nak memiliki rumah banglo. Impian terbesar aku untuk memiliki rumah banglo dua tingkat dengan lima bilik tidur. InsyaAllah kalau berkesempatan. Sini aku ceritakan antara contoh Pelan Terbaik Rumah Banglo 2 Tingkat 5 Bilik Tidur 5 Bilik Air (2954 kaki persegi).
Sekiranya anda mempunyai sebidang tanah dengan pemandangan yang indah, sangat sayang jika tidak dimanfaatkan kelebihan lokasi tersebut dalam rekabentuk rumah.
Inilah yang berlaku pada satu hari. Seorang tuan tanah ingin membina rumah di kawasan bukit. Tanahnya pula jenis memanjang. Dan sempadan belakang rumah adalah kawasan bukit yang curam. Memang tinggilah, tapi lawa sangat pemandangannya.
Setelah kami melawat tanah tersebut, terhasillah pelan rumah dibawah ini. Ini cuma pelan cadangan saja dan telah pun ditolak oleh tuan rumah. Jadi, kami pun kongsikan disini untuk rujukan tuan puan. Mana lah tau berkenan kan?
Mesti baca: Jenis jenis pelan rumah & fungsinya.
Pelan rumah 2 tingkat 5 bilik tidur 5 bilik air. Terbaik untuk tanah dengan pemandangan cantik dibelakang tanah!
Mari kita lihat rupa lukisan model 3D yang dihasilkan staf arkitek Nas Nuri Construction. Kami memanfaatkan kelebihan bentuk tanah yang memanjang ke belakang dalam melukis rumah ini. Kerana itulah kami pisahkan ruang letak kereta berbumbung daripada ruang rumah utama.Mesti baca; Bagaimana Nas Nuri Construction membantu anda membina rumah banglo idaman di atas tanah sendiri?
Luas untuk car porch ini ialah 15 x 20 kaki. Lebarnya mampu menempatkan 2 buah kereta yang diletakkan secara bersebelah.
Lukisan di atas menampakkan sudut pandang berbeza untuk rumah ini. Terdapat satu ruang kosong berwarna hijau antara rumah & car porch. Cukup sesuai untuk tuan rumah yang gemar mempunyai taman mini di hadapan rumah. Keluar pintu kereta saja boleh terus siram pokok bunga selepas balik dari pejabat.
Susun atur tingkat bawah rumah ini.
Pintu utama rumah berada selepas kita melalui laluan berbumbung yang menghubungkan car porch. Disebelah pintu masuk pula terdapat patio berbumbung (saiz 11 x 13 kaki) yang boleh diletakkan kerusi. Bolehlah kita ahli keluarga duduk bersantai dihadapan rumah sambil minum teh. Sambil ditiup angin bukit yang nyaman.
Ruang tamunya cukup besar untuk set sofa 6 tempat duduk manakala ruang makan pula mampu memuatkan meja makan besar untuk 10 orang tetamu.
Kedudukan tandas untuk tetamu terlindung dibalik dinding yang berada disebelah tangga. Tetamu yang sedang makan tidak akan terlihat dan terbau yang datang dari tandas.
Kedudukan bedroom 1 & bedroom sesuai digunakan untuk para tetamu yang bermalam disini. Atas permintaan khas dari tuan rumah, dapur (Luas 19 x 13 kaki) berada di hujung rumah supaya boleh memasak sambil menikmati pemandangan bukit yang indah di belakang rumah. Barulah rasa lapang & seronok je nak memasak tu.
Susun atur aras atas untuk rumah ini.
Mesti baca: Kelebihan rumah 1, 2 & 3 tingkat yang perlu kita ketahui sebelum membina rumah.
Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya. Di harap sedikit sebanyak pembaca semua dapat gambaran tentang rumah 2 tingkat & kelebihan yang kita perolehi dengan membinanya sendiri.
Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.
Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.
Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.
4 comments
ReplyDeleteشركة عزل اسطح بالخبر
شركة عزل اسطح بالقطيف
wey.. cantik sangat dah ni.. tapi dorang boleh adjust dari segi budget ke ? al maklum lah, keinginan ada takut tak menepati budget plak.. hee~
ReplyDeletecantik. Kena tengok poket juga ...
ReplyDeleteSeronok kalau dot rumh MCM.no...i at allh doa2 la
ReplyDelete