Assalamualaikum | 1 Oktober lepas aku cuba naik perkhidmatan baharu dari Rapid Penang iaitu bas CAT Bridge. Untuk pengetahuan, bas CAT (Central Area Transit) merupakan satu inisiatif Rapid Penang dalam menyediakan bas shuttle percuma untuk semua. Jadi, kalau nampak ada perkataan CAT kat bas tu tak perlu susah-susah nak keluarkan duit pulak.
Terbaru daripada CAT ni adalah bas perjalanan dari Seberang Perai ke belah pulau. Yang menarik lagi adalah sebab bas ni melalui Jambatan Pulau Pinang yang pertama. Boleh la relaks sambil jimat duit dan tenaga kalau nak tengok laut kat Jambatan tu.
Daripada laluan bas tu, aku tahu yang destinasi terakhir tu ke kawasan kilang (kalau tak silap). Aku naik haritu sampai ke Queensbay Mall je. Aku mulakan perjalanan dari Penang Sentral. Dari sini, memang kena naik bas berbayar dulu. Tapi ada dua pilihan sama ada nak ke Hotel The Blanket atau Megamall. Bas dari Penang Sentral ke Hotel The Blanket tu RM2 tambang manakala ke Megamall RM1.40 je.
Sorang-sorang pun sebolehnya pakai mask gais! |
Lepas habis kat Queensbay Mall, aku pergi Komtar naik bas Rapid no 401E. Tambangnya RM2. Dari Komtar ke Jeti Feri pulak ada disediakan bas CAT tapi bukan CAT Bridge lah. Jimat dah kat situ. Balik ke Seberang Perai naik feri pulak. Perjalanan Feri dari Pulau ke Seberang Perai pun sentiasa percuma.
Habis sudah. Sekian. Ke mana nak jalan dalam negara ni, teruskan jaga SOP. Mask jangan tanggal. Jarak fizikal kena perhati jugak. Hehe.
5 comments
senang dah sekarang kan
ReplyDeletebaru lagi yek? dulu, (2016) kot, mcm tak ada. heeee
ReplyDeletelaa,tak pernah tau pun ada bus ni... nice!!!
ReplyDeletebagusnya ada bas mcm ni . senang dah
ReplyDeletewah macam2 kemudahan yg dibuat untuk memudahkn orang awam..
ReplyDelete