Jalan Jalan Japan Dah Buka Kat Penang

by - Tuesday, March 02, 2021

Assalamualaikum gais | Salam bulan Mac!
 
Sepatutnya aku dah mula intern, tapi belum rezeki lagi. Jadi, untuk mengurangkan kesedihan sebab kawan lain banyak dah mula intern semalam (1 Mac), aku pun pergi kedai bundle Jalan Jalan Japan yang baru buka kat Penang ni. Dekat je dengan rumah aku.



Pergi hari Isnin, ingatkan orang tak ramai. Rupanya, macam hujung minggu. Kena beratur panjang betul. Mungkin sebab hari Isnin tu hari pertama sekolah dibuka. Jadi, ibu bapa ni mungkin ambil cuti sebab nak hantar anak sekolah. Mungkin la. 

Besar ye kedai Bundle ni. Yang kat KL tak pernah pergi lagi, sebab tu macam teringin nak pergi. Aku suka kedai ni sebab bukan fokus kat pakaian sahaja, tapi barang lain macam permainan, perhiasan rumah, alat tulis, barang koleksi dan macam-macam lagi semuanya ada.

Jarang nak jumpa lorong yang tak ada orang, terus snap gambar kat sini.


Tetapi sebab sekarang musim PKP kan, setiap seorang cuma dihadkan masa 30 minit saja. Aku kalau kat kedai bundle yang jual baju saja pun paling kurang sejam nak belek semua. Memang mencabar ye kat dalam tu haha. 

Sebelum masuk, setiap seorang akan dibekalkan dengan sarung tangan plastik dan nombor giliran. Masuk dalam kedai secara berkumpulan. Kalau masa kita melebihi 30 minit dalam tu, diorang akan buat pengumuman panggil mengikut nombor yang kita pegang tu untuk keluar dengan segera. Sebab baru buka dan PKP sama, orang memang ramai la kan serbu. Tapi diorang bagi je nak masuk lagi sekali. Sekali masuk memang had 30 minit sahaja. 



Tempoh beratur aku rasa dalam 10-15 minit jugak la. Aku masuk sorang, emak masuk Tesco sebab Tesco tak payah beratur. Pada pendapat aku, pilihan pakaian menarik. Sebab macam-macam ada! Pilihan barangan lain pun best! 

Dari sudut harga, biasa saja. Ataupun ikut nasib, kalau pandai cari, ada yang elok dan murah. Ada juga yang mahal. Bukan la semua bawah RM10. Bagi aku, kalau harga baju di bundle melebihi RM20 dah kira mahal la dan lebih baik beli yang baru. Tapi pendapat masing-masing berbeza kan. 

Tengah jimat bang


Hari Isnin tu aku sempat ambil 2 barang sahaja, baju putih casual yang berharga RM5 dan tote bag harga RM1. Keesokannya, hari Selasa, aku tak puas hati. Aku pergi lagi sekali pukul 10.30 pagi. Ingatkan tak ada orang, tapi masih ramai jugak cuma tak seramai semalam la. Lepas dah puas, aku banding balik, kedai bundle dekat Perai tu lagi murah dan boleh teliti lama sikit. 

Baju tu tak branded pun sebab RM5 ja. Uniqlo pun ada tapi RM15. *cheapskate*


Jadinya, aku beli stokin budak untuk anak buah aku dengan sticky note sahaja. Sebab tak sampai hati nak beli satu benda ja, aku beli la dua benda haha. Yang penting, sekarang kan musim COVID ni, fitting room memang tak disediakan. Kalau agak-agak tak muat tu. pandai-pandai lah haha sebab tak boleh refund jugak.

Stokin ni tebal. Harga RM3 untuk 3 pasang. Cantik!

Bagi yang berminat nak pergi, Jalan Jalan Japan ni dekat Lotus's Seberang Jaya (Tesco Extra Seberang Jaya). Tingkat 1, betul-betul sebelah hypermarket Tesco tu.

Lot MA 1, 1st Floor. 
Tesco Extra Seberang Jaya,
No 2762 Persiaran Sembilang, Seberang Jaya
13700 Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang

You May Also Like

2 comments

  1. wowww seronok nyaaaa. dekat johor mcm takde lagi niii..

    ReplyDelete
  2. KL punya best lagi :( Penang mcm tak byk sngt barang

    ReplyDelete