Dua minggu lepas aku terima parcel daripada GDex. Padahal tak beli apa pun di Shopee. Rupa-rupanya aku dapat sample Pazzta dari Maggi ni secara percuma sebab aku pernah isi borang online, tak sure dari mana.
Sebabkan aku malas, haritu aku masak guna cara macam maggi biasa, iaitu rendam dalam air panas. Toskan air tersebut, pastu baru gaulkan dengan perencah. Namun, itu adalah kesalahan terbesar. Sekali bau, sedap. Bila rasa, masin! Lepas rasa first time, baru baca arahan.
Sepatutnya, ketika air mendidih dalam periuk tu, terus tuangkan perencah sampai air tu kering. Memang masin la cerita dia kalau buat macam maggi biasa tu.
Selepas diedit balik dengan tambah air sedikit. Rasa masin tu dah berkurang. Tapi masih agak tak kena la rasanya sebab dia punya rencah yang warna hijau dan coklat tu macam keras. Nasihat aku, kalau nak masak ni, sepatutnya letak perencah ketika air tengah panas tu. Jangan buat macam aku hahaha.
Kakak aku haritu buat sedap sebab dia tambah cheese pulak lepas siap. Memang tak timbul langsung rasa masin tu.
************************************
Macam aku kata, aku dapat Pazzta ni dari Maggi. Tapi aku tak sure sama ada aku apply melalui website Nestle atau website TryAndReview. Bagi yang nak cuba pelbagai sample lain, boleh tekan link kat bawah ni untuk daftar! Sample ni bermusim, jadi ikut nasib lah kalau dapat sample yang best-best. Memang tak rugi pun daftar!
Nestle: https://www.dearnestle.com.my/
Try And Review: https://www.tryandreview.com/ (referral code: 891243)
2 comments
Bagus ni kalau nak CPT guna ni je
ReplyDeleteNampak iklan dlm shopee tp tak berani nk beli
ReplyDelete