Fragrance Diffuser Verona Dari Kedai Eco RM2.10 Sahaja

by - Sunday, May 23, 2021

Assalamualaikum,


Siapa je tak suka pergi kedai RM2 kan haha. Nasib baik kedai RM2 atau Ecoshop ni memang dekat sangat dengan rumah ni. PKP pun masih boleh pergi, jalan kaki je. Barang dekat Ecoshop ni pun bukanlah untuk sekali guna semata-mata, sebab banyak barang yang memang berfungsi. Orang kata 'Kenapa bayar mahal kalau semuanya ada dekat kedai RM2, kan?'



Siapa suka bilik berbau busuk kan. Anak teruna pulak, faham-faham jelah kan. Nak beli scented candle tapi bilik aku pakai kipas yang sehala tu. Jadinya, bila nyalakan scented candle tu sekejap je terpadam. Kecuali kalau aku memang tutup pintu, nanti panas pula.

Minggu lepas pergi Ecoshop, dalam duk belek-belek kawasan pewangi bilik tu, aku jumpa diffuser ni. Aku pun ambik satu yang warna biru ni dengan kod 'OCEAN' sebab nak cuba dulu. Mula-mula buka, memang wangi giler. 

Lepastu aku biarkan jelah dalam bilik dengan biarkan terbuka macam dalam gambar tu. Dalam masa seminggu biarkan macam tu, pewangi nya masih ada berbaki lagi. Memang berbaloi. Satu RM2, kalau untuk sebulan boleh dalam RM8 je. 



Hari ni aku pergi lagi, tapi OCEAN dah habis. Jadi, aku ambil yang Lily & Vanilla tu (yang warna hijau tu). Dari luar memang wangi. Tak buka lagi sebab nak tunggu yang biru tu habis semua dulu. Memang barang wajib untuk beli ni. Korang tengok la dekat rak dia pun dah tinggal sikit je.



Bagi yang suka shopping dekat Shopee, boleh beli secara atas talian. Dekat official Ecoshop. Banyak lagi stock kat situ. Klik : Verona Fragrance Diffuser


You May Also Like

2 comments

  1. kedai eco ni masuk kena ada focus..haha..kalau tak, ntah pape yang dibeli. tapi, memang murah harga fragrance ni! :P

    ReplyDelete