Life Update Selepas Sebulan

by - Saturday, July 17, 2021

 Assalamualaikum,

Dah sebulan tak update apa2 kat sini. Hehe. Dalam masa sebulan jugak la ada beberapa perkara yang berlaku. 



Pertama, aku masih tak dapat tarikh vaksin lagi sehingga harini. Tapi aku okey ja, sebab aku pun haritu daftar lambat sikit. So, kita bagi laluan dekat yang dah daftar dari bulan 2 haritu lah. Harap dapat lah tarikh dalam masa terdekat.


Kedua, aku diserap ke syarikat intern aku sekarang ni. Alhamdulillah. 1 Julai haritu hari pertama aku sebagai pekerja tetap dekat syarikat tu. Sebab tu sekarang tak menang tangan nak update apa-apa kat sini. Dengan report intern yang tak terbuat lagi, fuh. 

Sekarang ni pun jadual rotate, kadang-kadang wfh, kadang-kadang pergi office. 

Sebenarnya banyak je masa terluang, aku pun sempat je layan drama apa semua. Tapi tak sampai seru lagi nak update kat sini hahaha. Ada la jugak sekali sekala aku buka untuk tengok update pv ke apa semua tu sambil singgah blog lain.

Ada beberapa orang dm aku kat Instagram tanya berkenaan Sains Aktuari pun aku tak terjawab -> baca: Pendedahan Mengenai Sains Aktuari . Kalau soalan simple, aku cepat lah jawab. Kalau soalan yang macam susah sikit, aku hold dulu sampai lah aku lupa nak reply balik. Maaf. 

Alhamdulillah, sebabkan aku dah ada gaji tetap, aku bercadang nak buat giveaway nanti. InsyaAllah. Tapi tak tahu lagi bila. Kena tunggu masa lapang sikit. 


Drama yang aku tengah layan sekarang, Vincenzo. Sebab apa aku tengok drama ni? Sebab ada abang officemate aku kata dia yang tak layan korea pun boleh layan cerita ni, so aku tertarik nak tengok. Dan memang best! 

Sekian, life update untuk kali ini. Haha. Maaflah lama tak menulis jadi merepek sikit. Tetiba kesana kesini. 

You May Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah tahniah ! Sama la tak dapat lagi tarikh vaksin nih.

    ReplyDelete
  2. sama lah masih menunggu tarikh vaksin. register 1 mac wehh :') okay lah tunggu je lah.

    ReplyDelete
  3. Husband mama x layan Korea tapi cerita ni dia layan juga.. mama x berapa grmar sebab x suka mafia2 ni. Tapi mama dh tgk 2x. Acaner tu haha

    ReplyDelete