Assalamualaikum
Jarang aku nak ceritakan berkenaan degree yang aku tengah ambil sekarang ni. Sebab ketandusan idea dah ni, aku ceritakan je lah serba sedikit tentang kursus aku ni. Untuk pengetahuan, aku sekarang ni dah semester 6 dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko) di Universiti Sains Islam Malaysia. Mungkin ada lepasan SPM atau lepasan Asasi/Matrikulasi/Tingkatan 6 yang tengah cari bidang yang berkaitan ni.
Apa tu Sains Aktuari?
Masa mula-mula aku masuk degree ni, kalau orang tanya aku belajar bidang apa, aku akan jawab sains je haha. Sebab tak ramai yang tahu dan tak pernah dengar Sains Aktuari ni. Secara umumnya, sains aktuari ni berkaitan pengiraan yang melibatkan kewangan dan risiko, pengiraan ni dibuat melalui kebarangkalian (probability), statistik dan pengetahuan bisnes. Bidang ni banyak juga berkaitan insurans dan kewangan.
Belajar bidang ni, addmath memang kena power. Addmath tu kira macam basic la dalam bidang ni. Aku biasa-biasa je, impaknya subjek yang berkaitan addmath aku selalu 'kantoi' tapi tak pernah gagal lagi lah hehe. Nasib baik subjek Kewangan aku boleh hadap lagi. Boleh cover subjek yang ada addmath tu.
Kelayakan Untuk Sambung Degree Sains Aktuari?
Umumnya, minimum CGPA 2.00 pun dah boleh untuk tempatkan diri dalam bidang ni. Tapi apapun bergantung kepada universiti. CGPA 3.00 la paling kurang untuk tempatkan ke IPTA. Matematik SPM minimum C ye. Tapi kebanyakannya nak yang A lah.
IPTA yang tawarkan degree termasuk UiTM, UM, USIM, UPSI dan UMS. UiTM ada tawarkan diploma juga untuk Sains Aktuari ni. Kalau IPTS pula termasuk UCSI, Sunway University, APU, UTAR, Taylor's, Brickfield College, Heriot-Watt, HELP dan INTI. (source: www.hotcoursesabroad.com/ )
Apa Subjek Yang Akan Diambil?
Selain subjek wajib universiti, seperti Hubungan Etnik, subjek Bahasa, Tamadun, Creative Thinking dan sewaktu dengannya, subjek ni pun bergantung pada universiti juga. Namun, secara amnya, contoh subjek yang akan dipelajari seperti Kalkulus, Statistik, Ekonomi, Pengurusan Risiko, Insurans, Kontingensi Hayat, Perakaunan Kewangan dan sewaktu dengannya. Daripada subjek yang disebut ni, ada pecahannya juga contohnya Ekonomi tu pecahannya ada Mikroekonomi, Makroekonomi dan Ekonometrik.
Peringatan! Bidang ni memang akan baaaaanyaaaak berkaitan dengan pengiraan dan penyelesaian masalah. Jadi, memang kena minat Matematik terutamanya Statistik.
Peluang Pekerjaan Banyak Ke?
Soal ni, jangan risau! Rezeki peluang pekerjaan dalam bidang ni sangat luas. Tak semestinya semua akan jadi Ahli Aktuari (Actuaries) ya. Kalau dengan tamat pengajian saja masih tak layak untuk nak jadi Actuaries ni ok. Kena ambil profesional paper dulu. Tapi jangan risau, peluang pekerjaan kalau tak ambil profesional paper pun masih banyak.
Antara peluang pekerjaan yang berkaitan bidang ni termasuklah Risk Analyst, Investment Analyst, Business Analyst, Bank Officer, Data Scientist, Maths Teacher pun boleh dan baaaanyaaak lagi yang berkaitan. Read more Jobs You Can Do With An Actuarial Science Degree
Kalau korang yang mencari-cari course untuk degree dan ada kriteria macam bawah ni, amatlah digalakkan untuk ambik Actuarial Science ni. Nama course pun gempak haha. Goodluck! Kalau ada soalan berkenaan course ni, komen kat bawah ataupun dm kat instagram @aimansallehh
7 comments
good info :)
ReplyDeletemacam pernah dengar kursus ni. under fakulti sains komputer ke?
ReplyDeletewah dah semester 6 dah, mesti busy gudluck ye.. sis dah lama tinggalkan zaman uni ni..hehe
kalau macam uni saya, under fakulti sains je sebab tak banyak pun kursus sains ni.. kalau uni lain ada jugak under fakulti math kalau tak silap hehe
Deletethank you.. agak busy lah tapi sebab kelas online ni rasa macam tak berapa busy sangat heheh
hai, boleh recommend tak program degree selain ijazah sains actuary kalau untuk yang lepasan diploma sains actuary.
ReplyDeletesorry to ask , jalan nak pergi ke degree actuarial science ni boleh ambil diploma kan.Kalau matriks atau asasi boleh tak?
ReplyDeleteSetahu saya, kalau IPTA, ye boleh ambil diploma dekat UiTM. Kalau matriks atau asasi biasanya kena ambil sains dulu (tak kisah sains fizikal ke hayat atau lain2), lepas tu pergi ke IPTA yang macam saya sebutkan kat atas tu untuk degree.. Kalau IPTS saya tak pasti sangat
DeleteTak kisah. Kedua-dua asasi sains hayat dan fizikal boleh teruskan ke actuary. Asalkan ada subjek mathematics la dalam asasi tu 😉
Delete