Bahaya Minuman Tenaga (Energy Drink) Untuk Kesihatan

by - Friday, June 19, 2020

Assalamualaikum,



Tengah scroll Facebook, terjumpa kawan share post ni daripada Facebook Public Health Malaysia, tentang bahayanya minuman tenaga ataupun energy drink. Energy drink ni biasanya orang akan minum untuk kekal segar dan kekal bertenaga terutamanya ketika bersukan, untuk kekal cergas dalam pemanduan yang panjang dan untuk stay up belajar.

Minuman Tenaga merupakan minuman TANPA alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain.

Minuman tenaga ni mengandungi kandungan kafien yang berlebihan. Berdasarkan kajian, kandungan kafien yang tinggi ni adalah punca utama kepada risiko kesihatan. Biasanya kita tahu, kafein ada dalam kopi dan teh kan. Tapi dalam energy drink ni, kandungan kafiennya sampai tahap overdose. Kesannya, jantung berdegup kencang, menyebabkan tekanan darah tinggi, loya dan muntah, sawan dan boleh menyebabkan kematian.

Selain tu, seperti minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Yang jenama popular tu sehingga mencecah 27.5g gula dalam setiap tin. Kesannya boleh menyebabkan kencing manis (diabetes). Pengambilan minuman tinggi gula menyebabkan insulin tidak lagi sensitif.

Bagi wanita hamil, adalah sangat tidak digalakkan untuk mengambil minuman tenaga ni kerana berpeluang untuk mengalami komplikasi kehamilan seperti keguguran, bayi kurang berat dan kematian bayi selepas bersalin.

Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda!

Nak ambil boleh tapi jangan amalkan. Kalau boleh elak, kita elak. Ingat! Prevention is better than cure.

✔️ Elakkan pengambilan minuman tenaga secara kerap dan berlebihan
✔️ Kanak kanak, pelajar sekolah dan wanita hamil perlu mengelakkan dari mengambil minuman tenaga

Untuk banyak lagi info kesihatan yang menarik, jangan lupa lawati Facebook Public Health Malaysia

You May Also Like

2 comments

  1. nasib lah Hans tak minat sangat minum minuman tenaga nih
    sebab yang tahu memang manis
    dan kalau minum rasa susah nak tidur sebab terlebih cergas
    hahaha

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME :-*
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete