Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Assalamualaikum,

Berikutan kenyataan KPT bahawa cuma akan dijalankan kelas online bagi pelajar universiti sehingga hujung tahun ni, memang sebuah cabaran baharu buat semua pihak yang terlibat. Dari pihak kerajaan, pihak universiti, pensyarah dan pelajar. 

Turut memahami situasi semasa, Dr. Amalina yang juga bekas pelajar yang cemerlang dalam SPM 2004 dulu dan juga graduan Universiti Cambridge dalam jurusan perubatan ada berkongsi sedikit tips untuk pelajar yang bakal menempuh kelas online ni. Kredit tweet Dr. Amalina


Dalam tweet beliau, beliau mengakui bahawa sememangnya kelas atas talian ni lebih senang terganggu berbanding kelas biasa. Jadi, beliau berkongsi 5 tips yang sangat berguna dapat digunakan bagi mengelakkan sikap bertangguh.

  1. Kurangkan penggunaan gadget dan media sosial. Tetapkan had 'screen time' pada telefon pintar dan tablet kita. 
  2. Tetapkan goals harian dan goals masa panjang. Buat jadual waktu dan tetapkan 'deadline' bagi setiap tugasan.
  3. Beri ganjaran pada diri sendiri dan ambil masa untuk berehat sebentar selepas goals yang disasarkan dah tercapai atau selepas siap sesuatu tugasan penting.
  4. Gerak kerja bersama kumpulan rakan-rakan atas talian untuk lebih motivasikan diri. Adakan kumpulan belajar.
  5. Beritahu rakan-rakan kumpulan apa goals kita supaya mereka boleh sentiasa mengingatkan kita untuk berhenti bertangguh dan siapkan tugasan terlebih dahulu.

Di akhir tweet beliau, diselitkan juga ucapan semoga berjaya buat semua pelajar. Kegigihan dan kesungguhan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha!


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum,

Salam 4 Syawal. Raya aku tahun ni serius hambar giler haha. Tak keluar mana-mana. Sambut dengan keluarga kecil je. Nasib baik adik-beradik pun tinggal sebangunan je cuma rumah lain-lain. Kakak sulung di KL jelah tak dapat beraya sekali. 

Hari ini, Kementerian Pengajian Tinggi keluarkan statement yang kuliah face-to-face tidak dibenarkan sehingga habis tahun ni. Maksudnya, cuma online class untuk semester ni dan kemungkinan semester depan jugak. Fuh.

Aku dah la tinggal dua semester je lagi lepastu internship. Kalau dua-dua semester ni online class, memang tak jumpa dah la universiti aku hahaha. Tapi ada bagusnya juga buat macam ni. Kuranglah pergerakan pelajar-pelajar ni kan. Kemungkinan untuk virus merebak pun tipis. 

Pensyarah aku pun ada kata yang berkemungkinan semester ni tak ada peperiksaan akhir. Bagus jugak tu sebab susah jugak nak study kat rumah dan buat exam melalui atas talian. Tapi hal tu depends kat universiti/kolej masing-masing. Ada je pun yang dah buat exam online dan macam okey je. 

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Minggu depan dah start online class weh hahaha. Bye
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum,


Selamat Hari Raya. Dah Raya ke-4 baru sempat nak buka blog ni. Jadinya, kita mulakan dengan join segmen by Ummi. Klik banner untuk join. Tarikh tutup penyertaan 9 Jun 2020


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum,

Klik banner

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
  2. Wajib letak blog https://yamanaimy.blogspot.com/ di dalam bloglist korang
  3. Sila follow media sosial ini https://www.facebook.com/Yamananaimy, https://www.facebook.com/NaimyArt & https://www.instagram.com/yamanaimy/
  4. Buat satu blog post penyertaan dengan tajuk "Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy" dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini.
  5. Tinggalkan link penyertaan korang di post ini. Tu je,, Senang kan.
Tarikh tutup penyertaan: 4 Jun 2020
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments



Jangan Malu Dengan 4 Perkara:
  • Pakaian Lama sebab pakaian tak melambangkan bakat kita.
  • Rakan yang Miskin sebab dalam persahabatan sepatutnya tak ada perbezaan status antara satu sama lain.
  • Ibubapa yang Tua sebab tanpa mereka, siapalah kita harini.
  • Kehidupan yang Ringkas sebab kejayaan tak boleh dihukum melalui penampilan.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum,

Dalam musim PKP ni, memang banyak institusi pengajian yang melakukan kelas atas talian atau online class kan. Bagi nak hantar assignment atau apa-apa yang berkaitan, para pensyarah kebiasaannya mesti nak kita hantar melalui email. Namun, tak ramai yang tahu etika yang betul untuk menghantar email kepada pensyarah atau guru. Boleh juga diguna pakai untuk yang bekerja, untuk hantar email kepada bos ataupun klien.

1) Tolong tulis 'content' atau 'subject'. Jangan terus hantar sesuatu email dengan satu file sahaja. Pensyarah ni banyak tau kerja lain selain ajar pelajar ni. Jangan kita expect pensyarah boleh teka email kita isinya apa kalau tak ada subject. Dan jangan salahkan pensyarah pulak kalau tiba-tiba markah assignment nanti zero hehe

2) Mulakan email dengan pengenalan diri sendiri. Berbekalkan username email yang entah apa-apa tu, jangan kita expect pensyarah dapat kenal kita terus. Sekurang-kurangnya mulakan dengan nama penuh, nombor matrik ID dan dari kelas mana. 

3) Jangan frust kalau email lambat dibalas atau tak dibalas terus. Seperti disebut tadi, pensyarah ni ada hal lain juga nak diuruskan. Jangan terus spam dengan email lain kalau email yang dihantar tidak dibalas dalam masa beberapa hari. Kalau lebih dari 3 hari bekerja atau dalam seminggu dua tak dibalas juga, barulah cuba untuk email semula.

4) Kesalahan grammar atau tatabahasa tak apa. Tapi penggunaan tanda baca sangat perlu dipertimbangkan. Jangan sesekali letak ??? atau !!!. Sangat tidak beradab. Cukuplah dengan satu tanda baca.

5) Jangan pernah menyuruh kawan-kawan kita hantarkan email untuk kita. Contoh, "Kawan saya minta saya emailkan..." sebab sangatlah tidak beradab. Melainkan kerja berkumpulan.

6) Elakkan dari menggunakan singkatan. Common singkatan masih boleh diterima seperti 'yg', 'dgn', 'dll' tapi kalau boleh elak, elakkan lah. Jangan pulak tulis singkatan ala ala budak Wechat pulak sampai merosakkan terus bahasa.

7) Jangan demand. Elakkan email dengan pensyarah macam whatsapp dengan member. Tak perlu letak arahan seperti "balas email saya sebelum esok". Arahan macam tu cuma boleh diarah oleh pensyarah atau bos sahaja. Sebagai pelajar atau pekerja biasa, jangan!

8) Yang terakhir, jangan hantar email last minute untuk bertanya soalan yang tak logik seperti "bagaimana nak mulakan assignment ni". Last minute task untuk kita bermaksud 'jangan expect markah tinggi' dari pensyarah ye. 

Sekian. semoga kita boleh la ubah etika nak mulakan email dengan orang yang lebih tinggi dari kita. 

credit Facebook Elena Tengku
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik sekejap je dah 17 Ramadhan. Laju je rasa. Puasa semua Alhamdulillah tak tinggal lagi cuma ibadah sunat tu la kan asyik on and off. Kadang-kadang terlebih rajin, kadang-kadang tu sampai tak buat apa-apa. Sempena hari ini dah 17 Ramadhan dan hari Nuzul Quran. Semoga kita sama-sama perbanyakkan bacaan Al-Quran. 


Hari ini jugak Hari Ibu Sedunia. Hari-hari pun sebenarnya hari ibu. Jadi, keluarga aku macam tak amal sangat sambutan hari ibu ni. Tapi dalam kesempatan ini, nak ucap jugak lah Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di dunia ini terutamanya ibu saya. Seorang yang sangat kuat, sangat tabah. Dah 60 tahun dah mama. 6 tahun jadi ibu tunggal. Alhamdulillah sekarang cuma tanggung aku sorang je, yang lain semua dah bekerja bekeluarga. Moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat :) Amiin :D

 


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum,

Klik banner :)

Tak lama nak tutup dah segmen ni. Lusa je. Ada hadiah jugak segmen ni hehe. Yang belum join, jom join! Sambil-sambil tukar bloglist :D
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Salam 13 Ramadhan,


#ThanksToChallenge sekarang trending di Korea Selatan. Ramai artis terkenal yang turut memuat naik gambar dengan isyarat seperti dalam gambar dan hashtag #thankstochallenge untuk menghargai keringat para frontliners. Antara artis yang turut menyertai termasuklah Super Junior Siwon, Park Hae Jin, Jung Haein, Gong Hyo Jin, Paul Kim, Bae Suzy dan ramai lagi. (tengok instagram diorang)

Pengaruh artis terkenal ni kadang tu lebih berkesan daripada arahan pihak atasan sendiri. Baguslah. Semoga seluruh dunia lebih menghargai para frontliners dan lebih berhati-hati dalam aktiviti seharian agar dapat mengurangkan penularan wabak virus COVID-19 ni. 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamuaikum,
Don't judge a book by its cover gituu

Ceritanya roti gardenia kat rumah ni mak beli tapi tak makan-makan sampai dah nak expired. Fikir punya fikir nak buat apa, puding roti dah selalu buat. Kebetulan pulak Wanita Hari Ini semalam bincang pasal makanan buka puasa. Ada roti john. Pastu spontan terus buat. 

Proses buat inti ayam tu semua okey. Nampak menyelerakan dah. Sebab part ni mak yang buat. Untuk jadi roti john tu, mak lepas anak bujang ni yang buat sorang. Memang hancus la hahaha. Tapi not bad. Pastu mak suruh jimat sikit telur. Mana taknya, aku buat sebijik telur untuk sekeping roti. Memang membazir jugak la. 

Lepas dah alter. Boleh jadi sebijik telur untuk dua keping roti. Bila berbuka, not bad jugak la laku sebab buka makan roti john dengan laksa ja. Tak makan nasi.


Bahan-bahan inti (digoreng terlebih dahulu):
  • Isi ayam dihiris kecil (lagi senang guna ayam kisar/daging kisar je)
  • Bawang merah dihiris kecil
  • Sedikit rempah kari daging 
  • Sedikit Perencah cili serbaguna 
  • Gula garam secukup rasa
  • Daun sup daun bawang optional

Cara-cara:
  • Pecahkan telur
  • Masukkan garam dan lada 
  • Masukkan inti
  • Kacau sebati
  • Letak sedikit planta/butter
  • Tuangkan campuran telur dan inti ke kuali
  • Cepat-cepat letakkan roti ke atas campuran

Siap lah. Senang je. Cuma skil kena cekap sikit lah. Sedap. Cuma rupa kurang menyerlah. Makan dengan sos bertambah sedap. Tapi makan saja pun dah okey.
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Assalamualaikum,

Klik Banner.
Sehingga 31 Mei


Ucapan aku untuk para frontliners;
Terima kasih diucapkan sebab banyak berkorban demi negara. Jasa anda semua takkan mampu terbalas. Semoga terus tabah, kuat dan sentiasa sihat :D Terima kasih 
Buat rakyat Malaysia, semoga terus patuhi arahan PKP. Kasihanilah para frontliners kita yang banyak berjasa. Selamat berpuasa!

Jom join segmen ni. Klik banner je. 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Assalamualaikum,


Bulan Ramadan ni mesti banyak memasak kan. Harini aku nak join segmen share resepi by Mamapipie dan Cariblogger. Memandangkan haritu pun aku ada share resepi kuih tepung pelita kan. Jadi, boleh la join segmen ni. Ramadan lama lagi, harapnya banyak lagi la resepi akan aku share nanti.

Bagi yang belum tengok resepi Kuih Pelita boleh tengok sini;


Resepi Mudah Kuih Pelita Tanpa Pewarna

Untuk lagi banyak resepi lain, boleh tengok sini;


30 Makanan Tradisional Melayu Paling Popular Di Malaysia

Jom ramai-ramai memeriahkan segmen ni. Hadiah 4 orang akan diberi RM50. Dengan tambahan lagi 2 hadiah. Tarikh akhir segmen pun dilanjutkan dari 5 Mei menjadi 10 Mei. Ada masa lagi seminggu. Sempat la nak fikir resepi apa nak dibuat tu hehehe.

Goodluck! Bye :)
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Assalamualaikum,

Salam 9 Ramadhan.

klik banner untuk join
Nyatakan pengalaman anda semasa PKP. Anda boleh menceritakan peristiwa menarik/tidak dijangka yang terjadi kepada diri anda.

Rasanya tak ada sangat pun peristiwa yang menarik waktu PKP. Bangun pagi (tak pagi sangat), mandi, makan, solat, main fon, tengok tv, repeat.

Haa, dapat beli laptop baru hehehe ; Belikan Honor Magicbook Untuk Diri Sendiri

Paling bersyukur waktu PKP ni sebab sempat balik rumah dari universiti. Walaupun rumah sewa kat uni masih kena bayar, tapi makan minum semua kat sini terjaga. Dapat luangkan masa dengan family yang paling penting tu. Dapat puasa, sahur, berbuka dengan mak walaupun agak frust sikit sebab patutnya puasa kalini puasa last dekat kampus. Tahun depan dah intern.

Ayuh join Segmen ni. Tempoh 25 April - 9 Mei 2020
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Assalamualaikum,

Drama ni drama korea ke-4 aku tengok sepanjang tempoh PKP ni. Sebelum ni Kingdom, When The  Camelia Blooms, Itaewon Class dan Hi Bye Mama ni.



Drama: Hi Bye Mama
Hangul: 하이바이, 마마
Director: Yoo Je-Won
Writer: Kwon Hye-Joo
Network: tvN
Episodes: 16
Release Date: February 22 - April 19, 2020
Runtime: Sat. & Sun. 21:00
Language: Korean
Country: South Korea

Plot
Cha Yu-Ri (Kim Tae-Hee) menjadi hantu selepas kematiannya 5 tahun lalu. Dia mati meninggalkan suaminya Jo Kang-Hwa (Lee Kyu-Hyung) dan anak mereka. Selepas 5 tahun, Cha Yu-Ri mengalami kehidupan semula seperti manusia untuk 49 hari.
Jo Kang-Hwa dengan ghost Cha Yu-Ri

Jo Kang-Hwa bekerja sebagai pakar bedah. Sebelum kematian isteri dia, sangatlah penyayang, dan berubah personaliti menjadi makin murung selepas kematian isterinya. Namun, untuk mengubah kemurungan si suami mengahwini seorang nurse untuk menjaga anak yang ditinggalkan Yu-Ri.

Isteri lama / Isteri baru

Personal Thoughts
Bulan Ramadhan ni kalau boleh kurangkan lah tengok drama (nasihat untuk diri sendiri hehe) tapi sebab dah tinggal beberapa episod je lagi, habiskan jugak drama sedih ni. Dah la drama ni 3 episod akhir ni memang meleleh saja air mata ni. Sedih.

Spoiler : Seo Woo dalam cerita ni perempuan, tapi sebenarnya dia lelaki huhu
Drama ni aku paling suka sebab hampir setiap episod ada kesedihan dia. Mula-mula sedih sebab Cha Yu-Ri cuma boleh tengok family dia dari jauh je. Pastu, sedih waktu mula-mula dia dapat pegang anak dia. Sedih lagi waktu suami dia jumpa dia. Waktu ibu Cho Yu-Ri jumpa dia pun sedih. Dan waktu jumpa kawan baik dia. Tapi awal-awal punya sedih tak sesedih part diorang nak berpisah nanti.


Drama ni walaupun ada scene suami isteri, tapi tak ade rasanya scene kiss. Sebab banyak fokuskan kat family. Waktu ada scene yang macam diorang taktahu nak pilih isteri semasa atau ibu kepada anak tu untuk hidup dengan si suami ni, memang tak boleh nak jangka mana satu patut dipilih. Nasib baik ada sebab kukuh untuk diorang pilih.

Secara ringkasnya, drama ni banyak sentuh kasih sayang antara ibu dengan anak, sesama kawan-kawan dan antara suami dan isteri. *baru tahu kenapa drama ni tak ada kissing scene, sebab heroin Kim Tae Hee tu dah kahwin (isteri Rain)*

Happy ending ke sad ending? Mixed. Happy dalam sedih. Tapi untuk kepentingan watak lain juga. Benarlah yang pergi takkan kembali lagi. Gituuu
Shaman dan hantu-hantu
Taknak ulas panjang-panjang. Sebab semua kena tengok. Kalau yang macam dalam mood nak bersedih tu sangatlah digalakkan untuk tengok.

Personal Rating 9/10. Watak semua aku tak kenal tapi semua best. Drama ni tak ada antagonist. Cuma banyak melawan dengan perasaan berbolak-balik je. Kisah antara alam hantu dan manusia. Recommended untuk orang yang nak melayan perasaan.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah PKP Fasa 4, dah hampir 2 bulan kita dalam perintah kawalan pergerakan ni. Sedar tak sedar jugak dah habis bulan April. Sebulan April dekat rumah je. Hari ini dah 1 Mei. Selamat Hari Pekerja! Cuti Umum tapi memang dah cuti pun.



Universiti aku pun dah umumkan kelas atas talian mulai 1 Jun sehingga tamat semester ni. Fuh. Nak bekerja part time tapi tempat yang selalu aku kerja tu tak ambik pekerja waktu tempoh PKP ni. Jadinya, duduk diam-diam jelah kat rumah ni.

Sejarah berkenaan Hari Pekerja (Labor Day)

Sejarah Hari Pekerja (baca: Hari Buruh) diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.


Perkembangan ekonomi Barat yang bergantung kepada pemodal kapitalis (pemilik kilang) menjadikan kerajaan lemah kerana membiarkan pasaran mengatur dirinya sendiri menerusi amalan ‘laissez faire’ yang menghalang campur tangan aktif kerajaan dalam aktiviti ekonomi dan pasaran.
Akibatnya, pemodal menguasai ekonomi dan mengambil kesempatan ke atas pasaran buruh dengan mengeksploitasi mereka supaya bekerja lebih masa dengan kadar upah yang rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan.
Ketika itu, buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah di sesetengah tempat, ada buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari, tanpa cuti. Perkara ini makin serius apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.
Disebabkan itu, para buruh terutamanya pekerja kilang bangkit mendesak supaya hak pekerja dijaga bermula dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut hak, iaitu lapan jam bekerja sehari dan cuti rehat seminggu sekali, di samping turut dibayar upah yang setimpal.
Di peringkat awal, demonstrasi ini dianjurkan oleh kesatuan sekerja dan parti politik yang menyebelahi mereka, tetapi lama kelamaan ia menjadi arus perdana apabila kerajaan pula turut sama menganjurkannya.
Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket (Haymarket Affair) di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886.
Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.
Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh. Begitulah hebatnya sejarah perjuangan para buruh dalam memperjuangkan hak mereka dan kita hari ini sebagai pekerja.
Bersempena hari ini, marilah kita sama-sama merenung kembali matlamat asal kepada sambutan Hari Pekerja diwujudkan. Hari ini bukanlah untuk bercuti semata-mata.
Ia diwujudkan untuk mengenang perjuangan menuntut hak dan kesaksamaan satu kelompok yang bernama pekerja. Baik pekerja mahupun pihak majikan, hari pekerja sepatutnya dijadikan renungan dan pedoman kepada kepekaan terhadap aspek-aspek keadilan, kejujuran, amanah dan tanggungjawab dalam konteks bekerja selain daripada memikirkan produktiviti dan keuntungan semata-mata.
Dalam suasana dunia yang makin terbuka dan kompleks, isu-isu pekerja kini tidak lagi berkisar tentang gaji, waktu kerja atau cuti sahaja.
Perkara-perkara seperti jaringan keselamatan sosial, imbuhan dan manfaat sampingan, kebajikan dan persaraan pekerja juga harus diperhatikan dan diperluaskan.
Dengan kebanjiran buruh asing ke dalam negara ini, kerajaan juga harus peka dan pantas bertindak bagi membela nasib pekerja tempatan.

(kredit: Sinar Harian)
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Cara Minta ChatGPT Hasilkan Prompt untuk Gambar AI dengan Mudah
  • ABAM KIE : The Man of The House
    My Life As A Teacher At SMK Ladang Kerilla
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ▼  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ▼  May 2020 (15)
      • Tips Berguna Dr. Amalina Untuk Pelajar Yang Menemp...
      • Kuliah 'Face-to-Face' Tidak Dibenarkan Sehingga 31...
      • Segmen Hari Raya by Ummi
      • Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy
      • Wordless Wednesday : Malu Biar Bertempat
      • Panduan Untuk Pelajar Menulis Email Kepada Pensyar...
      • Salam Nuzul Quran dan Happy Mother's Day
      • Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie
      • Wordless Wednesday #ThanksToChallenge
      • Roti John Guna Roti Gardenia Failed Tapi Sedap
      • Segmen: Ucapan Buat Frontliners COVID-19
      • Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapip...
      • Segmen Bloglist PKP 2020
      • Drama Korea | Hi, Bye Mama! (2020)
      • Selamat Hari Pekerja Tapi Tak Boleh Bekerja Lagi
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates