Kuliah 'Face-to-Face' Tidak Dibenarkan Sehingga 31 Disember 2020

by - 22:18:00

Assalamualaikum,


Salam 4 Syawal. Raya aku tahun ni serius hambar giler haha. Tak keluar mana-mana. Sambut dengan keluarga kecil je. Nasib baik adik-beradik pun tinggal sebangunan je cuma rumah lain-lain. Kakak sulung di KL jelah tak dapat beraya sekali. 

Hari ini, Kementerian Pengajian Tinggi keluarkan statement yang kuliah face-to-face tidak dibenarkan sehingga habis tahun ni. Maksudnya, cuma online class untuk semester ni dan kemungkinan semester depan jugak. Fuh.

Aku dah la tinggal dua semester je lagi lepastu internship. Kalau dua-dua semester ni online class, memang tak jumpa dah la universiti aku hahaha. Tapi ada bagusnya juga buat macam ni. Kuranglah pergerakan pelajar-pelajar ni kan. Kemungkinan untuk virus merebak pun tipis. 

Pensyarah aku pun ada kata yang berkemungkinan semester ni tak ada peperiksaan akhir. Bagus jugak tu sebab susah jugak nak study kat rumah dan buat exam melalui atas talian. Tapi hal tu depends kat universiti/kolej masing-masing. Ada je pun yang dah buat exam online dan macam okey je. 

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Minggu depan dah start online class weh hahaha. Bye

You May Also Like

5 comments

  1. All the best..best jd student life ni

    ReplyDelete
  2. Selamat menjalani normal baru dlm PDPc. Terpaksa telan je. Cuma sukar utk kursus2 TVET.

    ReplyDelete
  3. Kna adapt n biasakn dgn norma bharu ini

    ReplyDelete
  4. Rindunya zaman belajar dulu.. Belajar online pun ok, goodluck!!

    ReplyDelete
  5. Semoga ada hikmah disebaliknya...good luckk

    ReplyDelete