Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Hai Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni aku sibuk sangat dengan siapkan assignment untuk thesis. Akhirnya tadi dah submit video presentation, boleh santai kejap beberapa hari sementara minggu depan untuk sesi soal jawab. 

Aku nak share satu tips nak rakam video presentation powerpoint tanpa guna aplikasi lain selain powerpoint je. Cara ni sangat mudah untuk korang yang macam aku, selalu buat kerja last minute dan taknak susah-susah buat banyak kerja. 

Memandangkan sekarang ni banyak atas talian (online) je kan, so aku rasa tak salah nak kongsi cara mudah nak rakam video presentation guna powerpoint je.

Mungkin dah ramai tahu, tapi aku baru je tahu. Dan saja nak kongsi sebab mudah dan cepat.

Lepas siap slide powerpoint korang tu, dekat bahagian atas tu ada slide show haa tekan tu. Pastu tekan record slide show tu. Dari situ, boleh pilih sama ada nak record dari awal slide atau nak record slide tertentu sahaja.


Lepas tu, dia akan jadi macam gambar atas ni. Nanti video korang akan ada sebelah kanan bawah tu. Jangan risau kalau terlindung perkataan ke apa, sebab nanti lepas dah siap rakam, korang boleh adjust besar kecik dan kedudukan video tu jugak. 

Dalam rakam tu jugak korang boleh nak conteng-conteng slide tu tau. Bawah tu ada warna banyak-banyak tu, korang tekan je nanti keluar la. 

Tips: Aku sebelum ni biasa nak pause video kan tekan space je. Untuk rakam ni, jangan tekan space! Sebab nanti akan terus ke slide seterusnya. Kalau rakaman slide tersebut tak habis lagi, kena rakam lain lah jawabnya. (Ini jelah kelemahan rakam pakai powerpoint ni)


Dah siap rakam nanti akan jadi macam ni. Haa dekat tepi slide tu ada bintang kan. Boleh la cek balik kalau ada slide yang terlepas tak rakam ke kan. Bila dah habis rakam semua slide dan nak save as video, ikut je step mudah ni. File > Export > Export a Video

Pastu boleh la pilih kualiti video tu nak yang macam mana. Dari 4K, 1080p, 720p dan 480p. Aku ambik 1080p pun masih tak besar sangat ruang digunakan. 

Banyak rupanya benda boleh buat kan kalau pandai discover. Tak perlu susah-susah nak install aplikasi baru. Kalau macam kurang faham tu, boleh rujuk video youtube bawah ni (aku sertakan english version dan malay version sekali). Aku pun rujuk video tu je. Alhamdulillah menjadi. Doakan aku geng untuk sesi soal jawab berkenaan presentation ni minggu depan. 



Untuk yang video malay tu, korang subscribe ye. Sebab banyak betul tips dia dalam video tu. Video pun banyak episod dari basic hinggalah ke profesional punya style. Support gais hehe

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments


 Ayuhlah join segmen dari akak Misya ni. 

Paling sukaa nombor 10 sebab bulan 10 ni bulan birthdayy aku heheh. 15 haribulan lepas. Bulan ni kira bulan paling ditunggu-tunggu la walaupun bukan ada pun party ke apa, asalkan dapat rasa dihargai aa gituu. heheh. 

Jom gais join segmen. Tamat 31 Oktober 2020

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments


Iqa Nizam kembali lagi dengan lagu terbaru, Angan Merintih. Iqa yang juga pernah menyanyikan lagu lain seperti Bunga dan Ku Terluka. Iqa Nizam bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah juga dikenali di negara jiran, Indonesia kerana pernah berkolaborasi dengan Thomas Arya dengan lagu Satu Hati Sampai Mati. Pernah juga mengambil bahagian dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia pada episod Kaka Azraff. 

Kini, lagu terbaru darinya Angin Merintih sudah pun diterbit di platform muzik bermula 25 September yang lalu. Lagu yang sangat menyentuh hati ni memang best ok. Jom dengar sama-sama. 


Lirik lagu Angin Merintih - Iqa Nizam
Lagu/Lirik: El Hadam

Verse 1:
Telah Tercipta, Saat Dirasakan Tiba
Menjunjung Nikmat Bahgia Tanpa Duga
Namun Terselit Sesuatu
Yang Menyakitkan Tanpa Segan Silu

Pre chorus:
Mana Mungkin, 
Ku Kan Menjadi Sasaranmu Lagi
Kerana Ku Tahu Kau Hanya Membuatku
Ku Berangan Dalam Beradu-!!!

Chorus 1:
Disaksikan Bulan Indah Cantik Mengambang
Temani Hatiku Sepinya Dibunuhmu
Bicara Katamu Membuatku Akur
Kisah Tersimpan Hanya Mimpiku

Verse 2:
Biar Sakit Dalam Diri Ku Sendiri
Takku Biar Mereka Menangis Untukku
Kerana Ku Yakin Disebalik Kisahku 
Tersimpan Harga Tiada Ternilai


Jangan lupa check it out lagu terbaru ni di platform muzik berikut:
Online Music Store: http://www.i-musicland.com
Spotify: https://open.spotify.com/album/5OLPulAgzgNWWadgohYnQS
Joox: https://www.joox.com/my-en/album/bnJ3QBXmSF4yMLtWGQEM8Q==
Apple Music/iTunes: https://music.apple.com/my/album/angan-merintih-single/1533050889
Deezer: https://www.deezer.com/us/album/174906392
Akazoo: https://www.akazoo.com/album/27755405/thomas-arya---iqa-nizam--slow-rock
KKBox: https://www.kkbox.com/my/ms/album/wGaayIRHqNiFo0F5HRnZ009H-index.html
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmVQcEQ/

Subscribe & Follow Us: https://www.youtube.com/channel/UCl_X1mJlL17ZihSlgK_bgEg

Aktifkan nada pemanggil ini dengan cara berikutnya berdasarkan telco korang:
Maxis CallerRingtones -- Dial *131*669926# tekan Call/Hantar
DiGi CallerTunes -- Dial *233*1373151# tekan Hantar/Call
Celcom CallMeTones -- Dial *323*738750# tekan Call/Hantar
U Mobile ColourTones -- Taip CRM 10051619 dan hantar ke 28383

Jom gais! Sekali lah kita request lagu ni di corong radio!
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Salam. Jemput join segmen bloglist dari blogger Ika Shoid . 
Yang nak join sekali, tekan je banner atas tu. Segmen dibuka sehingga hujung bulan Oktober ye. 
Jom join, lama lagi tu hehe.
Have a great weekend!

 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Pakai Hotlink dari zaman sekolah rendah telefon cikai sampai sekarang. Walaupun banyak kelemahan sebenarnya Hotlink ni tunjukkan, tapi taktahu kenapa setia sangat. Antara kelemahan terbesar dari dulu adalah harga pelan Internet. 



Sebabkan harga mahal tu lah aku dah pernah tukar ke Umobile dengan TuneTalk. Tapi macam mana pun, Umobile ni semua orang faham kan. Lembab ye Internet dia anak-anak hahaha. TuneTalk so far so good tapi customer service dengan aplikasi pulak tak best dan tak mesra pengguna. Alih alih Hotlink jugak aku guna. 



Dari lepas SPM aku guna nombor yang sama walaupun banyak kali tukar telco. Keistimewaan pelan yang aku kekalkan dari dulu tu sebab dapat percuma 1GB hari Sabtu dan 1GB hari Ahad. Tapi tu la, kejap je dah habis sebab sikit sangat. Yang terbaru, aku nampak kat Twitter boleh upgrade pelan untuk dapatkan Internet Tanpa Had. 


Nak upgrade plan kena bayar RM5. Untuk Internet Tanpa Had pulak ada 2 pilihan. Kelajuan 3Mbps untuk RM35 manakala 6Mbps untuk RM45. Dan kalau nak guna hotspot kena tambah lagi RM5. Bila kira balik tambah tolak semua, aku rasa lagi berbaloi la kot sebab aku cuma perlu tambah nilai sekali je sebulan. Tambahan lagi, pelan ni dapat unlimited calls jugak. 



Setakat ni dah seminggu pakai pelan ni, semua okey. Aku pakai yang kelajuan 3Mbps je sebab telefon aku pun lama dah dan tak boleh tampung kelajuan tinggi pun. Ada terbaca katanya bukanlah unlimited pun, cuma 30GB je. Tapi dekat apps tunjuk unlimited. Kita tengok hujung bulan ni macam mana penggunaan Internet aku. 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Minuman bubble tea kegemaran Malaysia, Gong Cha dan platform e-dagang no. 1 Malaysia, Shopee kini kembali lagi untuk minuman istimewa. Kali ini, mereka akan fokuskan untuk pencintaa matcha with minuman siri terbaru yang dipanggil 10.10 Festival Drinks untuk meraikan Shopee 10.10 Brands Festival.

Ia datang dalam masa yang terhad ini, peminat matcha akan disajikan dengan tiga (3) minuman eksklusif iaitu Matcha Coffee Latte, Matcha Marble dan Matcha Latte yang mana hanya boleh dibeli melalui aplikasi Shopee mulai sekarang hingga 25 Oktober ini sahaja!

Matcha Coffee Latte

Siapa je sangka yang matcha dengan espresso boleh bersatu dalam satu cawan minuman? Serbuk matcha yang lembut seperti sutera disaluti dengan susu dan espresso shot yang kaya berlemak menjadikan sebuah minuman dengan lapisan yang cantik menawan. Kalau korang tak boleh tentukan antara 'iced coffee' dan 'matcha latte', apa kata cuba minuman ni yang pastinya dapat dirasai kedua-duanya dalam satu masa!



Matcha Marble

Minuman yang bernilai Instagram ataupun 'Instagram-worthy' dengan tekstur marble yang cantik tu dicipta daripada kisaran dan gaulan serbuk halus matcha ke dalam susu dan membentuk rupa yang lembut selembut sutera. Kemanisan dipadankan dengan kesesuaian pelanggan, minuman ini dihabiskan dengan topping daripada buih susu berkrim Gong Cha yang pasti membuatkan korang tak boleh berhenti nak lagi!


Matcha Latte

Rasai segar semula, terutamanya pada hari yang panas, apabila korang rasai sedutan matcha latte ais. Psst! Kami dengar matcha latte ni kaya dengan kebaikan kesihatan! Jadi tunggu apa lagi?

Gong Cha e-drink series cuma boleh dibeli secara digital melalui aplikasi Shopee dan ditebus di semua cawangan Gong Cha di seluruh negara. Dapatkan Shopee x Gong Cha 10.10 Festival Drinks secara eksklusif di Shopee dalam bahagian Food & Services Vouchers dekat apps tu mulai sekarang hingga 25 October.

Semua peminat boleh rasai minuman ni pada harga pengenalan RM10. Jimat lebih apabila dapat beli pada harga serendah RM5 hanya pada tarikh-tarikh istimewa ni bulan Oktober ni: 3, 7, 10, 15, 18, 21 & 24.

10.10 Festival Drink ni bersempena dengan Shopee 10.10 Brands Festival yang mengambil alih dari sekarang sehingga 10 Oktober nanti. Sambutan online shopping terbesar untuk jenama-jenama seperti Gong Cha dan banyak lagi, Shopee 10.10 Brands Festival pastinya penuh dengan kejutan untuk pengguna dengan penjimatan yang lebih banyak. Dapatkan RM10 deals, penghantaran percuma dengan belanja minimum RM10 dan pilihan produk 100% authentic dari jenama kegemaran korang melalui Million Dollar Brands Discounts di portal aplikasi. Pengguna juga berpeluang untuk menang ganjaran hadiah, voucher dan Shopee Coins  bernilai sehingga RM1,000,000 bila bermain Shopee Games seperti Shopee Farm, Shopee Claw, Shopee Poly dan banyak lagi. 

Tunggu apa lagi? Layari https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series sekarang!

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 Assalamualaikum | 1 Oktober lepas aku cuba naik perkhidmatan baharu dari Rapid Penang iaitu bas CAT Bridge. Untuk pengetahuan, bas CAT (Central Area Transit) merupakan satu inisiatif Rapid Penang dalam menyediakan bas shuttle percuma untuk semua. Jadi, kalau nampak ada perkataan CAT kat bas tu tak perlu susah-susah nak keluarkan duit pulak.

Terbaru daripada CAT ni adalah bas perjalanan dari Seberang Perai ke belah pulau. Yang menarik lagi adalah sebab bas ni melalui Jambatan Pulau Pinang yang pertama. Boleh la relaks sambil jimat duit dan tenaga kalau nak tengok laut kat Jambatan tu. 


Ini adalah peta laluan bas CAT Bridge. Laluan bas percuma tu yang warna oren kat tengah tu je. Kalau macam nak pergi tempat lain pun boleh tapi ada la caj dia dan kena tukar bas lain lah. Kekerapan bas CAT Bridge ni dari pemerhatian aku memang tepat macam dalam jadual yang disediakan.


Daripada laluan bas tu, aku tahu yang destinasi terakhir tu ke kawasan kilang (kalau tak silap). Aku naik haritu sampai ke Queensbay Mall je. Aku mulakan perjalanan dari Penang Sentral. Dari sini, memang kena naik bas berbayar dulu. Tapi ada dua pilihan sama ada nak ke Hotel The Blanket atau Megamall. Bas dari Penang Sentral ke Hotel The Blanket tu RM2 tambang manakala ke Megamall RM1.40 je. 



Aku naik dari Hotel The Blanket. Perjalanan dari Hotel The Blanket ke Queensbay Mall mengambil masa cuma 40 minit. Memang tepat jam 10 pagi, bas terus bergerak. Pukul 10.40 tepat sampai depan pintu Queensbay Mall. Bilangan penumpang pun tak ramai mana. Boleh kata tak sampai 10 orang pun. 



Nasib baik jugak jalan atas Jambatan haritu agak lengang tak macam biasa. Sampai je belah pulau terus hujan lebat. 

Untuk info lanjut mengenai bas CAT Bridge dan Rapid Penang, boleh tengok kat laman web rasmi dorang kat sini >> Rapid Penang

Sorang-sorang pun sebolehnya pakai mask gais!

Lepas habis kat Queensbay Mall, aku pergi Komtar naik bas Rapid no 401E. Tambangnya RM2. Dari Komtar ke Jeti Feri pulak ada disediakan bas CAT tapi bukan CAT Bridge lah. Jimat dah kat situ. Balik ke Seberang Perai naik feri pulak. Perjalanan Feri dari Pulau ke Seberang Perai pun sentiasa percuma. 

Habis sudah. Sekian. Ke mana nak jalan dalam negara ni, teruskan jaga SOP. Mask jangan tanggal. Jarak fizikal kena perhati jugak. Hehe.  

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 Salam. Harini kes baharu melebihi 300 yang mana paling tinggi sejak PKP. Fuh nampaknya makin berleluasa ya. Kita Belum Menang.

Selepas Kementerian Pengajian Tinggi keluarkan notis untuk tangguhkan perjalanan dan pendaftaran secara fizikal pelajar IPT, Universiti aku pun menyokong dan turut keluarkan notis yang sama. 

Pada awalnya, cuma penangguhan sementara sahaja yang diumumkan. Harini dapat notis baharu yang semua kelas untuk fakulti aku (Sains Teknologi) perlu dilakukan secara maya. Dan tidak digalakkan untuk pulang ke kampus. 

Nak taknak memang kena terima lah. Tapi, semester terakhir kot aku nak belajar kat kelas. Lepas tu dah internship. Lepas tu dah habis. Sedar tak sedar, rupanya kelas terakhir aku di fakulti pada bulan Mac haritu. Perasaan tu bercampur baur. Tak tahu lah perlu seronok ke sedih.

Kelas atas talian ni best kalau aku jenis cepat tangkap. Tapi masalahnya aku ni dah la slow learner, dah tu kena belajar sendiri. Aduh. Cadangnya nak balik juga ke kampus tapi bukan dalam masa yang terdekatlah. Kita tunggu kes menurun dulu, barulah kita pergi. Senang sikit kerja kalau ada kawan. 

Lepastu dah tak duduk rumah sewa tapi kena bayar jugak. Wifi pun kena bayar jugak. Nak terminate wifi kena bayar denda sebab tak habis kontrak lagi. Dari bulan 3 tu kena bayar benda yang kita tak guna. Redha la labu!

Apa-apa pun, moga-moga kes semakin menurun dan aku semakin bijak. Doakan proposal tesis yang dah memanggil-manggil untuk disiapkan jugak tu. Belum mula kelas dah banyak kerja ya gais. Moga ada keadilan dan kelebihan untuk semua pelajar. Semoga kita semua terus tabah dan terus patuhi SOP! 

Sekian dari saya yang sedang mencuba untuk tidak bercakap negatif pada golongan yang viral tersebut.

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments


 Jom meriahkan giveaway dari ejulz dan raydah.

Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & raydah

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & raydah". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan raydah;
4. Follow youtube ejulz dan raydah;
5. Tinggalkan penyertaan korang di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Tarikh tutup: 15 Oktober 2020 (sama dengan tarikh lahir aku hehehe saja bagi HINT)

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 24 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest personal share random education covid19 review MOOD tips travel Malaysian kdrama useful korea kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Rambut Cepat Panjang dan Tebal
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Akhirnya Sudah Terkena Racun Tiktok
  • ABAM KIE : The Man of The House
    10 Tips Turunkan Gula Dalam Badan
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Shopee Tingkatkan Ekonomi Kreatif Malaysia, Skala Jenama Milik Selebriti dan Influencer dengan Teknologi
  • JiwarOsak
    Pembentangan Bajet 2023 Malaysia PENUH
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ▼  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ▼  October 2020 (9)
      • Cara Rakam Video Presentation Guna PowerPoint Je
      • Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya
      • Iqa Nizam - Angan Merintih
      • Segmen Jari Jemari Menari Bloglist 2020
      • Tukar Pelan Hotlink Prepaid Unlimited Data dan Call
      • Peminat Matcha Wajib Tengok Minuman Terbaru Dari G...
      • Bas CAT Bridge, Bas Percuma Melalui Jambatan Pulau...
      • Semester Akhir Kuliah Pun Kelas Atas Talian Lagi N...
      • Giveaway by ejulz & raydah
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates