Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Kajian terkini Shopee mengenai trend pengguna dalam meraikan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) menunjukkan peralihan ketara dalam cara rakyat Malaysia membeli barangan keperluan perayaan, yang mengukuhkan lagi perubahan tingkah laku pengguna daripada membeli-belah secara tradisional kepada platform dalam talian. Barangan yang dahulunya dibeli secara fizikal kini semakin banyak diperoleh secara dalam talian, selaras dengan penerimaan e-dagang yang kian meningkat kerana kemudahan, harga kompetitif, dan pengalaman membeli-belah interaktif yang ditawarkan. Pembelian menerusi saluran strim langsung yang semakin popular di mana pembeli boleh berinteraksi secara langsung dengan penjual dan mendapatkan cadangan produk yang diperibadikan menunjukkan bagaimana inovasi digital membentuk semula tabiat pembelian musim CNY sambil memelihara tradisi.

Shopee Live kekal sebagai platform pilihan bagi pengguna yang mencari pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dan interaktif. Tahun ini, 116% lagi pembeli tempatan pilih untuk berinteraksi dengan penjual dan meneroka produk menerusi strim berbanding tahun lalu. Lonjakan ini membuktikan bahawa perdagangan secara langsung telah menjadi saluran utama dalam penemuan produk berkaitan pembelian keperluan perayaan CNY.

Seiring dengan pertumbuhan pembelian melalui penstriman langsung, Shopee Affiliate turut memanfaatkan peluang ini dengan melancarkan sesi strim langsung mereka sendiri. Sepanjang kempen CNY, jumlah strim langsung oleh ahli affiliate melonjak lebih 160%, membawa kepada peningkatan sebanyak 240% dalam jumlah pesanan bagi perniagaan tempatan yang menjual barangan CNY. Dengan mengacarakan strim langsung, ahli affiliate dapat membina kepercayaan dengan pengikut mereka melalui cadangan produk secara langsung, tawaran eksklusif, dan pengalaman membeli-belah interaktif yang membantu pembeli membuat keputusan dengan lebih yakin.

Bell Hee Pek Wan, ahli Shopee Affiliate yang cemerlang dan pemenang Shopee Superstar Awards “Most Loved Streamer” 2024, telah berjaya membantu penjual mencapai peningkatan hasil jualan sebanyak 85% bagi setiap jualan sepanjang kempen CNY menerusi penstriman langsungnya yang menarik. “Strim langsung membolehkan saya menghubungkan pembeli dengan produk yang sesuai sambil menunjukkan kualiti dan nilainya secara langsung. Saya memaparkan pelbagai keperluan CNY— daripada kategori produk rumah & gaya hidup seperti perhiasan perayaan, set makan, dan penyelesaian storan, hinggalah ke produk kecantikan yang sedang dalam trend. Saya juga membimbing pembeli untuk berjimat melalui Shopee Coins dan baucar. Pengalaman interaktif ini bukan sahaja membina kepercayaan tetapi juga meningkatkan jualan, memanfaatkan kedua-dua pembeli dan penjual," katanya.

Dengan kemudahan membeli-belah secara digital, rakyat Malaysia dapat terus mengekalkan tradisi budaya mereka sambil menikmati kemudahan e-dagang. Semakin ramai pembeli mendapatkan keperluan CNY mereka di Shopee, menunjukkan permintaan tinggi untuk barangan perayaan secara dalam talian.

  • Kuih-muih dan makanan perayaan mencatatkan permintaan tertinggi, dengan carian kata kunci biskut, snek, hamper, dan minuman melonjak lebih 3,000%, menunjukkan peningkatan trend mendapatkan juadah perayaan secara dalam talian.
  • Hiasan rumah menjadi tumpuan utama, dengan carian kata kunci "CNY decor" dan "tanglung merah" meningkat lebih 1,700%, menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian untuk menceriakan kediaman mereka menjelang perayaan.
  • Fesyen dan kecantikan turut menjadi keutamaan, dengan carian untuk pakaian berwarna merah, cheongsam, dan busana tradisional melonjak sebanyak 1,600%, manakala produk kecantikan seperti gincu merah, pembayang mata, dan pengilat kuku meningkat 1,900%, menandakan kepercayaan pengguna terhadap platform dalam talian untuk memenuhi keperluan penampilan perayaan mereka.
Pembeli juga memanfaatkan tawaran terbaik Shopee, dengan hampir 2 juta barangan dibeli di bawah program "Dijamin Harga Terendah" dan lebih 620 juta baucar Shopee Live ditebus, menjimatkan lebih RM52 juta untuk keperluan sambutan perayaan. Dengan persiapan CNY yang semakin rancak, kemudahan menjadi keutamaan. Lebih 2 juta pesanan self-collection membolehkan pesanan diambil sendiri secara lancar dimanfaatkan, manakala lebih 20 juta baucar Penghantaran Percuma ditebus memastikan penghantaran yang cepat dan lancar, membolehkan pelanggan fokus untuk meraikan detik istimewa bersama keluarga.

Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata, "Semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan e-dagang bukan sahaja kerana kemudahan yang ditawarkan tetapi juga kerana pengalaman interaktif seperti strim langsung yang meningkatkan penglibatan serta membantu mereka membuat keputusan pembelian dengan lebih bijak. Perubahan ini menunjukkan bagaimana e-dagang mengubah tabiat membeli-belah, membuktikan bahawa walaupun barangan yang dahulunya dibeli secara fizikal, kini lebih mudah didapati secara dalam talian. Ini membolehkan pengguna meraikan tradisi dengan cara baharu sambil menikmati penyelesaian runcit moden. Shopee terus komited untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar dan bermanfaat buat pengguna dan penjual.”

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Alzheimer?
  • ABAM KIE : The Man of The House
    8 Pengorbanan Guru Yang Ramai Tak Tahu
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ▼  February 2025 (1)
      • Kajian Terkini Shopee Menunjukkan Rakyat Malaysia ...
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates