Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI



Assalamualaikum | Lama tak update. Busy dengan assignments. Marilah mula dengan join segmen. Klik link di banner untuk join :)
  1. Buat satu entri dan tajuknya - SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com
  2. Copy Banner Segmen dan masukkan dalam entri serta backlink kan ke entri segmen ini. 
  3. Cerita sikit dalam entri "apa yang korang suka tentang blog shida"
  4. Follow Blog Shida dan Add Facebook Shida Radzuan **jika ada facebook ya :)
  5. Dah siap? Korang boleh send link entri korang ke komen entri segmen ini sahaja ya.
  6. 20 blogger terpilih akan shida masukkan ke dalam Bloglist 2020. Bloglist ini akan kekal sehingga Disember 2020 selagi blog tersebut masih aktif.
  7. 1 pemenang akan shida pilih melalui referral tertinggi atau Top Referral dan akan membawa pulang berupa hadiah cash RM50.00
  8. Okay itu sahaja untuk segmen kali ini, Semoga berjaya dan Selamat Bersegmen untuk semua bloggers.
Apa yang korang suka tentang blog Shida?

Saya baru je follow blog Shida ni. First impression, menarik. Cantik sebab warna biru yang sedap mata memandang :) Lepas dah godek-godek past entries, banyak tips yang dikongsi lagi la bertambah menarik. Hehe :D 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Assalamualaikum,


Tengah scroll Facebook, terjumpa kawan share post ni daripada Facebook Public Health Malaysia, tentang bahayanya minuman tenaga ataupun energy drink. Energy drink ni biasanya orang akan minum untuk kekal segar dan kekal bertenaga terutamanya ketika bersukan, untuk kekal cergas dalam pemanduan yang panjang dan untuk stay up belajar.

Minuman Tenaga merupakan minuman TANPA alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain.

Minuman tenaga ni mengandungi kandungan kafien yang berlebihan. Berdasarkan kajian, kandungan kafien yang tinggi ni adalah punca utama kepada risiko kesihatan. Biasanya kita tahu, kafein ada dalam kopi dan teh kan. Tapi dalam energy drink ni, kandungan kafiennya sampai tahap overdose. Kesannya, jantung berdegup kencang, menyebabkan tekanan darah tinggi, loya dan muntah, sawan dan boleh menyebabkan kematian.

Selain tu, seperti minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Yang jenama popular tu sehingga mencecah 27.5g gula dalam setiap tin. Kesannya boleh menyebabkan kencing manis (diabetes). Pengambilan minuman tinggi gula menyebabkan insulin tidak lagi sensitif.

Bagi wanita hamil, adalah sangat tidak digalakkan untuk mengambil minuman tenaga ni kerana berpeluang untuk mengalami komplikasi kehamilan seperti keguguran, bayi kurang berat dan kematian bayi selepas bersalin.

Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda!

Nak ambil boleh tapi jangan amalkan. Kalau boleh elak, kita elak. Ingat! Prevention is better than cure.

✔️ Elakkan pengambilan minuman tenaga secara kerap dan berlebihan
✔️ Kanak kanak, pelajar sekolah dan wanita hamil perlu mengelakkan dari mengambil minuman tenaga

Untuk banyak lagi info kesihatan yang menarik, jangan lupa lawati Facebook Public Health Malaysia

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum

Jarang aku nak ceritakan berkenaan degree yang aku tengah ambil sekarang ni. Sebab ketandusan idea dah ni, aku ceritakan je lah serba sedikit tentang kursus aku ni. Untuk pengetahuan, aku sekarang ni dah semester 6 dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko) di Universiti Sains Islam Malaysia. Mungkin ada lepasan SPM atau lepasan Asasi/Matrikulasi/Tingkatan 6 yang tengah cari bidang yang berkaitan ni.

Apa tu Sains Aktuari?
Masa mula-mula aku masuk degree ni, kalau orang tanya aku belajar bidang apa, aku akan jawab sains je haha. Sebab tak ramai yang tahu dan tak pernah dengar Sains Aktuari ni. Secara umumnya, sains aktuari ni berkaitan pengiraan yang melibatkan kewangan dan risiko, pengiraan ni dibuat melalui kebarangkalian (probability), statistik dan pengetahuan bisnes. Bidang ni banyak juga berkaitan insurans dan kewangan.


Nama je Sains Aktuari. Tapi subjek ni langsung takde kaitan dengan 3 subjek Sains tau (Biologi, Kimia dan Fizik).

Belajar bidang ni, addmath memang kena power. Addmath tu kira macam basic la dalam bidang ni. Aku biasa-biasa je, impaknya subjek yang berkaitan addmath aku selalu 'kantoi' tapi tak pernah gagal lagi lah hehe. Nasib baik subjek Kewangan aku boleh hadap lagi. Boleh cover subjek yang ada addmath tu.

Kelayakan Untuk Sambung Degree Sains Aktuari?
Umumnya, minimum CGPA 2.00 pun dah boleh untuk tempatkan diri dalam bidang ni. Tapi apapun bergantung kepada universiti. CGPA 3.00 la paling kurang untuk tempatkan ke IPTA. Matematik SPM minimum C ye. Tapi kebanyakannya nak yang A lah.

IPTA yang tawarkan degree termasuk UiTM, UM, USIM, UPSI dan UMS. UiTM ada tawarkan diploma juga untuk Sains Aktuari ni. Kalau IPTS pula termasuk UCSI, Sunway University, APU, UTAR, Taylor's, Brickfield College, Heriot-Watt, HELP dan INTI. (source: www.hotcoursesabroad.com/ )

Apa Subjek Yang Akan Diambil?
Selain subjek wajib universiti, seperti Hubungan Etnik, subjek Bahasa, Tamadun, Creative Thinking dan sewaktu dengannya, subjek ni pun bergantung pada universiti juga. Namun, secara amnya, contoh subjek yang akan dipelajari seperti Kalkulus, Statistik, Ekonomi, Pengurusan Risiko, Insurans, Kontingensi Hayat, Perakaunan Kewangan dan sewaktu dengannya. Daripada subjek yang disebut ni, ada pecahannya juga contohnya Ekonomi tu pecahannya ada Mikroekonomi, Makroekonomi dan Ekonometrik.


Peringatan! Bidang ni memang akan baaaaanyaaaak berkaitan dengan pengiraan dan penyelesaian masalah. Jadi, memang kena minat Matematik terutamanya Statistik.

Peluang Pekerjaan Banyak Ke?
Soal ni, jangan risau! Rezeki peluang pekerjaan dalam bidang ni sangat luas. Tak semestinya semua akan jadi Ahli Aktuari (Actuaries) ya. Kalau dengan tamat pengajian saja masih tak layak untuk nak jadi Actuaries ni ok. Kena ambil profesional paper dulu. Tapi jangan risau, peluang pekerjaan kalau tak ambil profesional paper pun masih banyak.

Antara peluang pekerjaan yang berkaitan bidang ni termasuklah Risk Analyst, Investment Analyst, Business Analyst, Bank Officer, Data Scientist, Maths Teacher pun boleh dan baaaanyaaak lagi yang berkaitan. Read more Jobs You Can Do With An Actuarial Science Degree


Kalau korang yang mencari-cari course untuk degree dan ada kriteria macam bawah ni, amatlah digalakkan untuk ambik Actuarial Science ni. Nama course pun gempak haha. Goodluck! Kalau ada soalan berkenaan course ni, komen kat bawah ataupun dm kat instagram @aimansallehh


credit: eduadvisor.my

Update: Beberapa soalan yang telah aku jawab ada di post ini >> Q&A Mengenai Sains Aktuari
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Assalamualaikum, 

Salam hari kedua PKP Pemulihan. Apa je aktiviti yang tak boleh buat sebelum ni, korang dah buat?

Tak dapat dinafikan hahaha

Aku harini pergi kedai gunting rambut hahaha. Lama betul tak gunting rambut. Sebelum ni sebulan sekali kena gunting sebab panjang sikit mesti gatal. Tempoh PKP ni bersabar jelah dengan gatal tu. Sebab tak keluar sangat dan kurang berpeluh, gatal tu pun tak rasa sangat.

Semalam aku pergi kedai gunting yang selalu aku pergi. Fuh penuh. Dalam dan luar punya kerusi untuk menunggu pun semua ada orang. Dua kali jugak la pergi jenguk, keadaan sama je. Harini pergi ada 3 org je. Jadi, okey sikit lah. Tadi dalam setengah jam dah sampai turn. 

SOP memang terbaik. Walaupun owner dia aku rasa bukan warganegara. Aku tak sure yang tu. Tapi dorang fasih la bahasa melayu. Sebelum masuk kedai, macam biasa periksa suhu dan sanitize tangan. Isi nama, nombor fon macam biasa lah. Kedudukan kerusi pun jarak-jarak. Dalam kedai ada 4 kerusi je. Kat luar ada 6. 

Bila SOP agak ketat kan. Harga pun naik sikit lah. Harga gunting biasa sebelum ni RM8, tapi sekarang RM12. Aku faham je sebab diorang pun setiap sorang customer, tukar glove baru. Dorang pakai face shield jugak. Dan yang aku rasa makan modal banyak, biasanya kan kain cover badan kita diguna pakai kan. Kali ni setiap orang, mesti tukar. Baguslah macam tu. 

Setiap habis satu atau dua customer, barber tu akan sapu rambut atas lantai tu. Fuh. Nampak la dorang cam penat dari biasa. Tapi itu jelah sumber rezeki dorang kan. Tapi berbaloi lah dengan kenaikan harga tu pun. 

Harini kepala rasa ringan je haha. Gatal-gatal pun dah lega. 

gambar masa raya. dahla makin kembang hahah, rambut pun tak terurus :')


konfiden gais selfie dgn mask ni hahaha
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, hari ini (9 Jun 2020) dah hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Esok pula dah mula PKP Pemulihan. Banyak dah kelonggaran yang akan diberi mulai esok. Yang paling ditunggu mestilah kebenaran merentas negeri kan. Macam aku pun. Sebab nak ambil barang kat rumah sewa. Banyak tertinggal. 

Selain tu, aku macam teruja jugak sebab library pun dah dibuka. Aku baru tahu yang sebelum ni pun memang dah buka tapi sebab tak keluar sangat, macam taktahu pun. Harini baru nak search internet sama ada buka ke tak sebab belajar kat rumah ni kurang efisien lah. Study kejap, pastu tidur. 

Aku dah semak portal rasmi library Penang, dan sejak haritu lagi memang dah dibuka. Namun dengan SOP yang perlu dipatuhi. Takpa lah, asalkan boleh masuk library. Sekali nak cari buku untuk bahan thesis ni. Boleh usha portal rasmi kat sini Penang Library


Antara SOP yang perlu dipatuhi:
  • Memakai Penutup Muka (Face Mask) Sewaktu Berada di Perpustakaan
  • Pastikan Penjarakan Sosial dan Duduk di Tempat Yang Telah Disediakan
  • Anda Perlu Menjalani Saringan di Kaunter Yang Disediakan (Pemeriksaan Suhu, Pembersih Tangan, Rekod Kehadiran dan Nombor Giliran)
  • Makan, Minum dan Tidur TIDAK DIBENARKAN di dalam Perpustakaan
  • Pengguna yang Melebihi 37.5 Darjah Celcius Tidak Dibenarkan Memasuki Perpustakaan
  • Kanak-kanak di bawah 12 Tahun Perlu Ditemani Ibubapa/Penjaga
  • Perkhidmatan Beroperasi Seperti Biasa Mengikut Peraturan Yang Telah Ditetapkan
  • 2 JAM SAHAJA untuk Setiap Pengguna Dan Tempat Adalah Terhad
Ok lah tu, 2 jam pun jadi lah asalkan dapat luangkan kat library. Lama sangat tak masuk library ni. Semoga semua pengguna dapat patuhi SOP yang ditetapkan. InsyaAllah 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum,

Ayuh join segmen pertama anjuran blogger akak aziankhalil. 

klik je banner ni :D

Mudah je syaratnya. Screenshot, follow, like je hehe. Jom join :) Segmen tamat pada 30 Jun 2020. 


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
kredit Google

Daulat Tuanku

Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah

KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI 
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

Sempena 
Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

8 Jun 2020
(16 Syawal 1441H)
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Semoga kita semua sihat-sihat belaka. Dalam keadaan dan faktor kesihatan kita hari ini, kita sering didedahkan dengan pelbagai info baharu di laman sesawang dan media sosial. Kadang tu dikongsikan info kesihatan bertujuan semata-mata untuk menjual produk yang belum tentu selamat, dan info yang dikongsikan belum tentu sahih.


Oleh itu, harini aku nak kongsikan satu laman web yang selalu aku jadikan rujukan iaitu laman web Tips Kesihatan. Dekat sini aku boleh dapatkan informasi berkenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best mestilah sebab ada banyak tips untuk kekalkan gaya hidup sihat. 

Apa yang aku suka tentang web ini adalah sebab penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas. Pendek kata, kita yang tak ada background perubatan pun boleh faham terma yang digunakan sebab penulisan yang best ni.

Selain itu, setiap artikel yang ada kat sana boleh dicetak atau print. Bolehlah ditunjukkan dekat mak ayah atau sesiapa saja yang mungkin kurang tahu mengakses ke laman web tersebut. Senang je, cuma perlu tekan ikon 'print' dekat hujung artikel tu je. Format printing pun memang cantik dan tak serabut untuk dibaca.

Menarik kan? Kalau korang nak cari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah melawat ke sana ya. Kongsikan kat kawan-kawan semua. Kalau tak ada sakit pun, apa salahnya tambah ilmu kan. Hehe. Klik je Tips Kesihatan okey. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Cara Minta ChatGPT Hasilkan Prompt untuk Gambar AI dengan Mudah
  • ABAM KIE : The Man of The House
    My Life As A Teacher At SMK Ladang Kerilla
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ▼  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ▼  June 2020 (8)
      • SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com
      • Bahaya Minuman Tenaga (Energy Drink) Untuk Kesihatan
      • Pendedahan Mengenai Sains Aktuari (Actuarial Science)
      • Selepas 3 Bulan Tak Gunting Rambut
      • Perpustakaan Awam Pulau Pinang Dibuka Pada Tempoh ...
      • Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom
      • Cuti Umum 8 Jun 2020 Sempena Hari Keputeraan Agong
      • Jom Dapatkan Pelbagai Maklumat Dan Tips Kesihatan ...
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates