Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Majoriti Ahli Affiliate Shopee Bersyukur Dapat Menyokong Keluarga Dengan Pendapatan Mereka

87% ahli affiliate percaya bahawa personalisasi kandungan adalah faktor utama dalam membina kepercayaan dan meningkatkan jualan


Enam puluh peratus daripada ahli affiliate Shopee mengatakan bahawa pendapatan mereka membantu menyara keluarga sambil memberi mereka gaya hidup yang fleksibel. Ini adalah hasil kajian terbaru oleh Shopee Malaysia, ‘Perjalanan Ahli Shopee Affiliate: Tinjauan Pertumbuhan Ramadan & Raya’. Kajian ini melibatkan lebih 2,000 ahli affiliate yang berkongsi harapan mereka untuk berkembang semasa Ramadan dan Raya 2025. Sementara 40% lagi berkata mereka seronok berkongsi tawaran menarik, membantu pengikut mencari produk terbaik, dan menjadi sumber rujukan yang dipercayai.

Ramadan dan Raya adalah masa yang istimewa untuk komuniti, dan ahli Shopee Affiliate menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian lebih menarik dan bermakna. Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia, berkata, “Pencipta kandungan bukan sekadar mempromosi produk. Mereka berkongsi pengalaman sebenar dan membantu pembeli membuat pilihan lebih bijak untuk persiapan perayaan. Program Shopee Affiliate kami bukan sahaja memberi pendapatan tambahan kepada pencipta kandungan, tetapi juga memudahkan pengguna membeli dengan lebih yakin.”

Kajian ini mendapati bahawa semua ahli affiliate menekankan kepentingan kandungan berkualiti untuk membina kepercayaan, tetapi cara mereka berbeza. 87% memilih produk yang mereka sendiri telah cuba daripada penjual yang mempunyai penilaian tinggi, atau barangan keperluan seperti baju raya dan hiasan rumah. Sementara itu, 13% lagi menggunakan Shopee Video atau Shopee Live untuk berkongsi pengalaman mereka membuka bungkusan atau mengulas produk, menjadikannya lebih menarik dan mesra pengguna.

Ahli affiliate Shopee bukan sekadar mencadangkan produk – mereka menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan dengan kandungan kreatif dan menarik. 90% menggunakan Shopee Video untuk memberi inspirasi kepada pengikut mereka, berkongsi idea pakaian dan cadangan hadiah. Melalui ulasan jujur dan ‘unboxing’ kreatif, mereka membantu pembeli membuat keputusan lebih yakin.

Menjelang Kempen Raya Bersama Shopee, ahli Affiliate mengambil peluang untuk mengembangkan pengaruh mereka dan berhubung dengan lebih ramai pembeli Malaysia. 100% ahli Affiliate melihatnya sebagai peluang untuk berkembang kerana kempen ini membantu mereka berinteraksi dengan pengguna yang mencari cadangan terbaik dan tawaran eksklusif.

“Menjadi ahli Shopee Affiliate memberi saya peluang menjadikan minat saya lebih bermakna,” kata Afifah Rosli, pemenang anugerah Pencipta Video Shopee Terbaik di Anugerah Shopee Superstar 2024. “Saya suka berkongsi idea dan produk yang boleh menceriakan Ramadan dan Raya. Dari membantu seseorang memilih baju raya yang cantik hingga memperkenalkan mereka kepada kuih-muih sedap, saya rasa puas hati kerana cadangan saya memberi manfaat kepada orang lain.”

Shopee juga membawa ahli affiliate dan jenama tempatan lebih rapat melalui acara seperti Shopee House: Rumah Terbuka Shopee. Acara ini mengumpulkan lebih 900 Ahli Affiliate dan 30 jenama untuk sesi rangkaian, penstriman langsung, dan aktiviti menarik. Lebih 800,000 penonton menyaksikan acara ini melalui Shopee Live, menunjukkan betapa pentingnya hubungan antara jenama dan pencipta kandungan.

Shopee juga memperkenalkan beberapa inisiatif baharu untuk membantu ahli affiliate mendapat manfaat maksimum. Kajian menunjukkan bahawa 75% ahli affiliate teruja dengan kempen Ramadan dan Raya Shopee yang termasuk cabaran Misi Video Shopee, kempen ‘Pos & Menang’, Stream-A-Thon Shopee Live, dan Kelab Pencipta Kandungan. Sementara itu, 25% lagi mahu mencuba ciri-ciri ini pada tahun 2025.

"Saya tak sangka berkongsi benda-benda kegemaran saya, boleh jadi sesuatu yang begitu bermakna," kata Sarah Mnasir, seorang ahli affiliate Shopee. "Raya kali ni memang rasa lebih istimewa sebab dengan pendapatan sebagai ahli affiliate, saya akhirnya dapat bantu keluarga segarkan rumah—tukar dekorasi baru, malah ganti beberapa barang elektrik lama. Perkara kecil macam ni lah yang buat Raya jadi lebih bermakna."

Ahli affiliate Shopee membuktikan bahawa pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi dan mesra pengguna adalah kunci kejayaan e-dagang, terutama pada musim perayaan. Seiring perkembangan dunia digital, mereka yang berusaha untuk menggabungkan minat dengan nilai akan menjadi peneraju dalam industri ini. Dengan memperkenalkan produk baharu, memberi inspirasi kepada pengguna, dan membina hubungan yang lebih erat, ahli affiliate bukan sekadar terlibat dalam pengalaman membeli-belah dalam talian – mereka membentuk masa depannya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Dengan Hari Raya semakin hampir, dari 13 hingga 31 Mac, Raya Bersama Shopee membawakan lebih banyak ganjaran dan penjimatan hebat! Sama ada menyambut dengan meriah atau secara sederhana, kempen ini menawarkan tawaran hebat, ganjaran besar, dan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan, memudahkan rakyat Malaysia menikmati musim perayaan tanpa risau tentang bajet.

Salah satu sorotan utama kempen ini ialah 90% Diskaun Dijamin Harga Terendah yang memastikan harga terbaik buat pembelian keperluan Raya. Jika pengguna menemui harga lebih rendah di platform lain, Shopee akan memulangkan 3X Syiling Shopee. Sepanjang kempen ini, pengguna juga boleh menikmati Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, menjadikan pembelian lebih mudah diakses. 

Untuk penjimatan maksimum, pengguna boleh menggabungkan banyak baucar untuk jimat banyak – termasuk Baucar Diskaun Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, Baucar Shopee, Baucar Kedai, dan Syiling Shopee – untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Lagi banyak digabung, lagi jimat menjadikan persiapan Raya anda sangat berbaloi!  

Kempen ini menjadi lebih meriah dengan 100 Juta Syiling Raya Percuma dengan Shopee Live! Sepanjang tempoh kempen, pengguna boleh menyertai strim langsung interaktif dan rancangan permainan yang menawarkan hadiah menarik serta ganjaran dalam strim. Selain itu, mereka juga boleh mengumpul Syiling Shopee setiap hari dengan menonton dan menyelesaikan tugasan tontonan.

Selain ganjaran, Shopee Live turut menyemarakkan suasana musim perayaan dengan rancangan strim langsung harian yang menarik:
  • Menu Iftar (Setiap Isnin & Rabu, jam 5 petang) – Resipi berbuka puasa yang cepat dan lazat.
  • Tawaran Raya Sakan (Setiap Selasa & Khamis, jam 12 tengah hari) – Tawaran eksklusif keperluan Ramadan dan Raya.
  • Mari Mengaji & Tazkirah Shopee (Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 petang) – Perbincangan agama yang mendalam.
  • Sampul Raya Shopee (Dari 10 Mac hingga 28 Mac, jam 9 malam) – Rancangan permainan menarik dengan cabaran menyeronokkan dan hadiah lumayan.
Shopee juga mengadakan jualan khas bagi membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Raya:
  • Jualan Persiapan Raya (15 Mac) – Tawaran baju Raya, dekorasi rumah & keperluan balik kampung.
  • Jualan Hebat Raya (19 Mac) – Diskaun hadiah perayaan, hamper & keperluan perjalanan.
  • Jualan Akhir Raya (25-27 Mac) – Tawaran saat akhir untuk persiapan rumah terbuka.
Sepanjang tempoh ini, nikmati Tawaran Masa Terhad Raya, acara jualan selama 28 jam dengan diskaun sehingga 90%! Rebut juga Baucar Masa Terhad Raya & RM10 Knockout Deals pada jam 8 malam sehari sebelum tarikh tersebut, diikuti pada jam 6 pagi, jam 12 tengah hari, dan jam 10 malam keesokan harinya – termasuk baucar bernilai RM10 dan RM100 untuk lebih banyak penjimatan.

Untuk penjimatan luar biasa, Shopee menawarkan RM500 Knockout Voucher hanya pada 15 Mac di mana pengguna boleh dapat diskaun RM500 dengan perbelanjaan minimum RM1,000. Pengguna boleh menuntutnya lebih awal dan menggunakannya pada jam 11 pagi & jam 8 malam. 

Jangan lepaskan peluang berbelanja pada slot membeli-belah eksklusif ini: 
  • Midnight Madness (jam 12 tengah malam) – Baucar bernilai tinggi, menang Syiling Shopee segera melalui Tap & Win, serta jualan kilat.
  • Sahur Specials (jam 6 pagi) – Baucar masa terhad & promosi waktu Subuh. 
  • Fashion & Beauty Hours (jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang) – Diskaun pakaian, kosmetik & aksesori untuk tampil bergaya di Hari Raya.
  • Shopee Live Hours (jam 8 malam) – Baucar eksklusif strim langsung & tawaran hebat.
  • Last Chance To Shop (jam 10 malam) – RM3 Shopee Choice Knockout Deals, gabung baucar cashback, dan keperluan Raya saat akhir sebelum tengah malam. Jangan lupa sertai rancangan permainan Sampul Raya Shopee pada waktu ini

Peminat fesyen boleh menikmati RM20 Flash Sale Deals setiap hari dari 12 tengah hari hingga 2 petang, menampilkan jenama terkenal seperti Zoe Arissa, Bulan Bintang, Pazze, Siti Khadijah, dan banyak lagi, dengan diskaun sehingga 60% untuk koleksi Raya baharu. Jangan lupa gabungkan lebih banyak baucar di checkout – Penghantaran Percuma, 20% Coins Cashback, Baucar Kedai & Shopee Coins – untuk harga terbaik! Cuba ciri inovatif baharu Snap & Shop dengan memuat naik gambar wishlist untuk mencari tawaran terbaik secara automatik.


Untuk sambutan Raya yang lebih meriah, Shopee akan membawakan sambutan ke kaca TV dengan Program TV Raya Bersama Shopee, disiarkan secara langsung di TV3 & Shopee Live pada 19 Mac, jam 9 malam. Rancangan ini menampilkan duta kempen Raya Bersama Shopee, De Fam, serta selebriti & pempengaruh terkenal seperti Dato AC Mizal, Janna Nick, Naim Daniel, Meerfly, Benzooloo, Mark Adam, dan Mak Kiah Ferry. Penonton boleh menikmati persembahan menarik, rancangan permainan, hadiah Shopee Shake, serta tawaran eksklusif dan produk yang dijamin harga terendah. 


Selain itu, Shopee memperkenalkan Shopee Rewards, program kesetiaan baharu yang membolehkan pengguna Beli & Dapat 3X Ganjaran Lebih Pantas sepanjang Mac ini. Pengguna boleh menaik taraf ke tahap Silver, Gold & Platinum bergantung pada jumlah perbelanjaan dan aktiviti pesanan dan menikmati ganjaran bernilai sehingga RM2,000 sebulan, termasuk diskaun penghantaran percuma, cashback, dan khidmat pelanggan premium.

Dengan penjimatan luar biasa, baucar menarik, dan ganjaran Shopee Live, Raya Bersama Shopee adalah destinasi membeli-belah terbaik untuk musim perayaan ini! Tambah ke troli hari ini dan checkout semasa jualan terbesar tahun ini di: https://shopee.com.my/m/raya-sale.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Alzheimer?
  • ABAM KIE : The Man of The House
    8 Pengorbanan Guru Yang Ramai Tak Tahu
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ▼  March 2025 (2)
      • Majoriti Ahli Affiliate Shopee Bersyukur Dapat Men...
      • Raya Bersama Shopee Bawa Penjimatan Besar, Ganjara...
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates