Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Shopee Malaysia baru-baru ini melancarkan Kempen Tani, satu inisiatif yang direka untuk memperkasakan petani tempatan, agropreneur, dan pengeluar dengan alat, latihan, dan sumber perniagaan yang diperlukan untuk berjaya dalam ekonomi digital, sambil menghubungkan produk mereka dengan pembeli secara langsung. Melalui kempen ini, Shopee ingin meningkatkan rantai nilai produk agrofood, meningkatkan pendapatan pengeluar makanan, dan menggalakkan pengguna untuk membeli terus dari agropreneur tempatan, seterusnya memupuk masa depan yang lebih mampan dan inklusif untuk industri ini.

Program Kempen Tani menyaksikan hampir 100 penjual menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh jurulatih ShopeeXpert bertauliah. Bengkel ini memberi tumpuan kepada ilmu tips untuk meningkatkan trafik penonton dan jualan melalui platform berstrim langsung Shopee. Sementara itu, pasukan ShopeeUni membawakan latihan tentang penyediaan kedai, senarai SKU, dan pengoptimuman senarai produk untuk meningkatkan keterlihatan dalam talian dan prestasi jualan. Strim langsung turut diadakan semasa hari bengkel ini yang di mana beberapa agropreneur mempamerkan produk mereka kepada lebih daripada 110,000 penonton di seluruh negara, menghasilkan peningkatan pesanan sebanyak 9 kali ganda berbanding hari biasa semasa bulan November.

Nanakamalbiz Masuk Dunia Dalam Talian 

Salah satu peserta yang menonjol adalah Nanakamalbiz, perniagaan makanan ringan tradisional dari Kota Tinggi, Johor, yang diasaskan oleh Nur Rahilla Binti Mohamad Kamal. Sejak 2016, perniagaan Rahilla bergantung kepada pelanggan walk-in dan pemasaran mulut ke mulut untuk menjual makanan buatan tangan mereka. Walau bagaimanapun, apabila tabiat pengguna beralih ke membeli-belah dalam talian, Rahilla menyedari keperluan untuk mengadaptasi. Meskipun baru dalam e-dagang, beliau menyertai Shopee untuk memastikan kelangsungan perniagaannya dan mencapai lebih banyak pelanggan.

"Peralihan dari luar talian ke dalam talian adalah satu cabaran besar, tetapi ia menjadi sangat menarik apabila saya melihat potensi yang ada," kata Rahilla. Melalui Kempen Tani, beliau menerima panduan praktikal mengenai cara penyediaan kedai dan pengoptimuman senarai produknya. Kempen ini juga memperkenalkan beliau kepada alat perniagaan Shopee yang mempermudahkan hal logistik dan pengurusan pelanggan. "Sebelum ini, kami akan menghantar pesanan melalui bas atau bergantung pada pelanggan untuk mengambilnya. Shopee menyelaraskan semuanya untuk kami," jelasnya.

Papan pemuka analitik Shopee terbukti sangat berguna buat Rahilla yang boleh menjejaki trend jualan, mengenal pasti produk terlaris, dan merancang inventori dengan lebih cekap. Ciri-ciri seperti baucar diskaun dan penghantaran percuma membolehkan beliau menarik pelanggan dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah. "Shopee memberi saya keyakinan untuk berkembang dalam pasaran yang kompetitif," katanya apabila ditanya bagaimana Kempen Tani membantunya dalam ekonomi digital.


Dari Gerai Buah ke Kejayaan Dalam Talian dengan Kempen Tani

Di Bidor, Perak, Madam Lai Nyuk Ling dari JK BISCUITS berjaya mengubah perniagaan buahnya melalui e-dagang. Pada mulanya bergantung kepada gerai buah untuk pendapatan, Madam Lai tidak pernah membayangkan guava dan buah naga miliknya akan dihantar sehingga ke Sabah dan Sarawak.

"Saya ingin mencuba sesuatu yang baru, dan apabila pesanan mula masuk, saya seperti tidak percaya betapa cepatnya perniagaan boleh berkembang," kongsi beliau. Menyertai kempen Shopee, termasuk Jualan 11.11, menjadi titik perubahan di mana beliau memperoleh pendapatan RM4,000 dalam satu hari—satu pencapaian yang meningkatkan keyakinannya dalam e-dagang.

Dengan Kempen Tani, penjual seperti Madam Lai telah memperoleh ilmu dan alat perniagaan untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Shopee Live, misalnya, membolehkan beliau mempamerkan proses pembungkusan buahnya yang mewujudkan kepercayaan dan ketelusan dengan pelanggan. "Mereka tahu apa yang mereka dapat," jelasnya. Beliau kini juga dapat menghantar buah-buahan segar ke seluruh negara melalui sistem logistik Shopee dan memberi inspirasi kepada orang lain dalam komunitinya untuk meneroka peluang yang ditawarkan oleh e-dagang dan Kempen Tani.


Menghubungkan Pengeluar Luar Bandar dengan Pengguna Seluruh Negara

Dari Kota Bharu, Kelantan, Corndog Anak Ramai adalah contoh terbaik bagaimana Kempen Tani membantu perniagaan luar bandar berkembang dalam ekonomi digital. Ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Wan Muhamad Biruni Bin Wan Jamaluddin, perniagaan keluarga ini pada mulanya menjual corndough beku buatan sendiri kepada rangkaian tempatan kecil. Untuk memajukan perniagaannya ke skala yang lebih besar menjadi cabaran kerana akses pasaran yang terhad dan halangan logistik.

Pada 2021, Wan yang tidak mempunyai pengalaman dalam e-dagang menyertai Shopee, "Pada mulanya, ia terasa seperti langkah besar, tetapi dengan sokongan Shopee, jenama kami lebih menyerlah dan disediakan dengan alat perniagaan penting yang kami perlukan untuk berkembang,” katanya. Dengan ciri-ciri seperti Shopee Live dan baucar, Corndog Anak Ramai memperluas jangkauannya ke isi rumah bandar di Selangor, Johor, dan Kuala Lumpur. Sesi strim langsung terbukti sangat berkesan, membantu jenama ini berhubung dengan pelanggan baharu dan meningkatkan penglibatan pelanggan. 

Untuk memastikan kualiti produk, Wan melabur dalam pembungkusan premium dan peti ais yang lebih berkualiti untuk produk beku. Program Shopee Affiliate mempercepatkan pertumbuhannya, dengan seorang Affiliate dapat menjana lebih daripada 1,000 pesanan dalam tempoh tiga bulan. "Menjadi sebahagian daripada ekonomi digital Malaysia melalui Kempen Tani adalah satu kebanggaan bagi kami. Ini bukan sekadar menjual makanan beku—ia tentang mencipta peluang untuk keluarga dan komuniti kami," tambah Wan. 

Membina Masa Depan yang Mampan dan Inklusif
"Agropreneur adalah teras sektor pertanian Malaysia, dan daya tahan serta inovasi mereka terus memberi inspirasi kepada kami," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. "Melalui Kempen Tani, Shopee ingin terus memperkasakan lebih banyak agropreneur dengan program latihan yang diperibadikan, kempen berinovatif, dan insentif bernilai seperti Shopee Coins dan baucar untuk meningkatkan keterlihatan jenama dalam talian mereka. Inisiatif ini bukan sahaja mewujudkan peluang untuk mereka bersinar tetapi juga menyumbang kepada pembentukan masa depan yang lebih mampan dan inklusif untuk industri ini. Kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak sokongan dan sumber yang disasarkan untuk agropreneur dalam beberapa bulan akan datang bagi mempertingkatkan keterlihatan mereka dan membantu mereka mencapai kejayaan yang lebih baik."

Pengguna boleh menyokong pengeluar tempatan dengan membeli produk mereka melalui laman web mikro Kempen Tani di Shopee, di mana pengguna juga boleh menebus baucar eksklusif untuk menikmati penjimatan yang lebih hebat. Dengan kemudahan penghantaran dari ladang ke pintu, kempen ini mendekatkan jurang antara pengeluar luar bandar dengan pengguna bandar, memastikan bahawa manfaat ekonomi digital sampai ke setiap penjuru Malaysia. Untuk maklumat lanjut, lawati Kempen Tani Shopee.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Shopee Rai Lokal Perkukuh Ekonomi Tempatan, Pacu Ekonomi Digital
Shopee sokong 1.8 juta Penjual Tempatan; 500,000 ahli Shopee Affiliate pacu 90 juta pesanan pada tahun 2024


Tahun 2024 merupakan tahun signifikan buat Shopee dalam usahanya untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan memupuk pertumbuhan komuniti di Malaysia. Menerusi inisiatif Shopee Rai Lokal, berjuta-juta pembeli menikmati akses kepada produk berkualiti tinggi dan berpelbagai daripada lebih 1.8 juta usahawan tempatan. Di samping itu, lebih 500,000 ahli Shopee Affiliate membantu memacu pesanan, sekali gus mengukuhkan peranan Shopee sebagai pemangkin kepada kelestarian ekonomi dan transformasi digital di Malaysia.

Shopee Rai Lokal: Memperkasakan Rakyat Malaysia Seluruh Negara
Dilancarkan pada tahun 2019, Shopee Rai Lokal telah menjadi tonggak utama dalam misi Shopee untuk meraikan dan menyokong komuniti pengguna, usahawan, dan bakat tempatan. Pada tahun 2024, Shopee mengukuhkan inisiatif ini dengan melancarkan laman web mikro Shopee Rai Lokal - platform khusus buat pengguna untuk menerokai dan menyokong produk dan perniagaan tempatan kegemaran melalui baucar dan diskaun eksklusif. Usaha ini merapatkan jurang antara penjual dan pembeli, mencipta laluan langsung untuk pengguna menyokong usahawan tempatan.

“Shopee percaya dengan membekalkan pengguna akses mudah untuk menyokong usahawan tempatan adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan memupuk ekosistem e-dagang yang cekal. Dengan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar, kami menghubungkan pengguna dengan produk Malaysia terbaik sambil memperkasakan penjual dengan alat perniagaan inovatif, ilmu perniagaan yang diperibadikan, dan meningkatkan keterlihatan jenama untuk membuka potensi penuh usahawan untuk berjaya dalam landskap digital yang semakin kompetitif,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.

500,000 ahli Shopee Affiliate turut memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pengalaman membeli-belah untuk pengguna. Mereka membawa produk lebih dekat kepada pengguna dengan mencipta kandungan menarik, menghasilkan lebih 90 juta pesanan melalui pelbagai saluran di aplikasi seperti Shopee Live dan Shopee Video. Untuk meraikan pencapaian ini, Shopee juga telah melancarkan bahagian kedua dokumentari “Shopee Rai Lokal: Breaking Barriers Online”, yang memaparkan kisah kejayaan beberapa ahli Shopee Affiliate yang berjaya mentransformasikan ekonomi digital dalam komuniti tempatan mereka. Ini adalah susulan daripada bahagian pertama dokumentari pada tahun 2023 yang menampilkan cabaran dan kejayaan tiga penjual tempatan.

Salah seorang ahli Shopee Affiliate ini ialah Nurul Syuhana, seorang ibu lima anak yang menyertai program Shopee Affiliate pada tahun 2023 untuk membantu menyara keluarganya. Bermula dengan hanya beberapa pengikut media sosial, pendapatan komisen pertamanya berjumlah RM200 membawa semangat dan keyakinan kepadanya untuk komited kepada program ini sepenuh masa. Beliau mengasah kemahiran berstrim langsungnya dan berjaya meningkatkan jumlah pengikut daripada 33 ke 200,000, dan diiktiraf sebagai salah seorang pemenang dalam kategori 'Shopee Affiliate 2 Million Ringgit Club' di Shopee Superstar Awards 2024. “Menyertai program Shopee Affiliate adalah satu titik perubahan dalam hidup saya. Ianya bukan sahaja membolehkan saya membantu menyara keluarga, tetapi juga berkongsi produk yang saya benar-benar gemari dan membantu orang lain membuat keputusan yang lebih bijak,” kongsinya.

Mengangkat Fesyen Tempatan


Program seperti Pertunjukan Fesyen Raya Stail Kita memberi peluang eksklusif kepada pembeli untuk meneroka dunia fesyen Muslim tempatan. Dengan menampilkan 10 penjual tempatan, acara ini menarik lebih 70,000 penonton di Shopee Live. Pembeli turut diperkenalkan kepada koleksi fesyen baharu daripada pereka tempatan dan dapat belajar cara untuk menggayakan pakaian dari setiap jenama agar boleh sedondon bersama keluarga. 

Melengkapkan Penjual untuk Kejayaan Jangka Panjang
Untuk melengkapkan penjual agar dapat memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik, Shopee telah melancarkan program Digital Platform Upskilling Summit yang merangkumi 5 bahagian pada tahun 2024. Program ini melengkapkan lebih 1,000 penjual dengan ilmu pengetahuan penting tentang pematuhan peraturan, ketulenan produk, dan pensijilan Halal. Kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) membantu penjual mengatasi cabaran industri serta memperkukuh kepercayaan pengguna.

Bibi Farizona Mahdi, pemilik Umairah Homemade Cakes di Shopee, berkata,  “Program ini amat berinformatif untuk memahami lebih lanjut tentang regulasi kerajaan. Maklumat yang disampaikan adalah penting untuk kami patuhi dan selanjutnya boleh membantu memajukan perniagaan kami.” 


Memacu Transformasi Digital dengan Kerjasama Kerajaan
Kerjasama Shopee dengan KPDN melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) menekankan komitmennya untuk mempromosi produk buatan Malaysia dan membantu penjual tempatan berkembang dalam ekonomi digital masa kini. Kempen ini menyokong 1.8 juta penjual tempatan melalui laman web mikro khas serta disokong dengan aset pemasaran utama seperti baucar dan penstriman langsung untuk meningkatkan keterlihatan produk tempatan di platform. Shopee turut bekerjasama dengan KPDN dalam Program MADANI Rakyat di Sabah untuk terus menghubungkan penjual dengan pengguna di seluruh negara.

Melalui kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam Kempen Best of Malaysia, Shopee menyokong hampir 3,000 jenama tempatan untuk memperluaskan capaian mereka ke pasaran baharu di rantau Asia Tenggara. Dengan memanfaatkan alat perniagaan dan program Shopee, penjual berpeluang merentas sempadan dan meletakkan perniagaan Malaysia sebagai pemain yang kompetitif dalam pasaran e-dagang global.

“Kerjasama dengan KPDN dan MDEC mengetengahkan pegangan Shopee bahawa kolaborasi adalah kunci kepada pertumbuhan berskala dan mampan dalam ekonomi digital Malaysia. Dengan bekerjasama rapat dengan badan kerajaan, Shopee menyediakan platform sokongan berstruktur untuk memperkasakan penjual tempatan dan komuniti untuk berjaya,” tambah Tan.

Komitmen Shopee untuk menyokong komuniti melangkaui e-dagang. Melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berimpak, Shopee terus memperkukuh usaha untuk membawakan perbezaan bermakna dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Memberi Kembali kepada Komuniti, Mencipta Impak Inklusif
Kempen Pek Kasih Mama, yang dilancarkan hasil kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), telah mengagihkan pek penjagaan kepada para ibu yang memerlukan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak, dan Johor. Inisiatif ini diperkukuhkan dengan Shopee Mum’s Club - komuniti maya yang memperkasa ibu-ibu dengan perkongsian ilmu dari pakar melalui sesi Shopee Live. Kelab ini juga menyediakan tips keibubapaan, kandungan secara langsung, baucar eksklusif, dan tawaran yang diperibadikan untuk menyokong ibu sepanjang perjalanan keibubapaan mereka.


Shopee kekal komited dalam misinya untuk memperkasakan penjual tempatan dan meningkatkan komuniti melalui inisiatif bertransformatif. Dengan memperkasakan perniagaan dan bakat tempatan, memacu keterangkuman dalam e-dagang, serta menjalin kerjasama strategik dengan badan kerajaan, Shopee terus menyumbang kepada inovasi digital yang berimpak di Malaysia.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Penjual dan Jenama Tempatan Baharu Capai Peningkatan Jualan

30 Kali Ganda semasa Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi

Shopee Affiliate jana 1 dalam 4 pesanan buat perniagaan tempatan seluruh negara



Penjual dan jenama tempatan cemerlang semasa kempen Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, dengan mereka yang pertama kali mengambil bahagian dalam kempen ini mencapai peningkatan hebat jualan sebanyak 30 kali ganda berbanding hari biasa. Pertumbuhan hebat ini mencerminkan dedikasi mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan, dengan memanfaatkan sepenuhnya pelbagai ciri perniagaan Shopee—termasuk Shopee Live, Shopee Affiliate, baucar, dan banyak lagi—untuk meningkatkan keterlibatan berhubung dengan pembeli di seluruh negara.


Jenama tempatan kegemaran rakyat Malaysia seperti Dr. Cardin, ELGINI MALAYSIA, Indah Pesona Concept Store, Panda Eyes Official Store, dan Popi Official Store, adalah antara yang menerima pesanan tertinggi daripada sesi strim langsung mereka. Shopee Affiliate juga meningkatkan keterlihatan penjual, memacu 1 dalam 4 pesanan untuk perniagaan tempatan, termasuk allblue5367, HYGR, dan Panna Lab. Mereka juga memuat naik lebih daripada 1 juta Shopee Video, yang secara signifikan meningkatkan keterlihatan penjual tempatan.


Rakyat Malaysia menikmati penjimatan hebat sepanjang kempen dengan penjimatan lebih RM400 juta dicapai melalui program Dijamin Harga Terendah Shopee. Selain itu, lebih 51 juta Syiling Shopee telah ditebus di Shopee Live yang mengetengahkan penglibatan dan nilai hebat yang dapat dinikmati pengguna semasa sesi strim langsung.


Permintaan pelanggan merangkumi pelbagai kategori produk yang mencerminkan keupayaan Shopee untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia. Kategori Kecantikan & Kesihatan (Penjagaan Kulit), Rumah & Gaya Hidup, dan Barangan Runcit & Haiwan Peliharaan muncul sebagai kategori terbaik semasa 12.12 yang menekankan kepelbagaian produk yang tersedia untuk pembeli. Kata kunci carian popular termasuk sandal wanita, powerbank, baju kurung, sarung iPhone, dan blaus wanita, manakala barangan yang banyak dibeli merangkumi jersi Muslimah, asas solekan, tisu muka, dan daging dendeng yang siap untuk dimakan (ready to eat).


“Dalam kita meraikan ulang tahun Shopee yang ke-9, kejayaan kempen 12.12 ini membawa kesan bermakna untuk menutup tahun ini. Ianya mencerminkan komitmen kami untuk memperkasa perniagaan tempatan dan membawakan pengalaman membeli-belah yang hebat buat pelanggan. Kejayaan tahun ini adalah bukti dedikasi penjual, ahli Shopee Affiliate yang menjana penglibatan, dan kepercayaan pelanggan kami. Kami teruja untuk tahun ke-10 kami yang akan datang, di mana terdapat banyak program dan aktiviti menarik yang sedang kami rancang. Kami sangat menghargai sokongan semua pihak yang terlibat dan komited untuk terus bertumbuh dan berjaya bersama,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran & Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Kempen 12.12 ini mengetahkan peranan Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan menghubungkan mereka dengan pembeli di seluruh Malaysia. Selain Lembah Klang, bandar-bandar seperti Johor Bahru, Kinta, Seremban, Kuantan, dan Kota Bharu merupakan antara penyumbang utama dari segi pesanan yang mencerminkan komitmen Shopee untuk mencapai dan memberikan khidmat terbaik buat rakyat Malaysia.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • ABAM KIE : The Man of The House
    Facts about animals that we should know
  • Syazni Rahim Blog
    Jenis-Jenis Rabun
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ▼  2024 (25)
    • ▼  December 2024 (3)
      • Dari Ladang ke Skrin: Kempen Tani Shopee Meningkat...
      • Shopee Rai Lokal Perkukuh Ekonomi Tempatan, Pacu E...
      • Penjual dan Jenama Tempatan Baharu Capai Peningkat...
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates