Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Assalamualaikum,

Salam 7 Ramadhan. Eh dah seminggu puasa. Hari ni ada kawan mak bagi sejambak daun pandan. Tak pasti la dari mana dia ambik. Tapi rezeki jangan ditolak. Mak pun buntu nak buat apa daun pandan banyak-banyak ni. Kuih ketayap, seri muka dan onde-onde dah buat. Pastu aku la tukang request buat tepung pelita.

Mak pun terus google resepi dengan bantuan kawan mak yang pandai masak serta agak-agak air tangan mak, jadi jugak lah pertama kali buat.


Sebabkan banyak sangat daun pandan, buat pun secara tradisional dalam daun ni. Bukan dalam bekas plastik.

Resepi (kredit page Sirap Limau)

Bahagian atas (putih):

  • 4/5 sudu besar tepung beras
  • 200-250 ml santan kotak (agak-agak je)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

Bahagian bawah (hijau):

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan air
  • Daun pandan yang telah dikisar
Cara-cara 

Bahagian Hijau 
  1. Masukkan kesemua bahan satu persatu ke dalam periuk atas dapur gas. 
  2. Kacau hingga sebati. Api sederhana.
  3. Kacau berterusan dalam 10-15 minit hingga pekat, bagi takde ketulan.
Yang buat ni berketul jugak bahagian putih tu.
Bahagian Putih
  1. Sama je dengan step bahagian hijau tu. Yang ni kena lagi hati-hati sebab lagi senang berketul-ketul. Jadinya terus kacau sampai lah hilang ketul-ketul tu.
Dah siap. Masukkan hijau sebagai base, putih kat atas dia. Masukkan dalam peti sejuk.


Lepas dah sejukkan jadilah tepung pelita. Rasa sebijik macam kat bazaar ramadhan. Cuma ni tak letak pewarna, bahagian hijau tu tak nampak pekat sangat la macam biasa beli. Lagi satu, bertambah sedap sebab air tangan mak kot haha.

disclaimer: Urusan dekat dapur semua mak aku buat sendiri. Aku tolong tengok dari jauh dan tukang balut daun dengan tukang masukkan ke dalam bekas daun tu je hehe.
Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Assalamualaikum,

 klik banner untuk join :)


Hadiah:
10 x bloglist selama 3 BULAN (dipilih secara random)

BONUS
1 x Photobook 6x6 + Bloglist 3 BULAN
(dipilih peserta paling aktif)

Segmen bermula hari ini 26/4/2020 sehingga 15/5/2020. Pemenang akan diumumkan pada hari keesokannya. Selamat bersegmen!

Salam 7 Ramadhan! :)
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Ramadhan. Laptop second hand haritu dah rosak sebab dah lama pun. Kalau sebelum ni aku pakai laptop kakak aku je. Jadinya sebabkan cuti PKP ni, aku punya eager nak sangat laptop untuk hilangkan bosan. Satu lagi, assignment berlambak belum sentuh lagi. Kebanyakannya kena buat dalam laptop.


Dan Honor keluarkan laptop terbaru. Biasanya dengar Honor ni keluarkan smartphone je kan. Ni baru keluarkan laptop. Selepas tengok review banyak yang cakap specs laptop ni okey. Terus usha. Harga pulak RM2299. Dikira 'murah' la jugak untuk specs 8GB RAM dan AMD Ryzen 5.


Masa mula-mula keluar tu dapat free gift jam lagi. Tapi masa mula-mula tu duit tak cukup. Tiba-tiba mak cakap nak sponsor setengah. Terus onz. Mak aku tanggung aku sorang je sebab adik beradik lain semua dah kerja. Aku je yang belajar lagi. Tapi apa pun, aku memang kena bayar balik walaupun sikit-sikit. Nanti dah kerja, kena bagi kat mak tiap bulan. Wajib.

Dah tiga hari pakai, bagi aku semua okey lagi. Cas pun dalam 30 minit dah penuh boleh pakai sehari. Pastu skrin dia boleh bend 360 darjah woah. Takdak la nak terpijak ka apa. Nak cerita pasal slot2 lain aku pun tak pandai sangat. Yang aku tahu best pakai. Puas hati lah.



Next nak tukar handphone pulak tapi tahun depan lah sampai handphone yang tengah pakai ni betul-betul lunyai tak boleh nak pakai dah haha. Dan dengan adanya laptop sendiri ni aku harap assignment dapat siap on time pastu rajin la nak update blog ni. Hehe
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum,

klik link untuk join :D
Takda idea nak menulis apa. Alang-alang ayuhlah join segmen kak ShirVen. Simple je. Segmen berlangsung dari 19/04/2020 hingga 28/04/2020. Hari terakhir PKP Fasa 3.

Soalannya, Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? 

Banyak jugak perkara dalam list yang nak buat ni. Antaranya, rindunyaaa nak tenangkan fikiran dekat masjid. Nak solat berjemaah. Solat jumaat. Nak lepak masjid tak berbuat apa-apa. Masjid ni duduk saja pun dah lain macam tenang tu.

Lagi, nak jalan-jalan mall dengan kawan-kawan, tengok wayang, makan fastfood haish lamanya tak makan kat kedai. Dan nak buat runner lagi. Actually masa PKP ni pun boleh je nak buat runner tapi tak best ah nak kena elak roadblock bagai. So buat masa sekarang memang stay home je dan kalau keluar pun untuk beli barang sendiri je. Takde nak ambik upah untuk belikan barang orang lain.

Tapi, rasanya kalau PKP tamat pun. Kebanyakan apa yang aku nak buat ni macam susah jugak nak dibuatnya. Pergerakan masih terbatas. Kena tunggu betul-betul pulih sepenuhnya la baru boleh nak enjoy pun kan.

Ramadhan pulak lagi berapa hari je ni. Kena fokuskan ibadah di rumah la jawabnya. Takpe la, demi keselamatan dan masa depan semua kan. Semoga Ramadhan di rumah ni lebih bermakna lah hendaknya. InsyaAllah.

Itu saja. Jangan lupa klik banner untuk join :)

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Assalamualaikum,

Salam PKP Fasa 3. Salam 8 hari lagi nak Ramadhan.

Rata-rata pelajar universiti dah mula kelas atas talian. Universiti aku tidak hehe tapi nanti cuti dipendekkan dan kuliah akan diadakan direct 10 minggu tanpa sebarang cuti. Fuh.


Di sini aku nak kongsikan tips untuk fokus dan berjaya dalam kelas atas talian. Tidak dinafikan, untuk fokus 100% dalam kelas atas talian memang agak mustahil. Kelas dalam dewan pun tak boleh fokus sangat, ini pula kelas atas talian dengan pelbagai rintangan, kan. Tapi mana tahu ada sedikit sebanyak perkara yang aku kongsikan ni berguna ke untuk kelas atas talian.

Tak kisahlah kelas diadakan di aplikasi Zoom, Google Hangouts atau lain-lain, bahkan di Whatsapp sekalipun. Kita sebagai pelajar kena selalu ambil tahu dan fokus sebab ini antara proses yang penting untuk masa depan kita.

1) Objektif Pelajaran Haruslah Jelas


Kita sebagai pelajar ni memang tak boleh jangka apa yang nak dipelajari hari tersebut kan. Apa kata, sebelum mulakan kelas atas talian, tanya pensyarah/guru topik apa yang akan dipelajari hari tu. Dan minta pensyarah/guru untuk terangkan objektif pembelajaran sebelum masuk ke isi pelajaran tu. 

Dengan cara ini, pensyarah/guru sebenarnya lagi suka dan bersemangat untuk mengajar sebab mereka akan nampak keterujaan kita sebagai pelajar ni untuk belajar walaupun atas talian. Dengan cara ni, kita akan lebih tahu tujuan pelajaran kita pada masa tu dan boleh la juga buat rujukan sebelum kelas mula.

2) Wujudkan Pelajaran Dua Hala


Sebagai pelajar, kita jangan biarkan pensyarah/guru mengajar sorang-sorang. Kalau dalam apps yang perlukan video call tu, selalu lah bertanyakan secara direct. Kalau kat Whatsapp tu, kenalah sentiasa respon apa-apa yang diterangkan. Baru pensyarah/guru kita tak bosan mengajar kita.

3) Minta Pensyarah/Guru Buat Aktiviti 


Pensyarah/Guru ni sebenarnya lebih arif dari kita. Dan mereka ni biasanya lebih tahu kehendak kita dan cara apa yang boleh membuatkan kita tak bosan dengan lecture semata-mata. Jadi, bila pensyarah/guru kita buat sebarang aktiviti tu, kita kenalah ambil peduli. Kena aktif memberi idea dan jawapan pada setiap soalan mereka.

4) Asingkan Tempat Belajar di Dalam Bilik


Ini antara cabaran utama. Sebagai pelajar, kita kena tahu tempat mana yang boleh meningkatkan fokus kita untuk belajar. Jangan pulak belajar depan televisyen, nanti apa pun tak dapat. Elakkan juga katil, sebab ini punca untuk kita tidur dengan lebih cepat haha. Nak bawak makanan ringan bersama sangat digalakkan, untuk hilangkan mengantuk dan terus cergas dalam pembelajaran.

5) Minta Tugasan Ringan Untuk Disiapkan


Pelajaran takkan mudah untuk diingati atau difahami tanpa sebarang latihan tugasan. Pensyarah/Guru biasanya memang akan sediakan tugasan untuk dilengkapkan tapi kadang-kadang tu, mereka pun ada belas kasihan tahu keadaan pelajar kat rumah ni macam mana. Kalau diberi, buat tugasan yang diberi terlebih dahulu. Kalau tak diberi, cari latihan atas talian dari sumber lain untuk tajamkan pemahaman.

6) Rakam Kelas, Ulang Dengar dan Buat Nota


Segalanya atas talian. Dengan telefon pintar kita boleh record pembelajaran atas talian untuk didengar lagi sekali di masa lapang. Ini antara kelebihan kelas atas talian, kita boleh ulang banyak kali apa yang telah dirakam. Buat nota sendiri daripada rakaman tersebut. Kalau ada yang kurang faham, boleh tanya secara personal pada guru kita. Mereka pasti akan sentiasa terbuka untuk menjawab. 

Dari tips semua ni, memang tak dinafikan ada susah dan senangnya kelas atas talian. Apa pun, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Alang-alang daripada tak berbuat apa-apa cuti ni, lebih bagusnya untuk diadakan kelas online. Sudah semestinya tak sama dengan kelas biasa, tapi lebih baik daripada masa disia-siakan. 

Aku yang tak ada kelas online ni pun sekarang tengah mencari kelas online yang bukan dalam silibus aku. Ilmu baru. Belajar ilmu baru takkan rugi lah. Sekarang aku tengah mencari kelas Bahasa Asing yang percuma pulak (Bahasa Jepun/Mandarin/Perancis) ke. Sesiapa tahu, boleh roger hehehe. 

Terima kasih. Jaga Diri. Jaga Kesihatan. Duduk Rumah. Jangan Keluar. 
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
Assalamualaikum,

Salam hari ke-22 PKP. Salam hari rabu. Korang mesti confuse kan hari apa sebab kitaran hidup kat rumah ni sama je hahaha. Sempena cuti ni, aku tak lain tak bukan layan drama, movie je lah.

Kebetulan hari Ahad lepas kat tvN Movies ada tayang filem korea tajuk A Day (하루). Filem ni ditayangkan di pawagam pada tahun 2017.



Directed by Cho Sun-ho 
Produced by Song Ji-eun, Lee Sang-hak 
Written by Cho Sun-ho 
Starring Kim Myung-min, Byun Yo-han, Yoo Jae-myung, Jo Eun-hyung, Shin Hye-sun, Im Ji-kyu
Production company Film Line 
Genre Thriller
Running time 90 minutes 
Country South Korea
Language Korean

Cast


Sinopsis
Kim Joon Yeong (Kim Myung Min), seorang pakar bedah yang famous tapi tak berapa baik dengan anaknya, Eun Jung (Jo Eun Hyung). Pada ulangtahun hari jadi anaknya tu, Kim Joon Yeong ni nampak depan mata yang anak dia mati kena langgar dengan sebuah teksi.


Dari saat dia nak pergi ke anak dia, dia terbangun balik dari tidur dan hari yang sama berulang-ulang terjadi. Macam-macam cara dia buat untuk hentikan kemalangan tu tapi segala rancangan tak menjadi.


Dalam masa yang sama, Lee Min Cheol (Byun Yo Han) tetiba muncul. Dia suami kepada Mi Kyung (Shin Hye Sun), penumpang dalam teksi tu, yang juga isteri dia mati dalam kemalangan tersebut. Rupanya, Lee Min Cheol ni pun sama dengan Kim Joon Yeong yang boleh nampak hari kejadian tu berulang kali.

Semua perkara pada hari tu sama, yang berbeza cuma Kim Joon Yeong dengan Lee Min Cheol ni je. Bila diorang dah tahu yang hari diorang berulang-ulang, diorang plan betul-betul untuk merungkai rahsia hari tersebut. Rupanya nanti pemandu teksi tu pun sama macam diorang berdua. Diorang bertiga ni kiranya ada related. Nak tahu macamana relatednya diorang ni kena tengok la filem ni. Best!

Personal review
Cast semua best. Kim Myung Min ni kalau jadi ayah memang feeling lain macam, terbaik. Plot pun menarik dan agak simple, tak complicated sangat nak fikir. Aku lagi suka yang plot twist bersepah, yang kita tak boleh jangka. Tapi filem ni smooth je sampai boleh agak dah. Dan aktres kegemaran aku, Shin Hye Sun punya part sikit sangat. Overall rating, aku bagi 8/10.

Layan trailer sikit


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum,

Salam hujung minggu ketiga dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Semua okey lagi ke tu? Alhamdulillah kalau masih okey. Mesti dah masak macam-macam menu kan kat rumah tu hehe

Nak keluar pun, kalau boleh satu keluarga seorang je eh. Nak beli barang dapur pun kalau boleh seorang je. PKP Fasa 2 ni undang-undang dah makin ketat. Kan lagi senang kalau beli barang dapur semua online je. Sekarang ni pun banyak perkhidmatan pembelian barang dapur atas talian, dan hantar sampai depan rumah ni. Salah satunya yang aku syorkan adalah kedai.matdespatch.com

Bagi yang tak pernah tahu apa tu kedai matdespatch boleh klik gambar atas ni :D

Buat masa sekarang, kedai matdespatch cuma cover kawasan sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang dan Serdang. Akan datang ke seluruh Lembah Klang. Bagi yang dalam kawasan disebut tu jangan lepaskan peluang untuk cuba perkhidmatan dari kedai matdespatch ni tau.

Kategori barangan yang tersenarai dalam perkhidmatan kedai matdespatch ni termasuk barangan dapur seperti ikan, barangan runcit, ayam daging, sayur-sayuran, buah-buahan, rempah ratus dan banyak lagi.



Untuk ikan, pelbagai jenis ikan yang ada seperti ikan sardin, tongkol, kembung, selar dan banyak lagi. Makanan laut lain seperti udang dan sotong pun ada.

Antara jenis ikan yang ada :)
Barangan runcit, termasuklah barangan rumah, pantri dan minuman. Kebanyakan barangan yang terdapat di pasaraya juga terdapat dalam servis ini.

Barangan keperluan lain pun ada okey macam barangan farmasi (toiletries) dan barangan keperluan bayi (macam pampers, wet tissues dan lain-lain).

Tidak dilupakan juga, sayur-sayuran dan buah-buahan. Segar-segar ni. Kena tengok cepat. Takut nanti out of stock pulak hehe.


Untuk barangan basah segar macam ayam, ikan dan udang juga terdapat pakej istimewa. Pakej A. Dengan harga yang lebih jimat. Barangan segar macam ni biasanya stok agak terhad.

Ayam (1.8kg - 2.0kg) | Udang solo (850g - 1kg) | Ikan tongkol (850g - 1kg)
Untuk menempah, pergi je ke website kedai matdespatch.com dan tempah di website berkenaan. Untuk urusan pembayaran, jangan risau. Semuanya menggunakan pembayaran online. Dijamin selamat.

Penghantaran setiap hari di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang dan Serdang. Penghantaran fleksibel, atas tarikh pilihan anda.

Untuk maklumat lanjut, layari website kedai matdespatch.com boleh juga hubungi di Whatsapp 60193415109. Khidmat sokongan pelanggan juga available setiap hari dari jam 9pagi hingga 6petang.
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Assalamualaikum


Syarat Penyertaan :

1. Follow blog ni pada yang belum follow di Blogbabyshambles.
Nanti CikAin akan followback

2. Like Page Facebook BirdNest Essence

3. Like Page Facebook Klubna Laleh

4. Follow Instagram @orangekecik

5. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Blogbabyshambles'.
Masukkan banner, di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini.

6. Lepas tu, tinggalkan link entri korang di ruangan komen. Jangan lupa sertakan sekali username ig korang. CikAin nak followback!

7. Siap :)

Segmen berlangsung sehingga 15 April 2020, pukul 6 petang. Keputusan akan diumumkan inshaAllah selewat-lewatnya 17 April 2020. InshaAllah, semua peserta yang join akan duduk dalam bloglist CikAin selama sebulan. ngam tak ngam? Selamat bersegmen korang!
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Siapa Sebenarnya di Sebalik Lagu Black Parade oleh My Chemical Romance?
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Dokumen dan Barangan Penting Sebelum Masuk Mendaftar di Universiti
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ▼  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ▼  April 2020 (8)
      • Resepi Mudah Kuih Tepung Pelita Tanpa Pewarna
      • Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
      • Belikan Honor Magicbook Untuk Diri Sendiri
      • Segmen Apakah Perkara Pertama Yang Ingin Dilakukan...
      • Tips Fokus Dalam Kelas Atas Talian (Online Class)
      • Filem Korea : A Day (2017)
      • Pembelian Barangan Dapur Secara Online Dengan Keda...
      • Segmen Bloglist Blogbabyshambles
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates