Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Assalamualaikum

Rumah adalah antara aset yang paling penting bila sudah berpendapatan tetap nanti. Aku pun ada menyimpan impian nak memiliki rumah banglo. Impian terbesar aku untuk memiliki rumah banglo dua tingkat dengan lima bilik tidur. InsyaAllah kalau berkesempatan. Sini aku ceritakan antara contoh Pelan Terbaik Rumah Banglo 2 Tingkat 5 Bilik Tidur 5 Bilik Air (2954 kaki persegi).

Sekiranya anda mempunyai sebidang tanah dengan pemandangan yang indah, sangat sayang jika tidak dimanfaatkan kelebihan lokasi tersebut dalam rekabentuk rumah.

Inilah yang berlaku pada satu hari. Seorang tuan tanah ingin membina rumah di kawasan bukit. Tanahnya pula jenis memanjang. Dan sempadan belakang rumah adalah kawasan bukit yang curam. Memang tinggilah, tapi lawa sangat pemandangannya.

Setelah kami melawat tanah tersebut, terhasillah pelan rumah dibawah ini. Ini cuma pelan cadangan saja dan telah pun ditolak oleh tuan rumah. Jadi, kami pun kongsikan disini untuk rujukan tuan puan. Mana lah tau berkenan kan?

Mesti baca: Jenis jenis pelan rumah & fungsinya.


Pelan rumah 2 tingkat 5 bilik tidur 5 bilik air. Terbaik untuk tanah dengan pemandangan cantik dibelakang tanah!

Mari kita lihat rupa lukisan model 3D yang dihasilkan staf arkitek Nas Nuri Construction. Kami memanfaatkan kelebihan bentuk tanah yang memanjang ke belakang dalam melukis rumah ini. Kerana itulah kami pisahkan ruang letak kereta berbumbung daripada ruang rumah utama.

Mesti baca; Bagaimana Nas Nuri Construction membantu anda membina rumah banglo idaman di atas tanah sendiri?

Luas untuk car porch ini ialah 15 x 20 kaki. Lebarnya mampu menempatkan 2 buah kereta yang diletakkan secara bersebelah.



Lukisan di atas menampakkan sudut pandang berbeza untuk rumah ini. Terdapat satu ruang kosong berwarna hijau antara rumah & car porch. Cukup sesuai untuk tuan rumah yang gemar mempunyai taman mini di hadapan rumah. Keluar pintu kereta saja boleh terus siram pokok bunga selepas balik dari pejabat.


Susun atur tingkat bawah rumah ini.


Pintu utama rumah berada selepas kita melalui laluan berbumbung yang menghubungkan car porch. Disebelah pintu masuk pula terdapat patio berbumbung (saiz 11 x 13 kaki) yang boleh diletakkan kerusi. Bolehlah kita ahli keluarga duduk bersantai dihadapan rumah sambil minum teh. Sambil ditiup angin bukit yang nyaman.

Terdapat 2 laluan untuk masuk ke rumah. Laluan utama adalah melalui pintu 1 daun untuk terus ke ruang tamu (18 x 16 kaki). Laluan kedua pula untuk digunakan semasa majlis keramaian. Contohnya semasa hari raya aidil fitri atau kenduri perkahwinan. Terdapat pintu sliding yang boleh dibuka dan membawa tetamu terus ke ruang makan (11 x 14 kaki). Anda boleh bayangkan penggunaan ruang di rumah ini kerana perabot telah pun disusun di dalam pelan. 


Ruang tamunya cukup besar untuk set sofa 6 tempat duduk manakala ruang makan pula mampu memuatkan meja makan besar untuk 10 orang tetamu.

Kedudukan tandas untuk tetamu terlindung dibalik dinding yang berada disebelah tangga. Tetamu yang sedang makan tidak akan terlihat dan terbau yang datang dari tandas.

Kedudukan bedroom 1 & bedroom sesuai digunakan untuk para tetamu yang bermalam disini. Atas permintaan khas dari tuan rumah, dapur (Luas 19 x 13 kaki) berada di hujung rumah supaya boleh memasak sambil menikmati pemandangan bukit yang indah di belakang rumah. Barulah rasa lapang & seronok je nak memasak tu.


Susun atur aras atas untuk rumah ini.

Terdapat 3 buah bilik tiur di tingkat atas rumah ini, master bedroom juga berada di atas. Bedroom 3 & 4 berkongsi 1 bilik air yang terdapat di luar. Aras atas juga mempunyai ruang keluarga untuk lihat tv bersama sama ahli keluarga. Tingkat atas memang khas untuk keluarga, agak selesa begini kerana tidak mengganggu pergerakan keluarga tuan rumah semasa menerima tetamu.

Mesti baca: Kelebihan rumah 1, 2 & 3 tingkat yang perlu kita ketahui sebelum membina rumah.
Sebelum kami tutup perkongsian ini, saya kongsikan beberapa lagi lukisan 3D untuk pandangan belakang. Perhatikan juga tingkap di keseluruhan rumah untuk memastikan pencahayaan yang baik. Barulah rumah tidak gelap.


Selesai sudah perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga ke hujungnya. Di harap sedikit sebanyak pembaca semua dapat gambaran tentang rumah 2 tingkat & kelebihan yang kita perolehi dengan membinanya sendiri.

Perlu di ingat, pelan ini hanyalah cadangan sahaja kerana setiap pelanggan yang datang menemui kami mempunyai bentuk & saiz tanah yang berbeza. Jenis tanah & topogrofi tanah juga tidak sama.

Jadi, kalau anda mempunyai impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri, memang banyak persediaan yang perlu di lakukan.

 Jika anda perlukan bantuan untuk membina rumah banglo sesebuah di Selangor & kawasan tertentu di Negeri Sembilan boleh hubungi staf kami Encik Fairul di 0193487372.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum

Salam hari ke-14 PKP. Tengah cuti lama-lama ni, rasa rindu pulak nak pegi jalan-jalan hehe. Jalan-jalan Kuala Lumpur pun jadi dah. Bosan-bosan ni best pulak dok ushar suggestion hotel best kat entri 19 Hotel di Kuala Lumpur terbaik! Best pulak tengok Tamu Hotel & Suites dekat Kuala Lumpur ni.

Tamu Hotel & Suites
Kelebihan Hotel Tamu & Suites
  1. Kita boleh menikmati pemandangan KLCC yang indah dari bilik hotel milik muslim ini.
  1. Biliknya bersih, selesa & terhias indah. Saiznya luas pula tu. 
  1. Sangat disyorkan untuk ambil sarapan & makanan malam semasa booking bilik hotel, kerana pilihan yang sangat banyak lagi enak.
  1. Kolam renang infiniti di hotel ini berhadapan dengan KLCC, memang puas hati mandi manda sambil menikmati pemandangan bandaraya metropolitan. Tak pasti pula kalau hotel ini  sama dengan Hotel Grand Bluewave di Shah Alam yang mempunyai tingkat khas untuk wanita. Kalau ada lagi bagus kan.
Ulasan mengenai Hotel Tamu di internet
  • 4.4/5.0 berdasarkan 1,760 ulasan dari Google reviews
  • 4/5 berdasarkan 59 ulasan dari TripAdvisor
  • 8.8/10 berdasarkan 909 ulasan dari Agoda
  • 8.4/10 berdasarkan 119 ulasan dari Hotels.com
  • 4.2/5 berdasarkan 119 ulasan dari Expedia.com.my
  • 8.7/10 berdasarkan 700 ulasan dari Booking

Alamat: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Harga: RM265 / malam 

Doa-doalah wabak covid19 ni berakhir dengan cepat. Amiinn :)
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum
Bismillah

Bila mana matinya seseorang ayah, khususnya, maka wajib untuk ahli keluarganya bahagikan harta peninggalan mengikut kiraan faraid. Kita sedia maklum kadar faraid adalah tetap. Tak boleh sesuka hati je bahagikan tanpa ilmu yang betul. Tapi, andai kata kita nak khususkan sebilangan harta yang khas untuk diberi kepada sekian-sekian adik beradik atau sesiapapun, adalah lebih baik untuk beri secara hibah. Apa tu hibah? Apa bezanya dengan wasiat dan faraid? Sini aku cerita tentang hibah harta dalam Islam.

Tahukah anda, hibah bermaksud pemberian hak atau harta secara sukarela tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain.



Bahasa mudahnya hibah adalah hadiah daripada pemberi hibah kepada penerima hibah dengan niat dan tujuan yang baik tanpa sebarang syarat, imbalan atau balasan.

Ia merupakan pemberian secara suka sama suka dengan syarat di dalam hibah itu tidak akan ada hak orang lain yang diambil seperti hak mereka yang dizalimi atau dianiayai.
Menyedari akan kelebihan hibah ini, ia merupakan antara penyelesaian terbaik pengurusan harta dalam Islam.


Sebagai orang Islam, kita haruslah mengetahui lebih mendalam tentang hibah ini agar keputusan yang dibuat kelak tidak akan menganiaya orang lain. Apabila sesuatu harta itu telah dihibahkan ketika pemberi masih hidup, kita tidak berhak mempertikaikannya.


Malah, pemberian hibah ini juga dapat mengelakkan konflik perebutan harta pusaka yang mungkin berlaku setelah kematian pemberi hibah. Walaupun ada ketikanya hibah secara lisan, sebagai contoh, si suami memberitahu isterinya untuk menghibahkan rumahnya kepada si isteri, ia sebenarnya sudah sah.


Jadi tidak perlu dipertikaikan lagi. Ini bermaksud, apabila harta sudah dihibah secara sah, tetapi jika ada yang mahu merampasnya maka mereka yang terbabit itu melakukan dosa. Perlu diingat, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan di agih kepada waris mengikut hukum faraid.



Apakah beza antara hibah dan wasiat?


Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam pengurusan harta Islam.

Hibah adalah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah manakala wasiat pula adalah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.


Hibah tidak akan berlaku sekiranya si pemberi hibah hanya sekadar berhasrat atau berura-ura sahaja tetapi dengan takdir Allah S.W.T., si pemberi hibah meninggal dunia tanpa diduga. Maka dengan itu hibah tidak akan berlaku kerana hukumnya telah berubah daripada hibah kepada wasiat.


Hibah dan wasiat ini amat digalakkan dalam Islam di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak, pertikaian dan perebutan harta dalam di elakkan.


Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Pemberian secara hibah bukan bertujuan untuk mengharapkan pahala dan bukan bertujuan untuk memuliakannya.


Perlu di ingat bahawa hibah hanya akan berlaku ketika seseorang pemberi hibah dan juga penerima hibah itu masih hidup ketika proses pelaksanaan pemberian dilakukan. Pemberian hibah ini lebih kepada pemberian yang berbentuk kasih sayang.



Hibah Harta Dalam Islam



Dalam Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Hibah ini masih berkait rapat dengan konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid.

Namun sudah tentu hukum dan ciri-ciri konsep hibah berbeza dengan yang lain. Mengikut istilah syarak, hibah merupakan akad pemberian harta yang dilakukan oleh pemberi hibah kepada penerima hibah ketika hidupnya tanpa sebarang balasan ('iwad).

Hibah dalam Islam merupakan amalan sunat dan amat digalakkan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 "Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya"
Surah al-Nisa' ayat 4
 "...dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya"
Surah al-Baqarah ayat 177


Selain daripada itu, terdapat juga dalil dalam Al-Quran tentang pelaksanaan hibah yang disebut dalam hadis Rasullulah S.A.W. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud:

 "Nabi Muhammad S.A.W menerima dan membalas hadiah"
Hadis riwayat at-Tirmizi


Apakah Rukun Hibah?




Rukun hibah ada 4 iaitu :

1. Pemberi hibah (al-wahib) 


Pemberi hibah perlu seorang ahliyyah yang sempurna akal, baligh dan rusyd.

Mereka juga mestilah memiliki harta yang dihibahkan dan berkuasa penuh ke atas hartanya.

2. Penerima hibah (al-mawhub lahu) 


Penerima hibah mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukalaf atau bukan mukalaf.

Sekiranya penerima hibah adalah bukan mukalaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, maka hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah.

3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub) 


Harta yang hendak dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, di bawah pemilikan pemberi hibah, mampu diserahkan kepada penerima hibah dan wujud ketika harta berkenaan dihibahkan.

4. Lafaz ijab dan kabul (sighah) 


Lafaz ijab dan kabul merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

Pemberian hibah harta dalam Islam



Apakah kelebihan pemberian hibah?


Setiap apa yang digalakkan dalam Islam sudah semestinya mempunyai pelbagai kelebihan.

Kelebihan hibah paling utama adalah memudahkan proses pengurusan harta pusaka. Selain itu, berikut merupakan antara kelebihan lain pemberian hibah:


  • Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturahim. Pemberi hibah boleh memberikan hartanya kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang rapat seperti suami, isteri, anak, ibubapa, anak angkat dan lain-lain bagi menzahirkan kasih sayang antara mereka. 
  • Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja. Ia berbeza dengan sistem faraid yang memberikan hak hanya kepada ahli waris-waris tertentu, manakala wasiat mengecualikan waris sebagai penerima wasiat. Selain itu, hibah juga boleh diberikan kepada bukan Islam bagi tujuan mengeratkan hubugan silaturahim dan bukan untuk tujuan maksiat.
  • Kadar pemberian hibah adalah tidak terhad kepada jumlah tertentu. Ia berbeza dengan konsep wasiat iaitu harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi satu pertiga daripada harta pusaka bersih dan faraid mengikut kadar-kadar tertentu seperti yang diturunkan di dalam al-Quran. Pemberi hibah bebas menentukan kadar atau bahagian harta yang hendak dihibahkan dengan memberi pertimbangan kepada keperluan hidup dan kehendak semasa menerima hibah.
  • Pemberi hibah boleh menentukan sendiri kepada siapa harta dan jumlah yang hendak diagihkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dari segi kedudukan ekonomi dan keperluan semasa waris-warisnya. Hal ini kerana, kebiasaannya keperluan seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. 
  • Pemanfaatan harta boleh dilakukan secara terus dan semaksimum mungkin. Instrumen hibah ini boleh menangani masalah ini dengan baik di mana harta yang dihibahkan boleh terus dimanfaatkan oleh penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup.

Setelah memahami konsep hibah ini, ia boleh dianggap sebagai pelengkap kepada sistem pengagihan harta dalam Islam.

Konsep hibah amat sesuai diamalkan oleh masyarakat dewasa ini, terutama untuk mengagihkan harta kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan tanpa mengehadkan kepada kadar dan golongan tertentu.

Apa yang paling penting dalam hibah ialah keikhlasan kerana ia memberikan sesuatu kepada orang lain pada waktu masih hidup tanpa meminta balasan.


Sekian. Moga bermanfaat.
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Assalamualaikum,

Salam Hari ke 11 Perintah Kawalan Pergerakan. Lagi 17 hari gais nak habis. Bukan mengeluh, tapi bersyukur. Satu langkah yang baik oleh kerajaan untuk menipiskan penularan wabak covid-19 tu. Alhamdulillah. Tambah bersyukur selepas pengumuman pakej rangsangan yang diberi oleh kerajaan kita ni, dapat meringankan beban banyak pihak.

Dalam pada tempoh kuarantin ni, kurangkan pergerakan keluar rumah. Jadi, apa kata kita order delivery je kan. Kat sini aku senaraikan 7 servis penghantaran yang beroperasi dalam tempoh ini. Lebih senang dan pada masa yang sama kita dapat mematuhi perintah kerajaan. Kredit pada thekeduadotcom  

1) Foodpanda

Tak asing lagi kat semua rakyat Malaysia. Antara servis penghantaran makanan terkenal. Penghantaran makanan dari pelbagai restoran terkemuka mengikut kesesuaian. Bagi yang belum mendaftar lagi dengan Foodpanda, ada 50% diskaun untuk penghantaran pertama dengan kod "NEWPANDA".

Terdapat di hampir semua bandar besar di Malaysia. Kawasan kampung pun kadang-kadang ada tau. Cek availability kat apps Foodpanda sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari foodpanda.my

2) GrabFood
Sama macam Foodpanda jugak. Antara yang terkenal dan pelbagai restoran yang terlibat dengan penghantaran dari Grab ni. Kesesuaian jugak bergantung pada tempat. Konsep yang sama dengan Foodpanda. Rajin-rajin lah semak apps Grab tu untuk tawaran diskaun yang berganda.

Untuk maklumat  lanjut, layari grab.com/my/food

3) dahmakan
Makanan dari masakan chef. Terdapat pilihan makan lokal dan western. Namun, buat masa sekarang cuma boleh didapati di kawasan Lembah Klang sahaja. Bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang dan belum pernah mencuba, anda perlu cuba dan dapatkan diskaun 25% bagi penghantaran pertama dengan kod "NEW25".

Untuk maklumat lanjut, layari dahmakan.com

4) DeliverEat
Servis penghantaran dari pelbagai restoran. Hanya boleh didapati di Kuala Lumpur dan Penang. 

Untuk maklumat lanjut, layari jom.delivereat.my

5) Bungkusit
Perkhidmatan runner. Tidak terhad pada makanan, malah boleh jugak untuk hantarkan barang dan untuk beli barang dapur. Sangat mudah kan. Tapi buat masa sekarang hanya terhad di kawasan Lembah Klang, Penang, Melaka dan Negeri Sembilan. Penghantaran dalam masa 60 minit sahaja.

Untuk keterangan lanjut, layari bungkusit.com.my

6) Lalamove
Konsep yang sama seperti bungkusit. Perkhidmatan runner. Boleh dapatkan perkhidmatan atas kehendak kita. Bezanya cuma sekarang baru boleh didapati di Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut, layari lalamove.com

7) GoGet
Konsep masih sama dengan Bungkusit dan Lalamove. Gunakan perkhidmatan runner untuk penghantaran makanan dan barang-barang juga. Sekarang hanya terdapat di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bharu. 

Untuk maklumat lanjut, layari app.goget.my

Sempat nak promote dari pengalaman, sebab aku pun baru register untuk jadi runner dengan GoGet ni. Dalam tempoh Movement Control Order ni, boleh register dan lakukan online training je. Akan dibekalkan 5/6 video untuk panduan. Lepas habis tengok semua video tu akan diadakan quiz. 

Sebelum tu, masa pendaftaran akan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM15. Sangat mudah. Tapi aku tak cuba lagi kerja ni lah sebab sekarang aku kat Penang, tak banyak job. Bagi yang kat Lembah Klang, sangat dialu-alukan untuk join sebab sana banyaklah job. Sangat mudah dan berbaloi. 

Walau apa pun, jangan abaikan kebersihan, kesihatan dan keselamatan ya. Sebab duit boleh dicari, nyawa tiada ganti. 


Akhir kata, jaga kebersihan dan keselamatan diri masing-masing. Kurangkan pergerakan keluar rumah bagi tujuan selain kerja dan yang penting. Banyak pilihan tu, antara nak atau tak je. Order saja, dah sampai. Dan banyak jugak yang dah amalkan penghantaran tanpa sentuh atau 'contactless delivery'. Penjarakan sosial tu penting gais. Sekian.
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 di Mialiana.com bermula pada 11.00 pagi 21/3/2020 sehingga 11.00 pagi 22/3/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2020.

** jom support Mia Liana....

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Assalamualaikum,

Wabak Covid-19 sekarang makin menjadi-jadi. Semalam sampai ada kematian dah. Kerajaan pun dah umumkan perintah kawalan pergerakan. Jadinya kena kurangkan pergerakan luar dari rumah sehingga 31 Mac nanti.

Aktiviti dalam rumah ni tak dapat dinafikan yang sangat terhad. Bagaimanapun, jika kita ada plan yang betul, setiap masa di rumah tu dapat dimanfaatkan dengan baik.


Sini aku senaraikan beberapa aktiviti yang berguna untuk kita lakukan walaupun dalam pergerakan yang terbatas. Takde la kita menghadap media sosial je kan sepanjang cuti ni.

1) Membaca Buku

Cuba cek balik berapa banyak buku kat rak yang tengah pending. Tak terbaca sebab sibuk dengan belajar, kerja dan sebagainya. Tempoh masa cuti ni la kita boleh resume buku-buku yang tengah pending tu. Aku punya buku pun banyak lagi yang pending tu, dalam cuti ni aku target nak habiskan satu buku je dulu. Nanti kena sorting dulu hehe.

2) Tonton TV
Channel free gais sampai 31 Mac 2020

Aktiviti ni memang wajib pun buat, tak kisah cuti ke tak. Tapi, memandangkan Astro pun bagi free channel untuk channel movie memang kena melangut TV jelah. Channel kat rumah ni ambil yang basic je, bila dapat channel movies ni excited tu melebih-lebih. Dapat la luangkan masa tengok cerita yang tak tertengok kat wayang dulu.

3) Marathon KDrama

KDrama awal tahun ni dan hujung tahun lepas banyak gais yang best-best. Aku baru sempat tengok satu, Crash Landing On You. Tu pun tak sempat habis lagi. Cadangan dari Twitter, antara drama yang best termasuk VIP, Dr Romantic 2, Hi Bye Mama, Money Game dan banyak lagi. Search je. Yang penting tengok CLOY dulu haha.

dramacool

Website pun berlambak yang tayang kdrama dengan English subtitles ni. Aku paling suka tengok dekat dramacool dengan myasiantv.

4) Belajar Memasak 

Tak kisah lelaki ke perempuan, belajar memasak penting gais. Andai kata nanti kedai semua tak bukak. Takkan nak mengharapkan mi segera je kan. Bagi yang dah pro dalam memasak ni, boleh cari duit lebih dengan buat delivery. Sekarang kan kedai makan banyak tak bukak.


Cadangan aku, memasak dari rumah, siap packing dan jual dalam kejiranan kita. Apa-apa pun, berhati-hati lah ye waktu delivery. Pakai mask dan basuh tangan. Kalau nak lagi hygiene, suruh customer online banking je. Sebab kan orang kata banyak virus tersebar melalui duit kertas tu.

5) Banyakkan Beribadat

Tapi masjid kan tutup? Haa jangan ingat ibadat boleh dekat masjid je. Dari rumah pun boleh. Amalkan solat berjemaah dengan keluarga. Pastu baca Al-Quran. Kat TV atau Youtube tu banyak ceramah agama yang kita boleh dapat. Dekat Spotify pun ada Podcast Ceramah Agama. Untuk dapat pahala ni senang je. Kat mana pun boleh. Cuma nak atau tak je.


Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan di rumah ni. Tak dapat nak senaraikan semua. Apa-apa pun aktiviti yang kita buat, mestilah kena utamakan kebersihan. Banyakkan cuci tangan. Kalau boleh, tak perlulah keluar dari rumah jika tak ada keperluan.

Usah panic buying, supermarket sentiasa bukak dalam masa ini. Boleh la seminggu sekali pergi ke supermarket untuk restock keperluan asas. Tapi elakkan la bawak anak-anak kecil bersama. Susah nak dikawal tu, takut diorang pegang merata-rata sampai terkena virus tu. Hand sanitizer jangan lupa dibawa ke mana-mana.
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
Assalamualaikum,

Dekat seminggu tak update sini. Sibuk cari duit haha. Tambah pulak sekarang hangat isu Covid-19 ni. Risau pulak.

Kenyataan dari universiti aku berkuatkuasa harini sampai 27 Mac hanya akan diadakan kelas online. Alhamdulillah. Prevention is better than cure. Kalau dalam kuliah yang lebih 100 orang tu, risiko tinggi jugak.

Negeri Sembilan pun ada keluarkan kenyataan jugak semua aktiviti di surau dan masjid ditangguhkan, termasuk solat berjemaah dan solat jumaat. Bagus jugak inisiatif camni.



Haritu ada pergi solat maghrib kat surau kat rumah sewa aku ni, orang solat dok batuk-batuk. Jadi tak khusyuk solat aku haritu. Sebab risau kalau dia pun salah sorang jemaah tabligh ke. Aku tak kenal dia. Dalam solat tu, banyak berdoa aku semoga dijauhkan dari penyakit ni.


Banyakkan cuci tangan, elakkan tempat orang ramai, pakai mask kalau bergejala.

Selain tu, banyakkan amal Bismillah 5. Moga Allah lindungi kita :)



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah dah habis minggu ketiga kuliah. Sekejap je rasa. Hujung minggu aku dipenuhi dengan beberapa khabar gembira je haha. Mulakan dengan hari Khamis lepas, jadual packed gile. Pukul 9 pagi sampai 7 malam. Dengan break cuma satu jam. Memang penat gile. Jarang betul kelas aku jadi packed macam tu sejak degree ni. Balik dari kelas tu, saja blogwalking jap. Eh mamapipie dah umum pemenang giveaway haritu. Alhamdulillah terpilih. Lamanya rasa tak menang giveaway ni.


baca : Pengumuman Pemenang Giveaway Wang Tunai

Efisien betul cara nak claim hadiah dari giveaway mamapipie ni. Isi google form je. Lepas sehari (Jumaat) terus mamapipie dah transfer duit RM50. Laju giler.


Memang kena support lagi giveaway seterusnya kat sini : Giveway Mac 2020 (3 Dalam 1) RM900 Untuk Di Menangi

Hari Jumaat pergi balik rumah kakak kejap kat Petaling Jaya. Sebab lama tak pergi melawat Kaklong sekeluarga, lama tak main dengan anak-anak buah tu. Lagi satu sebab sabtu tu saje join Tax Workshop anjuran SushiVid dengan LHDN. Kebetulan dekat dengan rumah kaklong aku. Aku saja je join untuk tambah ilmu. Aku bukannya ada income lagi pun hehe.



Selain ilmu uruskan tax untuk influencer/blogger ni, aku dapat jugak goodies. Ada buku nota dari SushiVid dan LHDN. Dapat topi jugak. Kalau dapat jawab soalan, boleh dapat tshirt. Tapi aku pun segan nak jawab sebab aku pun macam blur lagi dalam bidang ni. Lepas ni nak menelaah semua brochure yang dapat tu.


Tinggal rumah kaklong ni best sebab dekat mall jugak. Pastu kalau malas keluar tu memang order foodpanda/grabfood, kejap je sampai. Sempat la semalam merasa Pasta Panas ni. Sedap yakmat. Nampak macam sikit tapi kenyang teruk.

Harini dah balik Nilai. Baru usha blog balik. Tengok ada termenang satu lagi Giveaway. Dapat baucer makan dekat Restoran Jibby Chow. Boleh ajak kaklong lagi hehe. Baca : Nikmati Makanan Cina Halal Di Jibby Chow SS15 Courtyard Subang Jaya


Baca : Pemenang Baucer Makan Di Jibby Chow

Alhamdulillah rezeki. Terima kasih mamapipie dan kak Kinah.

Doakan la mudah-mudahan satu hari, aku dimurahkan rezeki nanti giliran aku pulak untuk buat giveaway. Amiin.
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Assalamualaikum

Esok akan berlangsungnya hari keputusan SPM untuk tahun 2019 dikeluarkan. Wah dah 4 tahun berlalu waktu aku jugak rasa keterujaan menantikan hari esok. Aku SPM tahun 2015, keputusan SPM dikeluarkan pada 3 Mac 2016. Alhamdulillah keputusan SPM aku dulu membanggakan jugak la walaupun tak naik pentas. Sebab sekolah asrama penuh ni budak-budak straight A ramai, aku yang slack tak straight dua subjek ni tak dapat la naik pentas. Dulu aku dapat 3A 6A- 1B+ 1C+. Pencapaian terbaik aku la, sebab sebelum tu paling tinggi pun 5A-.

Bukan result aku
Apa-apa pun result yang kita dapat, bersyukur la. Ni serius baru permulaan. Sebab ramai kawan aku yang keputusan SPM biasa-biasa ja tu lagi cemerlang dari aku waktu kat universiti ni.

Sini aku nak share la beberapa tips apa yang perlu buat sebelum dan selepas ambil keputusan SPM tu. *disclaimer: tak semua aku buat, tapi aku harap aku dapat buat semua ni masa dulu*

1) Banyakkan berdoa dan solat hajat

Walaupun kita rasa kita dah boleh capai target kita, tolong jangan berhenti berdoa. Sebab apa-apa rezeki pun semua Allah yang bagi. Kun Fayakun. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Kalau rasa macam down takut keputusan teruk, teruskan berdoa.

Dulu aku ni subjek Kimia tu masa trial dapat 40 je, dan masa jawab exam pun aku masih tak yakin dengan apa yang aku jawab. Tup tup keluar keputusan, Kimia salah satu yang aku dapat A-.

2) Berbakti kepada ibu bapa, mohon doa daripada mereka.


Aku percaya dengan benda ni. Daripada aku UPSR sampai sekarang ni, aku wajib kena mintak doa daripada ibu. Kalau boleh tu, jangan lukakan hati ibu kita. Aku dari dulu rasa aku belajar tak seteruk kawan-kawan yang lain. Tapi Alhamdulillah result aku memberangsangkan jugak la. Berkat doa ibu.

3) Bersyukur Dengan Keputusan Yang Diperoleh


Sepuas mana pun kita dengan result kita, jangan kufur dengan nikmat tu. Sekurang-kurangnya syukur kita pada keputusan yang tak berapa cemerlang tu boleh membawa kepada nikmat yang lebih besar pada masa akan datang.

4) Jangan Bandingkan Keputusan Kita Dengan Orang Lain

Sebabkan kita bandingkan keputusan dengan orang lain tu, boleh mendatangkan dua perkara, riak dan kufur nikmat. Kalau kita bandingkan dengan orang yang keputusan lagi rendah dari kita, kita akan lebih mudah untuk riak. Sebaliknya kalau kita bandingkan dengan orang yang keputusan lebih baik dari kita, kita akan mudah untuk kufur nikmat. Sebaliknya, banyakkanlah bersyukur.

5) Berterima kasih kepada guru-guru 
Yang ni pun penting. Tanpa guru-guru semua tu, kita takkan dapat apa keputusan. Mereka banyak membantu kita jadi orang. Kalau macam aku dulu, sekolah aku dengan rumah aku di negeri lain. Jadi, ini jelah masa untuk aku nak jumpa semua guru untuk ucap terima kasih. Kalau ada duit sikit, bagilah hadiah penghargaan apa-apa. Guru pasti akan kenang sampai bila-bila.

Tambahan, mintak lah nasihat dari cikgu-cikgu ni untuk kursus apa yang kita nak sambung lepas ni. Memang semua pun atas pilihan kita sendiri, tapi dengan nasihat guru tu boleh menambahkan lagi kebaikan dalam pilihan tu.

6) Luangkan masa dengan kawan-kawan


Ini sangatlah penting terutamanya yang tinggal di asrama, dan kebanyakkan kawan-kawan kita rumahnya jauh-jauh. Ini boleh dikatakan antara saat-saat terakhir kita nak luangkan masa dengan diorang. Bila dah makin meningkat dewasa, kawan silih berganti. Jadi, kawan yang kau ada sekarang mungkin kawan kau sampai situ je. Kalau ada masa, luangkan la dengan diorang.

7) Cari Peluang Untuk Dapatkan Dermasiswa/Biasiswa

Selepas balik rumah tu, kau hadaplah komputer cari peluang sebarang bantuan yang kau rasa boleh dapat. Ini aku share pengalaman aku la ye, aku setiap hari buka carian untuk biasiswa. Alhamdulillah dalam banyak-banyak yang aku apply tu, dapat dua interview. Iaitu Biasiswa JPA/Mara dengan Yayasan Peneraju.

Aku sebenarnya memang dah target nak masuk IPTA je. So, kat interview tu sebenarnya nak ambik pengalaman interview je. Kat sini ada aku kongsikan Pengalaman Interview Yayasan Peneraju 

Selain tu, aku dapat jugak dipanggil ke Era FM untuk dapatkan Dermasiswa. Yang ni macam contest je. Tapi nasib baik, dapat la merasa masuk radio dan jumpa artis.
Dapat jumpa Dr Fazley Yaakob dan dapat nasihat daripada beliau.
Alhamdulillah jugak dapat macbook air daripada pihak Era.fm
Apa-apa pun, goodluck untuk para pelajar SPM 2019. Jangan putus asa. Ke mana pun korang pergi lepas ni, pergi je. Jangan downgrade tempat belajar korang. You guys are awesome. You did great. Maybe the time is not now, maybe soon.
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Siapa Sebenarnya di Sebalik Lagu Black Parade oleh My Chemical Romance?
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Dokumen dan Barangan Penting Sebelum Masuk Mendaftar di Universiti
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ▼  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ▼  March 2020 (13)
      • Impian Miliki Rumah Banglo 2 Tingkat 5 Bilik Tidur
      • Cantiknya Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur
      • Pentingnya Hibah Untuk Mengurangkan Salah Faham Pe...
      • 7 Servis Penghantaran Yang Beroperasi Dalam Tempoh...
      • Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com
      • Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Ketika Perintah Kawa...
      • #COVID-19: Kelas Atas Talian. Solat Jemaah dan Sol...
      • Rezeki Hujung Minggu Menang 2 Giveaway
      • Tips Sebelum Ambil Keputusan SPM 2019
      • Segmen Bloglist April Hingga Jun 2020
      • Jalan-Jalan Cari Makan 29 Februari
      • Penafian Cuti Umum Pada Isnin, 2 Mac 2020
      • 41 Hari Segmen Bloglist #3 2020
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates