Assalamualaikum,
Wabak Covid-19 sekarang makin menjadi-jadi. Semalam sampai ada kematian dah. Kerajaan pun dah umumkan perintah kawalan pergerakan. Jadinya kena kurangkan pergerakan luar dari rumah sehingga 31 Mac nanti.
Aktiviti dalam rumah ni tak dapat dinafikan yang sangat terhad. Bagaimanapun, jika kita ada plan yang betul, setiap masa di rumah tu dapat dimanfaatkan dengan baik.
Sini aku senaraikan beberapa aktiviti yang berguna untuk kita lakukan walaupun dalam pergerakan yang terbatas. Takde la kita menghadap media sosial je kan sepanjang cuti ni.
1) Membaca Buku
Cuba cek balik berapa banyak buku kat rak yang tengah pending. Tak terbaca sebab sibuk dengan belajar, kerja dan sebagainya. Tempoh masa cuti ni la kita boleh resume buku-buku yang tengah pending tu. Aku punya buku pun banyak lagi yang pending tu, dalam cuti ni aku target nak habiskan satu buku je dulu. Nanti kena sorting dulu hehe.
2) Tonton TV
Channel free gais sampai 31 Mac 2020 |
Aktiviti ni memang wajib pun buat, tak kisah cuti ke tak. Tapi, memandangkan Astro pun bagi free channel untuk channel movie memang kena melangut TV jelah. Channel kat rumah ni ambil yang basic je, bila dapat channel movies ni excited tu melebih-lebih. Dapat la luangkan masa tengok cerita yang tak tertengok kat wayang dulu.
3) Marathon KDrama
KDrama awal tahun ni dan hujung tahun lepas banyak gais yang best-best. Aku baru sempat tengok satu, Crash Landing On You. Tu pun tak sempat habis lagi. Cadangan dari Twitter, antara drama yang best termasuk VIP, Dr Romantic 2, Hi Bye Mama, Money Game dan banyak lagi. Search je. Yang penting tengok CLOY dulu haha.
dramacool |
Website pun berlambak yang tayang kdrama dengan English subtitles ni. Aku paling suka tengok dekat dramacool dengan myasiantv.
4) Belajar Memasak
Tak kisah lelaki ke perempuan, belajar memasak penting gais. Andai kata nanti kedai semua tak bukak. Takkan nak mengharapkan mi segera je kan. Bagi yang dah pro dalam memasak ni, boleh cari duit lebih dengan buat delivery. Sekarang kan kedai makan banyak tak bukak.
Cadangan aku, memasak dari rumah, siap packing dan jual dalam kejiranan kita. Apa-apa pun, berhati-hati lah ye waktu delivery. Pakai mask dan basuh tangan. Kalau nak lagi hygiene, suruh customer online banking je. Sebab kan orang kata banyak virus tersebar melalui duit kertas tu.
5) Banyakkan Beribadat
Tapi masjid kan tutup? Haa jangan ingat ibadat boleh dekat masjid je. Dari rumah pun boleh. Amalkan solat berjemaah dengan keluarga. Pastu baca Al-Quran. Kat TV atau Youtube tu banyak ceramah agama yang kita boleh dapat. Dekat Spotify pun ada Podcast Ceramah Agama. Untuk dapat pahala ni senang je. Kat mana pun boleh. Cuma nak atau tak je.
Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan di rumah ni. Tak dapat nak senaraikan semua. Apa-apa pun aktiviti yang kita buat, mestilah kena utamakan kebersihan. Banyakkan cuci tangan. Kalau boleh, tak perlulah keluar dari rumah jika tak ada keperluan.
Usah panic buying, supermarket sentiasa bukak dalam masa ini. Boleh la seminggu sekali pergi ke supermarket untuk restock keperluan asas. Tapi elakkan la bawak anak-anak kecil bersama. Susah nak dikawal tu, takut diorang pegang merata-rata sampai terkena virus tu. Hand sanitizer jangan lupa dibawa ke mana-mana.
21 comments
banyak aktiviti yg boleh buat kat rumah ni. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteThank you.. Aktiviti berfaedah banyak je boleh buat kat rumah, boleh spend time dgn family jugak hehe
DeleteYaaa kita duduk rumah aje, sebenarnya banyak aktiviti boleh kita buat kannn...nak dengan taknak jee..
ReplyDeleteBetul tu.. Banyak je aktiviti indoor yang best boleh buat
Deletekalau ada blog, boleh update blog dan blogwalking banyak-banyak..hahaha!
ReplyDeletestay safe ya aiman!
Betul tu.. Tengok la cuti ni harap makin rajin la update blog kan hahaha.. Stay safe jugak sunah..
DeleteBetul. Macam2 aktiviti boleh buat. Tapi paling banyaknye tgk tv je.hihi
ReplyDeleteKan.. Lagi pulak channel astro ni bagi free pulak.. Channel bukan astro pulak banyak drama hahah, memang tengok tv jelah
Deletemarathon drama korea sambil order dekat food panda. oh heaven. cukup habis perintah kawalan, xmau check berat badan. takut stresss
ReplyDeleteduk umah mcm2 aktiviti boleh buat... mengemas rumah pun bagus juga ... luangkan masa main dgn anak.. maybe selama ni kita terlalu busy.. Allah beri kita kesempatan utk bersama keluarga ... jaga lah diri masing2 ye... semoga kita semua dilindungi
ReplyDeletebanyak jugak aktiviti boleh buat kan tp iena kene work from home tak rasa lg la bosannya..rasa stress pulak sebab boss jenis nak make sure staff buat keje..lambat reply skype abes la..pastu kang tetiba call..huh tak paham btl..org lain company bg cuti kot..kite x cuti..work from home tp dia nk monitor kite hahah..sabo jela..so weekend la iena blh buat aktiviti mcm ni :D
ReplyDeleteMacam2 aktiviti dilakukannya. Memang inilah masanya utk kita spend time dengan keluarga
ReplyDeleteSebenarnya memang banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga time2 camni. Antara lain aktiviti baca quran ramai2 seisi keluarga..teringat masa kecik dulu arwah abah selalu ajak mengaji sama2
ReplyDeletejom kita manfaatkan masa ini dengan berkualti terutama dengan anak2. insyaAllah
ReplyDeleteBetul tu, actually banyak benda kita dpt buat dalam musim kuarantin nie. Kena sentiasa tengok dari sisi positif akan keadaan skrg nie.
ReplyDeletekalau nak kata bosan tu memang la bosan kan. tapi itu la, kita kena set balik minda kita untuk membuat benda-benda yang menarik dan berfaedah kat umah. kalau asyik makan dan tidur aje karang mau naik 14 kilo selepas 14 hari. hehe
ReplyDeleteNice sharing..sebenarnya ada hikmah dan merupakan peluang untuk kita muhasabah diri dan me time dengan byk2 beribadat sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni
ReplyDeleteMmg byk aktiviti blh kita buat kat rumah..sis pun skrg ni byk mengajar ank dara sis ni masak. Sis tak boring dan anak pun sama tak boring n suka.
ReplyDeleteHahahaha menonton k-drama tu Iolls le tu. Dah berapa banyak drama habis sejak kena kuarantin ni. Nak memasak tak boleh sebab naik pulak badan nanti lagipun stok makanan tak banyak so kena berjimat
ReplyDeleteTerlalu banyak benda boleh buat dirumah. kena bijak lah manage masa nak buat apa sampai tak perlu ada rasa bosan :)
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! | Kesempatan Menang Lebih Besar,|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802
ReplyDelete