Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Hari Ketiga


Assalamualaikum, dekat dua minggu tak sentuh blog. Mula haritu sebab demam lepastu berduyun-duyun assignments dan tugasan yang tertangguh. Jadi, mood nak tengok blog pun dah berkurang. Petang tadi dah hantar satu draf pertama untuk tesis, jadinya lega sikit la beban (walaupun lambat lagi nak siap). Ada lagi beberapa tugasan yang belum siap. Apa pun, aku puas. Aku nak sambung la cabaran blogging ni hehe.



Ini tulisan waktu mood rajin tak boleh dikawal haha. Jarang-jarang. Masa awal semester haritu katanya nak tulis je nota semua. Kesudahannya print ja yang selebihnya haha.


Sebabkan aku student Matematik, kena la belanja gambar tulisan nombor. Haa bulat-bulat macam tuan dia.


Ini pulak tulisan waktu kelam kabut. Ni waktu jawab test online. Memang tak sempat la dengan nak kena tangkap gambar lagi pastu nak kena upload lagi. Memang laju tapi masih boleh baca so okey je rasanya. 

p/s: tempat intern tak dapat lagi. banyak dah tempat aku mohon tapi tak ada yang berbalas dan takda keputusan lagi. doa-doakan la aku dapat dalam masa yang terdekat. lagi sebulan je sepatutnya mula intern :(
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Hari Kedua 


 Assalamualaikum,

Bercakap berkenaan blog, aku pun dah tak ingat kali pertama aku terjebak ke sini. Aku ingat dulu waktu tingkatan 1 aku diberi komputer riba 1Malaysia oleh kerajaan. Dari situ, aku jadi minat main coding untuk ubah-ubah design blog (ikut tutorial blogger lain). Waktu tu jelah, sekarang ni aku tak reti dah. 

Dari situ, aku mula blogwalking, singgah blog orang lain. Dekat situ aku dapat rasa yang blogging ni best jugak. Lepas tu duduk asrama tak dapat guna laptop. Sampai lepas SPM baru mula main sikit-sikit. Ada rezeki join giveaway pastu menang. Lagi bertambah semangat! Lepas tu, kejap ada kejap takde. 

Bila tengok banyak peluang jugak dalam berblog ni, aku teruskan konsisten. Walaupun tak sekonsisten orang lain, asalkan aku dapat capai target diri sendiri pun dah syukur dah.

Sumber inspirasi dari segi individu macam tak ada. Kebanyakannya atas diri sendiri je. Alhamdulillah rakyat blog ni semua positif dan best! 

Dari segi idea untuk menulis pulak. Selain contest dan giveaway dan sebagainya, untuk betul-betul konten sendiri tu. Aku tulis berdasarkan pengalaman. Pengalaman sendiri lagi senang untuk menulis. Kalau rekaan tu macam tak sampai je, kadang-kadang tu draf yang terbiar lama tu aku delete sebab konten tak bergerak pun.

Sebab tu aku kalau boleh memang tengah kumpul pengalaman banyak-banyak. Selain buat kenangan dan pelajaran, aku boleh jugak jadikan konten hehe. 


Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Hari Pertama


Assalamualaikum, sempena tahun 2021. Tahun baru. Aku berazam untuk rajin menulis blog di samping kesibukan kehidupan (cehh.. haha). Untuk ambil mood konsisten menulis tu, aku berhasrat untuk menyahut cabaran 15 hari menulis blog yang dianjur oleh SiiNurul. Tajuk yang disenarai pun menarik jugak untuk dikongsi. Harini terus mula hari pertama eh. 


Gambar terbaru, sempat pergi Saloma Link dengan KLCC hujung minggu lepas. Fuh! Gambar banyak jugak yang ditangkap, tapi kebahagiaan PKP duduk rumah tak dapat dilapik. Nampak perut je semua haha. Memang dah tak boleh cover.

Fakta Tentang Aku
💥 Pendiam dan bukan seorang yang nak mulakan perbualan. Kalau jumpa tu, nak tunggu aku tegur dulu memang lambet la! Haha
💥 Minat muzik dan segala genre lagu dilayannya. Kalau suruh pilih genre pilihan, Kpop dan Pop. 
💥 Bab makan aku tak memilih sangat. Tapi aku suka ayam! Nasi yang berwarna aku tak suka, pergi kenduri pun makan nasik putih ja. Jarang la aku teringin nasik minyak 😂
💥 Minat seni budaya tapi biarlah itu sebagai minat. Sebab bidang sekarang jauh lari dari minat asal dulu. 
💥 Minat mengira sebab tu sekarang ni ambil bidang kewangan macam tu. Tapi tulah, kira-kira dalam bidang ni bukanlah mengenai tambah tolak darab bahagi je. Sebab tu keputusan aku punah haha.
💥 Masih struggle dalam mencari hala tuju internship dan masa depan. Doakan segalanya dipermudahkan. 

Maaflah tak ada yang menarik pun untuk dikongsi tentang diri aku. Untuk media sosial, follow je aku kat Instagram > aimansallehh . InsyaAllah followback!
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 


Assalamualaikum | Sempena PKP 2.0 ni marilah join giveaway dari blogger anakdenesor ni! Yuhuu! Lama betul tak baca komik. Kalau dapat komik ni memang jamin sejam je boleh habis. Dulu zaman sekolah layan habis hehe. Nak join, klik je banner!

Tempoh Penyertaan: 12 Januari hingga 1 Februari

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 Assalamualaikum, 

Eh tahun baru dah tetiba pulak PKP dah kali kedua. Hari pertama masih okey lagi! Alhamdulillah. Tak buat apa pun selain merenung assignments yang bertindan-tindan, tersenyum tengok thesis yang tak tahu apa khabar lagi dan memohon tempat intern yang masih tak terjawab lagi. 

Negeri nombor 1 tu


Harap-harap lepas ni kes akan makin surut la. Risau tu ribu riban kes sehari. Jangan pulak company takmau ambil pelajar intern sudah! Nak cepat habis belajar ni. Dulu rasa la jugak taknak habis cepat sebab nak bina kenangan yang best dekat kampus, dah sekarang duduk rumah, kenangan apa je yang nak dibina ni haha.

Bagi menyibukkan lagi diri ini, aku ingat nak buat challenge 15 hari menulis blog tu lah. Yang blogger siinurul anjurkan. Macam best topik yang dijadikan content.

Harap PKP kali ni aku lebih produktif walaupun cuma kat rumah je. Dan semoga azam 2021 kita semua masih diteruskan! Hehe

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
SUBANG JAYA, 11 Januari 2021: Rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) kini menawarkan ShopeePay di cawangannya di seluruh negara, menjadikannya pasar raya besar pertama di negara ini untuk berbuat demikian.




Kerjasama strategik antara MYDIN dan dompet mudah alih ShopeePay memberikan pilihan pembayaran tanpa sentuhan baharu untuk pelanggan MYDIN dengan tujuan meningkatkan kecekapan pembayaran dan menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan pada masa yang membimbangkan ini.

Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN berkata, "Dengan trend semasa di mana lebih daripada ribuan transaksi dilakukan di cawangan-cawangan kami, memperkenalkan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran akan membantu mempercepatkan proses apabila dibandingkan dengan pembayaran secara tunai di kaunter. Dengan menggunakan sistem ini, ia juga dapat mengurangkan kadar kesilapan manusia."

“Kami sedang melakukan yang terbaik demi memutuskan rantai penularan Covid-19. Pembayaran tanpa sentuhan merupakan salah satu langkah berjaga-jaga yang berkesan untuk mengurangkan sentuhan dan melindungi kakitangan serta pelanggan kami di cawangan MYDIN.”

Sempena kerjasama ini, para pengunjung MYDIN akan menikmati pulangan tunai istimewa sekali sahaja bernilai RM4 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dan membayar dengan ShopeePay di mana-mana cawangan MYDIN dari sekarang hingga 28 Februari 2021, atau sehingga ia ditebus sepenuhnya. Para pembeli juga bakal menerima pulangan tunai RM3 setiap hari bagi pembelian seterusnya di mana-mana cawangan apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM15 dalam satu transaksi.

Selain itu, pengunjung yang menggunakan ShopeePay buat kali pertama akan menerima baucar RM8 apabila mereka melakukan pembelian pertama dengan perbelanjaan minimum RM25.

Alain Yee, Ketua ShopeePay berkata, “Dengan keadaan semasa, semua pihak sedang berusaha untuk melakukan segalanya demi memelihara keselamatan, dan ini termasuk bagi pelanggan dan kakitangan dalam sektor peruncitan. Oleh itu, perniagaan-perniagaan pada masa ini wajar mengamalkan pembayaran tanpa sentuhan, seperti menggunakan ShopeePay, sebagai langkah dalam meminimumkan risiko."

"Dengan adanya ganjaran seperti pulangan tunai, ini juga akan mempercepat penggunaan pembayaran tanpa sentuhan yang selari dengan visi negara menuju sebuah masyarakat tanpa tunai."

Untuk mula menggunakan ShopeePay dan menikmati penjimatan, para pengunjung boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli peralatan sekolah di MYDIN untuk anak-anak mereka menjelang permulaan sesi persekolahan tahun 2021. Kempen istimewa "Kembali ke Sekolah Bersama MYDIN!" berlangsung dari 7 Januari hingga 24 Januari 2021, dan akan menawarkan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, barangan alat tulis dan banyak lagi dengan tawaran menarik.


Jadi, apa lagi? Jom berbelanja di Mydin dan bayar menggunakan ShopeePay! Berbaloi, boleh dapat pulangan tunai! Selain tu boleh jugak melalui aplikasi Shopee je sekarang di https://shopee.com.my/mydin.os
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments


Assalamualaikum,

Jom join! Klik banner :D

Tarikh tamat: 15 Januari 2021

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 24 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education travel covid19 review tips MOOD Malaysian kdrama useful korea kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    R U Nuts?
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Usaha lebih padu bagi mengelakkan kemalangan jalanraya
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Pengedar Motor di Melaka Cipta Rekod Shopee Live
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Yey Terpilih Antara Pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com 2023
  • JiwarOsak
    Live Keputusan ABPBH35 2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2023 (10)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ▼  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ▼  January 2021 (7)
      • Hari Ketiga: Pictures of My Handwriting | Cabaran ...
      • Hari Kedua: Sumber Inspirasi Ketika Berblog | Caba...
      • Hari Pertama: Gambar Terbaru dan Fakta Tentang And...
      • MCO 2.0 Giveaway
      • Hari Pertama PKP 2.0 Buat Apa?
      • MYDIN Sebagai Pasar Raya Besar Pertama Di Malaysia...
      • Giveaway by ejulz & anakdenesor
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates