MYDIN Sebagai Pasar Raya Besar Pertama Di Malaysia Yang Menawarkan Pembayaran Tanpa Sentuhan Melalui ShopeePay

by - Monday, January 11, 2021

SUBANG JAYA, 11 Januari 2021: Rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) kini menawarkan ShopeePay di cawangannya di seluruh negara, menjadikannya pasar raya besar pertama di negara ini untuk berbuat demikian.





Kerjasama strategik antara MYDIN dan dompet mudah alih ShopeePay memberikan pilihan pembayaran tanpa sentuhan baharu untuk pelanggan MYDIN dengan tujuan meningkatkan kecekapan pembayaran dan menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan pada masa yang membimbangkan ini.

Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN berkata, "Dengan trend semasa di mana lebih daripada ribuan transaksi dilakukan di cawangan-cawangan kami, memperkenalkan ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran akan membantu mempercepatkan proses apabila dibandingkan dengan pembayaran secara tunai di kaunter. Dengan menggunakan sistem ini, ia juga dapat mengurangkan kadar kesilapan manusia."

“Kami sedang melakukan yang terbaik demi memutuskan rantai penularan Covid-19. Pembayaran tanpa sentuhan merupakan salah satu langkah berjaga-jaga yang berkesan untuk mengurangkan sentuhan dan melindungi kakitangan serta pelanggan kami di cawangan MYDIN.”

Sempena kerjasama ini, para pengunjung MYDIN akan menikmati pulangan tunai istimewa sekali sahaja bernilai RM4 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dan membayar dengan ShopeePay di mana-mana cawangan MYDIN dari sekarang hingga 28 Februari 2021, atau sehingga ia ditebus sepenuhnya. Para pembeli juga bakal menerima pulangan tunai RM3 setiap hari bagi pembelian seterusnya di mana-mana cawangan apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM15 dalam satu transaksi.

Selain itu, pengunjung yang menggunakan ShopeePay buat kali pertama akan menerima baucar RM8 apabila mereka melakukan pembelian pertama dengan perbelanjaan minimum RM25.

Alain Yee, Ketua ShopeePay berkata, “Dengan keadaan semasa, semua pihak sedang berusaha untuk melakukan segalanya demi memelihara keselamatan, dan ini termasuk bagi pelanggan dan kakitangan dalam sektor peruncitan. Oleh itu, perniagaan-perniagaan pada masa ini wajar mengamalkan pembayaran tanpa sentuhan, seperti menggunakan ShopeePay, sebagai langkah dalam meminimumkan risiko."

"Dengan adanya ganjaran seperti pulangan tunai, ini juga akan mempercepat penggunaan pembayaran tanpa sentuhan yang selari dengan visi negara menuju sebuah masyarakat tanpa tunai."

Untuk mula menggunakan ShopeePay dan menikmati penjimatan, para pengunjung boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli peralatan sekolah di MYDIN untuk anak-anak mereka menjelang permulaan sesi persekolahan tahun 2021. Kempen istimewa "Kembali ke Sekolah Bersama MYDIN!" berlangsung dari 7 Januari hingga 24 Januari 2021, dan akan menawarkan pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, barangan alat tulis dan banyak lagi dengan tawaran menarik.


Jadi, apa lagi? Jom berbelanja di Mydin dan bayar menggunakan ShopeePay! Berbaloi, boleh dapat pulangan tunai! Selain tu boleh jugak melalui aplikasi Shopee je sekarang di https://shopee.com.my/mydin.os

You May Also Like

5 comments

  1. Satu tindakan yg bagus utk menggalakkan rakyat berbelanja tanpa tunai

    ReplyDelete
  2. senang la..smua hujung jari nowdays!

    ReplyDelete
  3. bagus langkah yang diambil oleh mydin ini. senang n selamat :)

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak ke Mydin sejak pkp1 dulu.. hmm

    ReplyDelete
  5. malaysia moving towards pocketless cash!

    ReplyDelete