Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Ramadan Bersama Shopee: Destinasi Utama Keperluan Ramadan Anda |
Sama-sama Memberi, Sama-sama Meriah


Menjelang Ramadan yang bakal tiba, Shopee mengajak anda untuk bersama membeli-belah keperluan Ramadan dengan kempen Ramadan Bersama Shopee! Alami perjalanan membeli-belah yang penuh dengan kemudahan dan penjimatan, yang menjadikan Shopee destinasi utama anda untuk mendapatkan keperluan Ramadan. 

Nikmati Kemudahan Penghantaran Percuma, Tanpa Perbelanjaan Minimum 
Dengan tawaran Penghantaran Percuma Shopee, pembelian menjadi mudah dan tanpa risau kerana tiada perlu berbelanja minimum. Teroka pelbagai jenis produk dari barang kemas elegan dari Habib dan Masdora kepada barangan penjagaan kulit dari Skintific, dan barangan untuk solat yang ditawarkan Siti Khadijah. Temui pakaian sesuai untuk Raya terkini dari jenama popular seperti Naelofar, Panda Eyes, Zoe Arissa, dan banyak lagi. Nikmati pelbagai lagi keperluan Ramadan seperti kurma sedap, dekorasi rumah, keperluaan memasak iftar yang dihantar terus ke rumah anda. Dengan Shopee, pengalaman membeli-belah anda sepanjang bulan Ramadan dipertingkatkan memastikan keperluan anda dihantar dengan mudah dan mampu milik.     

Nikmati Promo Ramadan Super Seringgit 
Bersiap sedia untuk menikmati Promo Ramadan Super Seringgit yang mengetengahkan barangan terpilih pada hanya RM1 setiap hari pada 12 tengah hari. Daripada Baju Raya berjenama eksklusif dari Jovian dan Zoffya, kepada makanan tradisi dan gadget moden, tawaran ini membawakan nilai dan penjimatan hebat, memastikan persiapan Ramadan anda adalah senang dan berbaloi. 

Nikmati Baucar Diskaun sehingga 70% di Shopee Live
Mulakan perjalanan membeli-belah anda dengan baucar diskaun sehingga 70% di Shopee Live. Temui diskaun hebat terhadap pelbagai jenis produk sambil menikmati Shopee Live yang berinteraktif dan menyeronokkan. Sama ada anda mencari pakaian Raya, keperluan rumah, atau hadiah untuk mereka yang tersayang, baucar kami memperkasakan anda untuk menikmati penjimatan hebat dari kesenangan rumah anda. 

Lebih Nilai untuk Penjawat Awam dengan Ganjaran Ekstra 2 Hari
Dengan pengumuman oleh Kerajaan baru-baru ini tentang pembayaran awal Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada penjawat awam untuk membolehkan mereka membuat persiapan Ramadan dan perbelanjaan balik-ke-sekolah, Shopee mengambil peluang ini untuk memberikan anda lebih nilai. Tandakan kalendar anda untuk 23 dan 24 Februari, kerana Shopee membawakan jualan 2-hari istimewa untuk barangan keperluan Ramadan melalui webmikro Ganjaran Ekstra 2 Hari. Tambahan lagi, bersiap sedia untuk menebus baucar tambahan untuk penjimatan ekstra. Jangan ketinggalan untuk berjimat besar dan gunakan persiapan anda sepenuhnya!

Sertai Tap & Win Bonanza Shopee
Bersiap-sedia untuk bergembira dan menang hadiah dengan Tap & Win Bonanza Shopee! Bermula 20 Februari, ‘tap’ untuk kumpul tiket emas setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah hebat seperti Thermomix TM6 All-In-One Smart Kitchen, KitchenAid Artisan Tilt-Head Stand Mixer (4.8L), Khind 25L Electric Oven OT25B, dan Dibea D18 Pro Cordless Vacuum Cleaner sepanjang Ramadan. Dengan setiap ‘tap’, peluang anda untuk menang hadiah menarik, baucar penjual dan Shopee Coing jadi bertambah besar. Nikmati keseronokan menang terutamanya ketika hari kemuncak di mana peluang anda untuk menang menjadi lebih hebat. Sertai keseronokan dan ‘tap’ untuk menang hadiah hebat! 

Peraduan Ubah Suai Rumah untuk Raya Shopee
Menangi ubah suai ruang tamu idaman anda berjumlah RM10,000 sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba. Sehingga 3 Mac, setiap pembelian RM30 atau lebih terhadap barangan Rumah dan Gaya Hidup di Shopee membolehkan anda menyertai peraduan ini. Anda cuma perlu isi borang ini dan hantar sekeping gambar ruang tamu anda dan berbelanja RM30 terhadap barangan Rumah dan Gaya Hidup di Shopee untuk menyertai. Cepat, jangan ketinggalan  untuk mendapatkan peluang ini untuk mengubah ruang tamu anda untuk menjadi lebih cantik dan selesa sempena musim Hari Raya! 

Jangan Ketinggalan dengan Kuiz Ramadan & Pencarian Baucar
Sertai Kuiz Ramadan kami pada 25 Februari pada jam 12 tengah hari dan 3 petang untuk menjawab soalan berkaitan Ramadan dan menang Shopee Coins dan baucar. Uji ilmu pengetahuan anda, belajar, dan nikmati ganjaran sambil meraikan semangat Ramadan dengan Shopee! Tambahan lagi, dari 26 Februari, sertai Pencarian Baucar Ramadan di mana anda perlu menyelesaikan kod dan teka-teki untuk mendapatkan baucar eksklusif untuk diskaun, penghantaran percuma, dan pelbagai promo lain dengan melengkapkan cabaran harian. Aktiviti-aktiviti ini menambahkan keseronokan membeli-belah, menawarkan penjimatan hebat, dan meningkatkan pengalaman membeli-belah Ramadan anda. 

Baucar Harian Bazaar Dalam Talian ShopeeFood untuk Buka Puasa!
Tingkatkan pengalaman buka puasa anda dengan baucar eksklusif yang ditawarkan setiap hari di Bazaar Dalam Talian ShopeeFood bermula 9 Mac. Nikmari kemudahan baucar Penghantaran Percuma yang menawarkan diskaun RM3 tanpa perbelanjaan minimum, yang boleh didapati setiap hari sepanjang Ramadan. Tambahan lagi, nikmati penjimatan dengan baucar diskaun makanan untuk penghantaran; diskaun RM10 dengan perbelanjaan minimum RM24, dan diskaun RM18 untuk perbelanjaan minimum RM50. Dengan baucar harian ini, Shopee memastikan pengguna boleh menikmati hidangan makanan menyelerakan sambil menikmati penjimatan hebat sepanjang bulan Ramadan. 

Memberi Kembali kepada Komuniti: #ShopeeGivesBack untuk Ramadan
#ShopeeGivesBack menjalankan inisiatif Ramadan dan Raya untuk menyokong komuniti memerlukan dengan kerjasama bersama Mydin bermula bulan Mac. Pengguna boleh turut sama menyokong dengan membeli bungkusan barangan keperluan melalui kedai rasmi #ShopeeGivesBack di Shopee Mall, yang membekalkan barangan makanan harian untuk mereka yang memerlukan. Mesej kempen ini iaitu “Derma Care Box Hari ini! (Donate a Care Box Today!)” menggalakkan pengguna untuk membawakan impak positif semasa meraikan Ramadan dan Raya, dan memupuk semangat belas kasihan dan murah hati. Melalui #ShopeeGivesBack, Shopee berazam untuk menyatukan komuniti melalui aktiviti-aktiviti kebajikan. 

Program Ramadan Bermakna dengan Shopee Live
Bermula 12 Mac, tonton pelbagai rancangan menarik yang dicipta untuk meningkatkan pengalaman rohaniah dan masakan. Tonton Tazkirah Shopee untuk perbincangan ilmiah yang dihoskan Ustaz dan Ustazah berpengetahuan, yang distrim langsung 3 kali setiap minggu. Tonton Mari Mengaji setiap 2 kali seminggu  yang membawakan bacaan Al-Quran dan terjemahan bersama ustaz bertauliah. Dan untuk penggemar memasak pula, nikmati resepi makanan sedap dengan menonton Menu Iftar Shopee yang membawakan persiapan hidangan makanan unik yang dicipta chef terkenal, berstrim langsung 3 kali seminggu. 

Lebih Banyak Promo: Promo Sahur 5 Pagi & Promo Moreh 10 Malam
Ditawarkan untuk meningkatkan pengalaman Ramadan anda pada jam yang bersesuaian dengan perjalanan berpuasa anda, jangan ketinggalan untuk mendapatkan promo ekstra semasa sahur dan moreh bermula 12 Mac. 

Temui Kesemua Promo dan Banyak Lagi di Salam by Shopee 
Terokai webmikro Salam By Shopee, yang dicipta untuk menjadi rakan Ramadan anda dari segi rohani dan secara praktikal. Dapatkan akses terhadap doa dan hadis, waktu sahur dan buka puasa, pelbagai aktiviti, dan resipi sedap, bersama promo eksklusif dan pelbagai program yang dipribadikan khas sempena Ramadan dan Raya. 

Layari https://shopee.com.my/m/ramadan-sale#SLM1 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Penstrim Langsung Shopee Affiliate Memanusiakan Pencarian Nilai Terbaik buat Rakyat Malaysia | Celeste Phuah susun pilih produk promosi harian 5 kali ganda lebih banyak berbanding ahli affiliate lain. 


Penstrim langsung Shopee Affiliate Celeste Phuah memudahkan perjalanan membeli-belah buat lebih kurang 36,000 rakyat Malaysia luar bandar yang mahukan kemudahan dalam talian setiap hari . Sepanjang enam bulan yang lalu, Celeste telah mempermudahkan penebusan lebih enam juta baucar diskaun  di seluruh platform. Melalui sesi pendidikan Shopee Live, Celeste memanusiakan e-dagang, menjelaskan kesulitan platform dan baucar kedai untuk memperkasakan pengguna. 

Memahami keperluan pembeli-belah dan sedar akan kepentingan dalam membawakan akses dan kemudahan untuk seluruh rakyat Malaysia, Celeste susun pilih 500 produk promosi setiap hari - 5 kali ganda lebih banyak berbanding Shopping Bag ahli affiliate yang lain. Ini memastikan penontonnya dapat akses lancar terhadap barangan keperluan harian mampu milik di mana Celeste membimbing penonton cara untuk menebus baucar Live tambahan melalui Livestream Viewer Hub.



Sebagai pengguna Shopee, Celeste akui platform ini membawakan banyak promo eksklusif dan tawaran pemperibadi agar pengguna dapat pengalaman menyeronokkan yang bukan sekadar transaksi pembelian. Dengan kesedaran ini, Celeste melakar ceruknya yang membawakan pembeli-belah dengan penyelesaian mudah, “Saya mahu membawakan kemudahan buat pembeli arif, di mana anada boleh mencari senarai baucar dan barangan keperluan berbaloi, dengan hanya satu click,” jelas Celeste. “Kini, apabila penonton saya bertanya, ‘Celeste, apakah promosi terhangat hari ini?’, saya boleh membimbing mereka ke platform dan tunjuk cara menebus. Dengan strim langsung, pengguna boleh tonton dan dengar tentang promosi terkini, dan pada sama yang sama, lakukan tugasan yang lain.”   

Berdasarkan keterlibatan dan interaksi pengguna yang lalu, Celeste memperibadikan kandungannya untuk meningkatkan pengalaman pembeli, di mana Celeste sedar ramai pengguna baharu tidak tahu titik permulaan mendapatkan diskaun dan promosi ekskludif yang ditawarkan platform. Ini mengekang kebolehan mereka untuk memaksimakan penjimatan. Menjawab soalan seperti “Bagaimanakah cara terbaik untuk menggunakan baucar kedai bersama baucar Live?” dan “Adakah terdapat baucar Live tambahan?” Celeste, sebagai pempengaruh dalam platform percaya bahawa ianya adalah tanggungjawabnya untuk mendidik pengguna secara aktif tentang kepelbagaian jenis baucar dan cara untuk menggunakannya secara optimum.  



Melalui strim langsungnya, Celeste aktif memperkasakan komuniti tempatan dengan berkongsi tentang promosi yang ditemui. Dalam usahanya mendidik penonton agar sentiasa termaklum, Celeste secara strategik menyusun jadual sesi Shopee Livenya untuk berstrim langsung ketika waktu trafik kemuncak 12 tengah hari dan 12 malam, memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini tentang promosi terbaik. 

“Saya aktif menonton segmen Shopee live dari penstrim langsung yang lain apabila saya mempunyai masa rehat daripada menjalankan tanggungjawab saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Saya menganalisa cara mereka berkomunikasi dan cara mereka memperkenalkan produk. Saya juga mengambil nota tentang soalan-soalan yang ditanya penonton agar saya juga boleh turut bersiap sedia untuk menjawab soalan terhadap produk mirip produk tersebut. Ilmu yang saya ada dapat memanfaatkan penonton dan saya percaya ianya adalah tanggungjawab saya untuk membekalkan penonton saya dengan kandungan berkualiti dan boleh dipercayai,” akhiri Celeste.

Nikmati video Tahun Baru Cina Shopee dan alami perjalanan warisan dan tradisi yang diinspirasikan oleh bakul hadiah (hamper) tradisi Tahun Baru Cina – https://youtu.be/K5ra_m6PZ0o?si=ynj4PKDfsM2RYMcE.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari Isnin haritu tiba-tiba dapat call dari Jnt padahal dah lama tak shopping online, pastu tengok nama sender baru teringat haritu menang giveaway yang ni > Giveaway by Blog Roziah Muhammad Nor 2024.

So, marilah unbox apa yang ada dalam parcel kalini. Boleh tahan besar jugak parcel ni. 


Dalam satu kotak ada banyak ya barang. Woah!


1) Shaker dari brand Shaklee. Walaupun aku bukan pengguna Shaklee, tapi macam nak try la nanti.


2) Buku 100 Doa-Doa Amalan Harian. Yang ni menarik. Boleh la amalkan doa-doa ni InsyaAllah.


3) Mini pill box. Kecik comei ja. Boleh letak ubat untuk bawak pergi travel nanti.


4) Fridge magnet - macam business card untuk Kak Cie, tapi versi melekat punya. Dah siap lekat kat board dalam bilik. Nanti kalau nak try Shaklee, boleh terus roger kat situ hehe


5) Tudung Fareha. Jangan tanya aku tudung jenis apa haha sebab aku pun taktahu. Yang ni selamat dah bagi kat kakak, nak bagi kat mak tapi dia tak minat tudung selain tudung sarung. 


Alhamdulillah atas kemenangan ini. Apa-apa pun terima kasih Kak Roziah @ Cie untuk semua hadiah ni. Moga dimurahkan rezeki selalu dan sihat sahaja hendaknya. Jom follow blog Kak Cie.





Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Siapa Sebenarnya di Sebalik Lagu Black Parade oleh My Chemical Romance?
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Dokumen dan Barangan Penting Sebelum Masuk Mendaftar di Universiti
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ▼  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ▼  February 2024 (3)
      • Ramadan Bersama Shopee: Destinasi Utama Keperluan ...
      • Penstrim Langsung Shopee Affiliate Memanusiakan Pe...
      • Unboxing | Hadiah Giveaway Blog Roziah Muhammad No...
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates