Penstrim Langsung Shopee Affiliate Memanusiakan Pencarian Nilai Terbaik buat Rakyat Malaysia

by - Friday, February 16, 2024

 Penstrim Langsung Shopee Affiliate Memanusiakan Pencarian Nilai Terbaik buat Rakyat Malaysia | Celeste Phuah susun pilih produk promosi harian 5 kali ganda lebih banyak berbanding ahli affiliate lain. 


Penstrim langsung Shopee Affiliate Celeste Phuah memudahkan perjalanan membeli-belah buat lebih kurang 36,000 rakyat Malaysia luar bandar yang mahukan kemudahan dalam talian setiap hari . Sepanjang enam bulan yang lalu, Celeste telah mempermudahkan penebusan lebih enam juta baucar diskaun  di seluruh platform. Melalui sesi pendidikan Shopee Live, Celeste memanusiakan e-dagang, menjelaskan kesulitan platform dan baucar kedai untuk memperkasakan pengguna. 

Memahami keperluan pembeli-belah dan sedar akan kepentingan dalam membawakan akses dan kemudahan untuk seluruh rakyat Malaysia, Celeste susun pilih 500 produk promosi setiap hari - 5 kali ganda lebih banyak berbanding Shopping Bag ahli affiliate yang lain. Ini memastikan penontonnya dapat akses lancar terhadap barangan keperluan harian mampu milik di mana Celeste membimbing penonton cara untuk menebus baucar Live tambahan melalui Livestream Viewer Hub.



Sebagai pengguna Shopee, Celeste akui platform ini membawakan banyak promo eksklusif dan tawaran pemperibadi agar pengguna dapat pengalaman menyeronokkan yang bukan sekadar transaksi pembelian. Dengan kesedaran ini, Celeste melakar ceruknya yang membawakan pembeli-belah dengan penyelesaian mudah, “Saya mahu membawakan kemudahan buat pembeli arif, di mana anada boleh mencari senarai baucar dan barangan keperluan berbaloi, dengan hanya satu click,” jelas Celeste. “Kini, apabila penonton saya bertanya, ‘Celeste, apakah promosi terhangat hari ini?’, saya boleh membimbing mereka ke platform dan tunjuk cara menebus. Dengan strim langsung, pengguna boleh tonton dan dengar tentang promosi terkini, dan pada sama yang sama, lakukan tugasan yang lain.”   

Berdasarkan keterlibatan dan interaksi pengguna yang lalu, Celeste memperibadikan kandungannya untuk meningkatkan pengalaman pembeli, di mana Celeste sedar ramai pengguna baharu tidak tahu titik permulaan mendapatkan diskaun dan promosi ekskludif yang ditawarkan platform. Ini mengekang kebolehan mereka untuk memaksimakan penjimatan. Menjawab soalan seperti “Bagaimanakah cara terbaik untuk menggunakan baucar kedai bersama baucar Live?” dan “Adakah terdapat baucar Live tambahan?” Celeste, sebagai pempengaruh dalam platform percaya bahawa ianya adalah tanggungjawabnya untuk mendidik pengguna secara aktif tentang kepelbagaian jenis baucar dan cara untuk menggunakannya secara optimum.  



Melalui strim langsungnya, Celeste aktif memperkasakan komuniti tempatan dengan berkongsi tentang promosi yang ditemui. Dalam usahanya mendidik penonton agar sentiasa termaklum, Celeste secara strategik menyusun jadual sesi Shopee Livenya untuk berstrim langsung ketika waktu trafik kemuncak 12 tengah hari dan 12 malam, memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini tentang promosi terbaik. 

“Saya aktif menonton segmen Shopee live dari penstrim langsung yang lain apabila saya mempunyai masa rehat daripada menjalankan tanggungjawab saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Saya menganalisa cara mereka berkomunikasi dan cara mereka memperkenalkan produk. Saya juga mengambil nota tentang soalan-soalan yang ditanya penonton agar saya juga boleh turut bersiap sedia untuk menjawab soalan terhadap produk mirip produk tersebut. Ilmu yang saya ada dapat memanfaatkan penonton dan saya percaya ianya adalah tanggungjawab saya untuk membekalkan penonton saya dengan kandungan berkualiti dan boleh dipercayai,” akhiri Celeste.

Nikmati video Tahun Baru Cina Shopee dan alami perjalanan warisan dan tradisi yang diinspirasikan oleh bakul hadiah (hamper) tradisi Tahun Baru Cina – https://youtu.be/K5ra_m6PZ0o?si=ynj4PKDfsM2RYMcE.


You May Also Like

2 comments

  1. Suka beli barang time live lagi murah

    ReplyDelete
  2. Salut terkadang dengan para penjual yg live bahkan sampai tengah malam pun ada 👍👍

    ReplyDelete