Unboxing | Hadiah Giveaway Blog Roziah Muhammad Nor 2024

by - Wednesday, February 14, 2024

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari Isnin haritu tiba-tiba dapat call dari Jnt padahal dah lama tak shopping online, pastu tengok nama sender baru teringat haritu menang giveaway yang ni > Giveaway by Blog Roziah Muhammad Nor 2024.

So, marilah unbox apa yang ada dalam parcel kalini. Boleh tahan besar jugak parcel ni. 


Dalam satu kotak ada banyak ya barang. Woah!


1) Shaker dari brand Shaklee. Walaupun aku bukan pengguna Shaklee, tapi macam nak try la nanti.


2) Buku 100 Doa-Doa Amalan Harian. Yang ni menarik. Boleh la amalkan doa-doa ni InsyaAllah.


3) Mini pill box. Kecik comei ja. Boleh letak ubat untuk bawak pergi travel nanti.


4) Fridge magnet - macam business card untuk Kak Cie, tapi versi melekat punya. Dah siap lekat kat board dalam bilik. Nanti kalau nak try Shaklee, boleh terus roger kat situ hehe


5) Tudung Fareha. Jangan tanya aku tudung jenis apa haha sebab aku pun taktahu. Yang ni selamat dah bagi kat kakak, nak bagi kat mak tapi dia tak minat tudung selain tudung sarung. 


Alhamdulillah atas kemenangan ini. Apa-apa pun terima kasih Kak Roziah @ Cie untuk semua hadiah ni. Moga dimurahkan rezeki selalu dan sihat sahaja hendaknya. Jom follow blog Kak Cie.





You May Also Like

3 comments

  1. Terima kasih tau sudi join GA yang Kak Cie buat. Terimalah hadiah tak seberapa tu. Tahniah ye 😊

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah menang 🤗

    ReplyDelete
  3. Congrats kak🎉 . Memang ramai yg dapat hadiah dari kak cie ini yaa 👍. Gift nya pun jenis yang memang berguna untuk dipakai

    ReplyDelete